Saturday, 28 March 2015

NO MORE PUDURAYA



SEJAK adanya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), masih ada setengah penumpang ingin turun ke Puduraya. Ada pemandu yang menawarkan penghantaran ke sana dari TBS dengan bayaran tambahan. Tapi sekarang ada juga pemandu yang tidak mahu ke Puduraya atas pelbagai alasan. Dan ramai juga pelancong dari luar negara yang lebih mengenali Puduraya berbanding TBS. Masa-elahnya ialah problem apabila penjual tiket kaunter di Stesen Bas Koboi Larkin itu (yang masih dipenuhi ulat-ulatan) masih lagi menawarkan penumpang ke Puduraya, padahal tidak semua pemandu bas ekspres sudi ke sana.

Nota lalat. Untuk ke Puduraya dari TBS sebenarnya ada beberapa cara menggunakan pengangkutan awam yang mudah. Satu, naik teksi di tingkat bawah. Dua, naik lrt turun di Plaza Rakyat. Tiga, naik bas Rapid KL. Pilihan ditangan anda.

Nota lalat lagi. Gambar diatas ialah pemandangan luarbiasa di hentian bas Seri Puteri Jalan Skudai. Selalunya hentian ini dipenuhi orang ramai dan ulat-ulat taik tiket bas ekspres. Tetapi ketika gambar ini diambil semasa hujan turun renyai-renyai. Walaupun sudah ada papan tanda besar menyatakan tidak dibenarkan mengambil dan menurun penumpang sejak April 2013 (motif?), namun pemandu-pemandu bas masih juga berdegil.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

5 comments:

  1. Masalah juga macam tu. Kita dah bayar untuk ke Puduraya, tapi end up kat TBS T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular masa-elahnye., sian kat pelancong atau penumpang bas sbb kene bayar lebih kalo nak ke puduraya, pastu rasa tertipu saje kann ;(

      Delete
  2. Pendapat Mrs. A LRT paling cepat dan tak perlu tunggu lama kot cuma kalau ramai sangat perlu berhimpit2lah.
    Cuma jangan keliru kat mana nak stop sebab ada gak hentian yang diberi nama Pudu tapi itu bukanlah puduraya yang dicari. Kalau nak stop di puduraya pilihlah Plaza Rakyat ye tak bro 3 lalat?

    ReplyDelete
  3. last turun puduraya thn 2005 smpi lani dh tak penah jejak pudu raya lgi...

    ReplyDelete
  4. rasa macam tertipu je ... kesian kalau ada makcik pakcik yg dtg dari kmpung... bulat2 kena tipu...

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly