Sunday 29 March 2015

PENGALAMAN MEMBELI LESUNG BATU DI LAZADA



MINGGU LEPAS saya sudah membuat pembelian pertama di Lazada. Mula-mulanya saya tidak percaya sangat, banyak kisah membeli barangan atas talian dapat mendapat lesung batu pula. Tetapi isteri intan payung (yang itu) sudah berguling-guling menyuruh saya membelinya diatas talian dengan kos ditanggungnya. Wehh, siapalah tak sayang bini, tapi ada mak kann, kannns ;D Dan pada hari Selasa saya sudah memesan mesin jahit jenama Singer. Segala urusan berjalan lancar pada hari tersebut dan Lazada pun sudah menyatakan bahawa mesin jahit akan dihantar diantara 1hb hingga 6hb minggu hadapan.

Tetapi sungguh saya tidak menyangka juga, buah cempedak sudah jadi nangka. Pada pagi Jumaat Lazada memberitahu bahawa mesin jahit sudah dalam perjalanan ke rumah saya. Saya jangkakan paling cepat pun mungkin keesokan harinya atau hari Isnin. Tetapi tengahari Jumaat (semalam) pada hari yang sama mesin jahit sudah pun tiba dengan selamat. Tahniah untuk Lazada kerana perkhidmatan yang cemerlang.

Nota lalat. Link - beli handphone Galaxy dapat lesung batu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

13 comments:

  1. Saya dah banyak kali beli di Lazada ni ... alhamdulillah, setakat ini puas hati. :) Tapi tak leh selalu sangat beli .. kena rilek brada brada rilek .. jamu mata dulu tgk harga .. hoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dengar shopping lazada ni mcm selamat, tp kena hati hati jugak bro kann ;p

      Delete
  2. Saspen je cerita ni. Jadi, berjaya la dapt mesin jahit tu? Nnt boleh share hasil jahitan di blog. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memangla saspen nk order barang online, tp lazada ni mcm secure jeer., hehe2

      Delete
  3. alhamdulillah..setakat ni puas hati beli kat lazada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itular, ramai orang cakap puas hati dengan Lazada mak kann., ;D

      Delete
  4. srvice lazada memang terbaik :-))

    ReplyDelete
  5. ngeh..ngeh..ngeh... beli hp online dapat lesung batu citer tu kecoh suatu waktu dahulu.
    Mrs. A pun dah pernah membeli di Lazada alhamdulillah puashati.
    Harga pun harga patut tapi tak tahulah apa jadi lepas GST ni

    ReplyDelete
  6. hahaha igt nk nk bgi bad feedback ghuper nye nk kata Tahniah pada Lazada ;)
    sy pon selalu gak beli kt lazada kadang tu harga yg ditawar kn jauh lebih murah dri beli kt kedai..

    ReplyDelete
  7. Pening sekejap ni....kata beli lesung batu dulu...mana gambar lesung batu Lazada...teringin jugak nak tengok weyh hihi...
    Nampaknya Raya ni baju berjahit sendirilah yek

    ReplyDelete
  8. so far klu online shop besar2 n top ni ok kot..yg dpt lesung batu tu kebanyakan yg ak berapa secure.sy pernah sekali je beli tab dilazada.tu pun pakai sebulan dua jahanam.takda guarantee no buat camna.pasrah!huhu..

    ReplyDelete
  9. tapi ramai kta servisnya bagus, tapi sya tk pernah lagi beli brg kt lazada

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat