Thursday 30 April 2015

CIKO, KHAIRUL MUAMMAR FAYYADH



KELMARIN penulis telah berkesempatan bekejaran ke Bukit Permai untuk menziarah rakan yang baru menimang cahayamata untuk pertama kalinya. Berat bayi adalah 4.1kg ketika dilahirkan dan sekarang berada didalam keadaan normal. Alhamdulillah.

Nota lalat. Ini adalah entri ke 30 dan entri terakhir penulis untuk bulan ini. Sedih kan. Semoga kita bertemu lagi di bulan hadapan. Amin. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 29 April 2015

USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG

Ustaz Azhar Idrus, masjid al-ehsan Bandar Kinrara, Puchong, April 2015.

BULAN lepas anak lanang penulis ada memberitahu beliau menghadiri kuliah agama Ustaz yang popular itu. Kuliah diadakan sepelaung saja dari rumah hinggap penulis di sana disana. Tapi penulis tidaklah begitu berminat (ayat jujur).

Masa penulis berziarah ke pulau yang pernah dilanggar todak itu beberapa pekan yang lepas, penulis ada terbaca iklan dalam suratkhabar Berita Harian disana akan diadakan kuliah agama oleh ustaz tersebut dimasjid al-muttaqin Ang Mo Kio dan masjid mujahiddin Striling Road Singapura. Tetapi penulis sudah kesuntukan masa, jadi penulis abaikan saja.

Kelmarin penulis sudah bertekad untuk datang juga ke kuliah agama ustaz ini. Selalunya kuliah ustaz akan berada di pantai timur, tetapi kelmarin kuliah tersebut berada di Puchong saja. Sebenarnya banyak rintangan dan halangan yang penulis hadapi, tetapi bukanlah masalah penyakit 'M' ya kawan-kawan. Amboi.

Oleh kerana perjalanan yang jauh dan kesesatan mencari jalan Kinrara 5A, maka penulis tiba di masjid Puchong itu sudah pukul 8.08 malam. Ceramah ustaz sudah bermula. Tajuknya berkenaan syarat sah solat. Yang pertama ialah menghadap kearah kiblat (kaabah).

Monday 27 April 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: MOTION

Le Tour de Langkawi, taken on 8th March 2015.

SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Motion' atau pergerakan.

Pasal gambiran diatas, penulis menangkap motorsikal Marshall ketika mengiringi pasukan pelumba basikal di pulau Langkawi.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 5: Motion
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HIS FIRST HOUSE



KELMARIN penulis telah menemani anak lanang yang baru bekerja itu di majlis cabutan undi rumah oleh pemaju perumahan. Walaupun ramai permintaan, rumah yang disediakan juga banyak. Jadi peluang untuk mendapat rumah adalah cerah.

Alhamdulillah. Anak lanang penulis telah berjaya dan sekarang beliau sedang pening menguruskan pembelian rumah pertama beliau itu. Semoga dipermudahkan, amin ya robbal alamin.

Sunday 26 April 2015

JARI MANIS, UNTUK KEKASIH YANG JAUH DIMATA



WAH, matiklah tajuk penulis kali ini boleh mengundang periuk belanga terbang melayang layang menghentam my belakang. Jangan risau, tiada kena mengena dengan nama blogger yang popular lagi jelita dan manis ya.

Sebenarnya kelmarin jari manis penulis telah tersepit bila hendak menutup gril pintu rumah. Rasa sakitnya seperti jari diketuk oleh tukul besi. Tapi adakah ini bermaksud firasat yang penulis akan berjalan jauh-jauh travel hingga ke Koya? Amboi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 25 April 2015

BUAH KRANJI DALAM PRAHU, PURAK-PURAK TAK TAHU



KELMARIN penulis telah bekejaran ke Yishun, hajat utama adalah untuk berziarah ke masjid Darul Makmur saja.

Tiadalah cerita menarik untuk diceritakan. Cuma, ada beberapa drama kecil berlaku. Pada satu ketika ada dua orang pakcik warga emas Singapura yang sama beratur untuk menaiki bas. Seorang yang agak lebih tua dan uzur telah terjatuh tongkatnya. Belum sempat penulis mengambil tongkatnya, beliau telah mengangkat tongkat tersebut terlebih dahulu dengan segera. Tetapi ketika itu, telefon bimbit beliau yang terjatuh dan berterabur baterinya dan penulis sempat mengambil telefon tersebut, memasang baterinya kembali dan memulangkan kepada beliau.

Pengalaman pertama penulis menaiki bas SBS 160 dari Woodlands Checkpoint dan turun di Kranji MRT. Selepas itu, menaiki MRT hingga ke Yishun MRT. Berjalan kaki sejauh 800 meter ke masjid Darul Makmur, sempat solat tahyatul masjid, dan kembali menaiki MRT pulang ke Woodlands MRT. Dari Woodlands MRT penulis menaiki bas SBS 950 (pertama kali juga) untuk ke Woodlands Old Town.

Friday 24 April 2015

PEREMPUAN SOMBONG: PART 1



INI cerita lama. Penulis pernah temankan rakan ke mahkamah syariah uruskan kes perceraian dia. Di mahkamah syariah kita boleh dengar dan tengok kes perceraian yang dibicarakan. Perbicaraan dilakukan didalam mahkamah secara terbuka mengikut giliran kes. Dalam satu sesi perbicaraan tu ada lebih 7 8 lapan lagi kes dibicarakan.

Wanita dan lelaki dipisahkan. Dibarisan tempat duduk kita sama ada defendan, plantif dan yang hanya datang mendengar semua duduk sekali. Peguam-peguam duduk ditempat khas yang disediakan dibahagian perbicaraan. Semasa mendengar perbicaraan tu, ada kes yang buat penulis sedih dan ada kes yang buat penulis tergelak dan macam tak logik sebab mereka nak bercerai, spt isteri buat curang sebab hendak bercerai.

Berikut kes yang penulis masih ingat. Suami dan isteri hadir, tapi isteri guna peguam. Itu yg penulis kurang memahami. Sudah tahu cerai adalah kuasa ditangan suami kenapa harus mengguna peguam? Dan bila perbicaraan berjalan, difahamkan bahawa ini adalah kes cerai persetujuan bersama, maksudnya suami dan isteri sama-sama bersetuju untuk bercerai. Dan penulis nak tergelak juga bila hakim bertanya sebab syak peguam itu baru berkhidmat dan kelam kabut urusannya.

Bila hakim tanya suami, "apa permohonan plaintif harini?"
Suami kata, "tak ada".
Hakim tanya lagi, "tiada permohonan? habis kenapa datang mahkamah?" Garangnya puan hakim itteww.
Suami kata, "nak ceraikan isteri saya".
Hakim pun cakap, "haaa, itulah namanya permohonanla tu"
Tergelak lagi penulis. Penulis faham pasangan muda yg tidak tahu apa-apa tentang urusan cerai di mahkamah. Macamlah penulis selalu turun naik mahkamah kann.

Hakim mengarahkan peguam membacakan permohonan. Fakta kes. Pasangan berkahwin pada 2010, tidak dikurniakan cahayamata. Pasangan juga tinggal berasingan lebih 6 bulan sejak october 2014.

"Plaintif, bila tarikh bernikah?"
"9 jun 2010"
"adakah dari tarikh ini defendan pernikahan pertama?"
"ada tak cerai dan nikah semula?"
"defendan sila dengar ye fakta dari plaintif"
"adakah plaintif pernah melafazkan cerai terhadap defendan secara lisan, secara bertulis, secara sms, emel, whatsapp dan apa apa lain bentuk?"

Hakim tanya lagi suami, "ada usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga ni?"
Suami kata, "dah berbincang, tapi takda persefahaman".
Hakim kata,"dah tak boleh pergi lagi ya?"

Hakim suruh defendan bangun pula, "betul atau tidak perkara yg plaintif cakap tadi?"
"puan ada apa apa tambahan lain?"
"pada hari ini puan berada dalam keadaan suci daripada haid?"
"puan ada suara tak?" "bila tarikh terakhir puan datang haid?"
"dan tarikh habis haid?"
"dari 8 april sehingga hari ni puan ada buat hubungan kelamin tak dengan plaintif ni?"
"dari tarikh bernikah (9 jun 2010) hingga hari ini ada tak puan buat hubungan kelamin dengan plaintif?"
"puan harini dalam keadaan mengandung ataupun tidak?"
"puan masih didatangi haid?"

Hakim akhirnya bersetuju untuk meluluskan permohonan cerai mereka. Hakim sarankan suami isteri tersebut bersalaman dan memohon maaf. Peguam isteri tiba-tiba bangun, "defendan takda apa2 permintaan lagi." Tapi hakim dengan keras berkata dengan sinisnya, "kamu dah 5 tahun berkahwin, janganlah jadi SOMBONG, dlm masa 5 tahun berkahwin mesti ada saat bahagia, ada saat derita, jadi bermaaf-maafanlah. Selepas lafaz cerai nanti kamu akan kembali kepada keadaan sebelum bernikah." Wah, penulis pun kagum jugalah hakim perempuan ini. Dan isteri pun datang ke tempat suami dan memeluk dan mencium didepan dewan disaksikan oleh hakim dan hadirin semua. Tiba-tiba penulis rasa ada kepiluan dalam dewan dan semua orang seperti memotong daun bawang. Dalam hati siapa yang tahu. ;p

Kemudian suami pun melafazkan, "aku (nama suami) ceraikan kau (nama isteri) dengan talak satu bermula hari ini."

Itu sajalah pengalaman penulis masuk dewan bicara mahkamah syariah. Moga-moga menjadi panduan sedikit sebanyak.

Blog bukanlah hakmilik kekals.

Thursday 23 April 2015

PULAU SABANG, ZERO KILOMETER



SETAHU penulis, Pulau Sebang terletak di Melaka yang sebenarnya bukan sebuah pulau yang dikelilingi air lautan. Dan Zero Kilometer telah penulis temui di beberapa pekan dan bandar di Semenanjung, contohnya di Kuala Lipis, Sri Medan, Masai dan Kong Kong. Kesemua batu zero kilometer tersebut terletak betul-betul didepan pejabat pos.

Dan kelmarin ada rakan penulis yang membeli poskad ketika beliau berwisata ke Aceh. "Tak sempat nak pos dari sana," katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Wednesday 22 April 2015

SEKALI TEPOK TIGA LALAT



SILA abaikan tajuk. Macamlah penulis hendak bercerita asal usul nama pena Tiga Lalat yang tak berapa nak glemer ini kan. Sebenarnya penulis hanya hendak menceritakan pengalaman sedikit penulis kelmarin bila penulis melawat 3 muzium sekitar bandaraya dalam satu hari. Muzium-muzium itu ialah Muzium Istana Negara, Muzium Seni Asia dan Muzium Cokelat. Alone matcham biasa.

Muzium Istana Negara yang dilawati penulis buka pada jam 9.03 pagi. Tiada fotografi dibenarkan didalam istana. Dan dewan satu lagi pun tidak dibuka untuk renovasi katanya.

Muzium Seni Asia terletak di dalam hartanah Universiti Malaya yang tidak dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Apa barang kan?

Muzium Cokelat yang terletak di Damansara yang agak jauh. Penulis dapatlah menjamah seketul dua ketul cokelat secara percuma. Tidaklah penulis membeli apa-apa cokelat di kedai cokelat disitu.

Nota lalat. Tetapi sekiranya kawan-kawan hendak tahu juga asal usul nama pena 3 Lalat, bukan 4, 5 atau 6 enam lagi, sila baca 'About 3 Lalat' diatas atau tekan di SINI.


Tuesday 21 April 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: EARLY BIRD

Borobudur Temple, Jogjakarta. Taken on 6 February 2012.

SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Early Bird' atau burung yang awal.

Pasal gambiran diatas, penulis menangkap matahari terbit ini ketika berwisata ke Borobudur beberapa tahun yang sudah.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 20 April 2015

LET'S STRIKE SOME FUN

Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre

MINGGU lepas penulis telah menawarkan diri untuk menjadi jurugambar majlis permainan bowling syarikat itu. Gambiran akan penulis telah kemaskini dari hari ke hari. Sila refresh (tekan F5).

Bahagian Pertama - Arrival of Bowlers & Registration, Opening remarks by Emcee & Doa Recital, Speech by President, Breakfast [+ The link is available now ]

Bahagian Kedua - Team Group Photography [+ The link is available now ]

Bahagian Ketiga - Game Begins, Game Ends [+ The link is available now ]

Bahagian Keempat - Group Photography, Prize Presentation [+ The link is available now ]

Saturday 18 April 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: PANTAI KLEBANG



KELMARIN penulis sudah bekejaran ke Pantai Klebang untuk merasai sendiri kesegaran air kelapa goncang (baca: Coconut Shake) yang biasa-biasa saja rasanya itu. Dan seterusnya melawat muzium kapal selam di tengahari yang panas terik.

QUALITY TIME WITH YOUR DAD



GAMBAR2 rambang aktiviti melayan anak-anak dan emak anak-anak di hujung minggu. Masa sekarang bersama keluarga pun sudah berkurangan sebab hari Sabtu sahaja dapat berjalan-jalan keluar kemana-mana. Hari Ahad kan sudah bersekolah.

Nota lalat. Bila budak lelaki darjah dua sekolah cina itu membaca tulisan pada tin air minuman Coca Cola itu pun dia sebut 'eight', sepatutnya 'light'. Jadi penulis mengajarnya sebutan yang betul kerana tulisan bersambung itu agak mengelirukan.

Thursday 16 April 2015

THE DAY I WORK WITH KGB



HARI ini 15hb April saya bermula kais pagi makan pagi kais petang makan petang di syarikat kecil-kecilan Rusia ini. Semoga dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TULIPMANIA, GB WISH A TRIP

'Pink Flag'. The highly anticipated, annual Tulipmania display returns to Gardens by the Bay in March until May 2015 - this time amidst a colourful setting of magical fairy tales. In this third edition, visitors can look forward to an even wider selection of tulips at Tulipmania - over 40 varieties in a myriad of hues and forms! Look out for captivating blooms like the scarlet "Red Riding Hood", the “Purple Prince”, and the “Orange Princess” as they grace familiar fairy tale settings like Cinderella‘s carriage, Rapunzel’s tower, and the ginger bread house of Hansel and Gretel.

KELMARIN setelah 3 minggu, penulis sempat lagi berjalan-jalan ke seberang tambak alone matcham biasa. Pertama kalinya penulis memarkirkan cikPuan Jnulekasnova di pusat beli belah City Square (RM11) dan berjalan kaki ke KIK Bukit Cagar sebelum menaiki bas Causeway Link ke CIQ Woodlands dan seterusnya ke Newton (RM3.40). Dari Newton penulis menaiki keretapi MRT ke Marina Bay sebelum ke Bayfront (SGD1.90). Dari Bayfront penulis berjalan kaki pula ke Flower Dome untuk melihat pameran bunga-bunga Tulip yang terletak di Gardens by the Bay (SGD16). Hari pun sudah lewat petang.

Links to Tulipmania Floral Display from 20 Mar - 10 May 2015.

Wednesday 15 April 2015

103.3 FM



RADIO ini penulis beli dari rakan, dimana penulis mula-mula bercadang untuk digunakan didalam kereta buruk penulis yang hanya boleh mendengar siaran frekuensi rendah. Penulis sukakan radio kecil ini kerana tidak memerlukan kuasa bateri atau kabel yang panjang, hanya guna kabel USB saja. Tetapi setelah mencuba, penulis berasa tidak praktikal dan penulis bawa kembali ke meja penulis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 13 April 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: AFLOAT

Port of Melbourne, taken on 3 November 2010.

SETIAP hari Selasa saya akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Afloat' atau terapung.

Pasal gambiran diatas, penulis menangkapnya ketika kembali bertugas diluar daerah beberapa tahun yang lampau. Ketika penulis tiba di dermaga ini hari sudah beransur gelap dan penulis cuma melihat kapal mewah disebelah kanan itu. Bila tiba dirumah untuk mengubahsuai gambiran itu baru penulis perasan adanya kapal selam disebelah kiri.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FATE IS IN OUR HANDS



MONOLOG.
KELMARIN penulis sudah naik berang dengan perangai rakan sekerja yang seorang ini. Ulang ayat-ayat tidak membina langsung dan kata-kata yang menghina, bukan gurauan lagi. Luncai tidak akan biarkan. Biarkan? Bersabar sampai bila? Kesabaran ada batasnya. Mulut celupar bangsat harus diberi peringatan.

Itulah yang berlaku. Ramai lagi yang harus diberi peringatan.

Ajal, maut, jodoh dan rezeki sudah ketentuanNya. Kita cuba berusaha yang terbaik.

Cerita lain. Kelmarin rakan saya yang lain ada menyatakan, "wak, air muka nampak lebih berseri". Penulis rasa macam tidak percaya. "Tidak seperti dua tiga bulan yang lepas" katanya lagi. Penulis akui sendiri, hidup harus diteruskan dalam keadaan apa sekalipun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Saturday 11 April 2015

MY PROTON TAK GUNA



INGATKAN kereta Preve rakan penulis saja yang meroyan. Rupa-rupanya ramai lagi pemilik Preve diluar sana yang tidak puas hati. "Mungkin kes terpencil saja," kata pomen Proton kat Hicom Shah Alam itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Friday 10 April 2015

RENOMA, SOGO



SUDAH lama penulis tidak ke kompleks Sogo. Begitu juga dengan Pertama Complex.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



THE DAY I WON 14 IPHONE 5C



BAYANGKAN kalau penulis jadi pemenang Top Commentator dalam blog rakan-rakan penulis baik hati belaka. Kalau seorang blogger memberi hadiah iphone 6, kalau 14 orang blogger, penulis sudah mendapat 14 keping iphone 6 yang betul-betul bukan sekeping gambar kan? Tapi itu semua angan-angan mat jenin saja. Dan tajuk kena ada unsur-unsur propa baru SEO akan naik. Tidak begitu kawan-kawan?

Berbalik kepada realiti. Penulis cuma nak kongsi pengalaman penulis tahun lepas bila penulis memenangi 4 iphone 5c dalam satu masa. Bukannya tujuan penulis hendak beriak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman untuk generasi akan datang. Chewah. Oranglain sudah berjuta-juta lemon menang kereta, mini iPad, pergi melancong Korea, dan lain-lain. Seperti kata orang kampung pernah berkata, usaha tangga iPhone, in sha Allah.

Peraduan yang berlangsung dari 19 Januari hinggalah 31 Mac 2014, selama 10 minggu. Setiap minggu ada 2 orang pemenang yang akan memenangi sepasang iphone 5c. Maknanya seorang pemenang akan mendapat 2 iphone 5c.

Jadi penulis bermula sertai peraduan pada minggu kedua. Bajet penulis tidaklah seberapa pada mulanya. Dan bila keputusan pemenang diumumkan pada minggu berikutnya, nama penulis telah kalah dengan jayanya. Dan seterusnya melemahkan semangat penulis untuk bertanding lagi.

Walaubagaimanapun, penulis kuatkan semangat sekali lagi untuk menghantar penyertaan bagi minggu ke empat dan ke tujuh. Banyaknya aiskrim jenama Cornetto penulis beli, sehinggakan penulis menderma aiskrim-aiskrim itu kepada rakan-rakan sekerja. Dan pada satu ketika, peti sejuk dirumah penulis telah penuh penulis terpaksa bekejaran ke padang permainan dan memberikan saja kepada budak-budak yang sedang bermain bola. Punyalah mereka gembira sehinggakan salah seorang berkata, "wak! ini pertama kali saya dapat aiskrim mahal secara percuma." Terharu perasaan penulis ketika itu walaupun sekadar satu kon aiskrim untuk seorang.

Dipendekkan cerita, penulis telah pun menerima hadiah iphone 5c atas nama dua orang proxy penulis. Belum pun sempat penulis hendak war-warkan, iphone 5c tersebut telahpun disambar dengan sepantas kilat.

Sebenarnya apa yang penulis hendak memperkatakan ialah bila ada yang kata 'untung la wak selalu dapat barang free' perlukah dijelaskan segalanya. Realitinya tidaklah free gratis percuma semata-mata. Sebelum peroleh kemenangan perlu keluarkan modal sendiri untuk beli POP (proof of purchase), setem 80sen, sampul surat dan yang paling mahal tentunya idea dan masa. Belum dikira lagi kekalahan dgn jayanya yang terpaksa ditanggung (realitinya lebih banyak kecewa). Tapi kekecewaan dalam melayari bahtera bukanlah sebab utama penulis tidak lagi meneruskan projek contessan seperti tahun lepas.

Nota lalat. Hanya kita2 saja yang faham realiti sebenar sebagai compers. Alhamdulillah ya Allah syukur diatas segala nikmat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Wednesday 8 April 2015

WHERE YOU CAN FIND MANY BREASTS



Amaran lalat. Entri ini ada unsur 18SX keatas.

Pantun ini penulis temui ketika melayari internet semalam. Dalam wikipedia indon pun ada.

Kadang-kadang penulis terfikir, begitu banyak jenis pantun kita ada, timbul juga pantun yang agak lain, malah dari segi kategori pun tak pernah penulis jumpa dimana-mana buku pantun.

Kalau diamati pantun ini, ia mengisahkan seorang lelaki yang begitu ghairah terhadap perempuan. Diluahkan perasaan tersebut melalui pantun.

Di mana kuang hendak bertelur,
Di atas lata di rongga batu,
Di mana tuan hendak tidur,
Di atas dada di rongga susu,

Sakit kaki ditikam jeruju,
Jeruju ada di dalam paya,
Sakit hati memandang susu,
Susu ada dalam kebaya.

Gambiran diatas penulis ambil ketika menghantar rakan ke Pusat Perubatan Prince Court Jalan Kia Peng. Gambiran agak kurang jelas sebab tangan penulis menggigil ketika menangkapnya. Penulis dikejutkan juga dengan harga makanan di restoran ditingkat bawah. Contohnya, nasi goreng kampung berharga RM20 dan teh ais limau pun berharga RM10, sudah termasuk 6% cukai GST.

"between the breasts
of bestial
Marj lie large
men who praise" - E. E. Cummings

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 100. Dan sudah 100 hari kita berada di tahun 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LORONG AMPANG 2



Gambiran rumah lama di tengah-tengah ibukota ini saya ambil semalam nampaknya seperti tiada berpenghuni. Pagi tadi saya lihat ada sepasang suami dan isteri berbangsa tionghua yang sudah berumur sedang bersembang-sembang diluar rumah.

Nota lalat. Ini adalah entri saya yang ke 99 dalam blog saya yang ini. Dan kita sekarang sudah berada di hari yang ke 99 di tahun 2015. Sungguh cepat masa berlalu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 7 April 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: BLUR

KLCC view from Bukit Belacan. Taken on 6 April 2014. Nikon D7000 22mm focal length, f/3.5, 3 sec, iso 200


SETIAP hari Selasa saya akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Blur' atau tidak jelas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 6 April 2015

5 HOURS OF MOBILE PHONE CONVERSATION



SAYA kalau bercakap menggunakan telefon bimbit dipegang ditelinga selama 41 13 minit pun otot tangan menjadi kibas. Inikan pula mamat bangla yang duduk bangku tepi tingkap disebelah saya yang bercakap tak berhenti-henti dengan kawannya dalam bas ekspres selama lebih 5 jam. Nasib baiklah juga saya menggunakan set kepala (baca: headset) untuk mendengar lagu-lagu dan nasyid kegemaran saya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 5 April 2015

BLOOD MOON TODAY



TADI MALAM saya mendapat tahu gerhana bulan penuh masa dalam perjalanan ke Aeon Tebrau City. Ketika itu gerhana sudah bermula. Bila saya pulang, gerhana pun sudah dipenghujungnya. Bayang-bayang bumi pun sudah nak hilang.

Nota lalat. Gambiran pokok hijau ditengahari yang terik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

http://www.theage.com.au/victoria/total-lunar-eclipse-2015-what-you-need-to-know-20150403-1me47s.html




Saturday 4 April 2015

AIR ZAM ZAM



KELMARIN saya sudah berlarian ke Tabung Haji untuk membeli 2 botol 500ml air zam zam yang berharga dua belas hinggit sebotol. Tiba-tiba kakak penjual menyuruh saya membeli habbatus saudah pula. Tapi saya tidak berminat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 3 April 2015

TYPO



Melayan jalan jalan KLCC saja. Di petang Khamis malam Jumaaat. Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 2 April 2015

COMPARING THE SIZE OF THE SUN TO EARTH



SELAMAT malam Kuala Lumpur.

Bila melihat saiz matahari dengan mata kasar hanyalah sebesar menara KL itu memeylah tidak menggerunkan sangat. Tapi keadaan sebenar adalah amat berbeza.

Diameter matahari ialah 1,392,000 km, manakala diameter bumi pula mengikut garisan Khatulistiwa ialah 12,756 km. Perbandingan saiz antara bumi dengan matahari adalah SUNGGUH BESAR. Jadi berapa biji bumi menjadikannya sama saiz dengan matahari? Secara pengiraan matematik, sebuah matahari yang besar bersamaan dengan 1,300,000 biji bumi.

Dan gambiran rujukan dari carian google dibawah sebagai perbandingan bumi, matahari dan planet2 yang kita ketahui di alam cakerawala milik Allah swt. Subhanallah, betapa kumannya saiz bumi kita kann. Dan mungkinkah ada planet serupa bumi dan ada makhluk-makhluk seperti kita diluar cakerawala disana disana?

Nota lalat. Entri April Fool semalam berkenaan Top Commentator Giveaway Winner hanyalah gurauan saya semata-mata. Jika ada yang terasa, tersentap, dan terkecil hati saya memohon banyak-banyak kemaafan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

http://www.suntrek.org

http://www.co-intelligence.org/

Wednesday 1 April 2015

TOP COMMENTATOR GIVEAWAY WINNER



HARI INI 1hb April dan GST sudah bermula. Nasib baik juga minyak ron95 tak naik harga. Dan hari ini juga saya rasa teruja untuk membuat entri tentang pemenang Top Commentator dalam blog saya yang merapu entah apa apa yang biasa biasa saja ini. Dan seperti yang diketahui bahawa pengomen tegar untuk 3 bulan lepas adalah tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM Jari Manis yang manis jeliter yang suka travel jalan jalan korea itu. Walaupun beliau bukan hari hari meninggalkan komen di blog saya ini, tetapi apabila beliau berkomen akan pulun mengomen kesemua entri-entri saya sebelum ini. Kiranya cik JM gila kuasalah di blog saya yang ini juga. Oleh itu untuk hari ini sahaja saya akan memberi hadiah kepada beliau cik JM yang jeliter itu sekeping gambar iphone 6 yang cantik seperti diatas. Tahniah untuk cik JM sekali lagi. Dan hadiah akan dikirimkan kepada beliau hari ini juga. Cik JM, sila hubungi saya untuk menuntut hadiah tersebut.

Nota tambahan lalat. Entri respon dari cik Jari Manis.

Last but not least, (ammvoiii), saya juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pengomen pengomen blog saya yang lain. Tanpa kawan kawan yang best best itu, siapalah saya yang ini kan. Kannns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat