Friday, 24 April 2015

PEREMPUAN SOMBONG: PART 1



INI cerita lama. Penulis pernah temankan rakan ke mahkamah syariah uruskan kes perceraian dia. Di mahkamah syariah kita boleh dengar dan tengok kes perceraian yang dibicarakan. Perbicaraan dilakukan didalam mahkamah secara terbuka mengikut giliran kes. Dalam satu sesi perbicaraan tu ada lebih 7 8 lapan lagi kes dibicarakan.

Wanita dan lelaki dipisahkan. Dibarisan tempat duduk kita sama ada defendan, plantif dan yang hanya datang mendengar semua duduk sekali. Peguam-peguam duduk ditempat khas yang disediakan dibahagian perbicaraan. Semasa mendengar perbicaraan tu, ada kes yang buat penulis sedih dan ada kes yang buat penulis tergelak dan macam tak logik sebab mereka nak bercerai, spt isteri buat curang sebab hendak bercerai.

Berikut kes yang penulis masih ingat. Suami dan isteri hadir, tapi isteri guna peguam. Itu yg penulis kurang memahami. Sudah tahu cerai adalah kuasa ditangan suami kenapa harus mengguna peguam? Dan bila perbicaraan berjalan, difahamkan bahawa ini adalah kes cerai persetujuan bersama, maksudnya suami dan isteri sama-sama bersetuju untuk bercerai. Dan penulis nak tergelak juga bila hakim bertanya sebab syak peguam itu baru berkhidmat dan kelam kabut urusannya.

Bila hakim tanya suami, "apa permohonan plaintif harini?"
Suami kata, "tak ada".
Hakim tanya lagi, "tiada permohonan? habis kenapa datang mahkamah?" Garangnya puan hakim itteww.
Suami kata, "nak ceraikan isteri saya".
Hakim pun cakap, "haaa, itulah namanya permohonanla tu"
Tergelak lagi penulis. Penulis faham pasangan muda yg tidak tahu apa-apa tentang urusan cerai di mahkamah. Macamlah penulis selalu turun naik mahkamah kann.

Hakim mengarahkan peguam membacakan permohonan. Fakta kes. Pasangan berkahwin pada 2010, tidak dikurniakan cahayamata. Pasangan juga tinggal berasingan lebih 6 bulan sejak october 2014.

"Plaintif, bila tarikh bernikah?"
"9 jun 2010"
"adakah dari tarikh ini defendan pernikahan pertama?"
"ada tak cerai dan nikah semula?"
"defendan sila dengar ye fakta dari plaintif"
"adakah plaintif pernah melafazkan cerai terhadap defendan secara lisan, secara bertulis, secara sms, emel, whatsapp dan apa apa lain bentuk?"

Hakim tanya lagi suami, "ada usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga ni?"
Suami kata, "dah berbincang, tapi takda persefahaman".
Hakim kata,"dah tak boleh pergi lagi ya?"

Hakim suruh defendan bangun pula, "betul atau tidak perkara yg plaintif cakap tadi?"
"puan ada apa apa tambahan lain?"
"pada hari ini puan berada dalam keadaan suci daripada haid?"
"puan ada suara tak?" "bila tarikh terakhir puan datang haid?"
"dan tarikh habis haid?"
"dari 8 april sehingga hari ni puan ada buat hubungan kelamin tak dengan plaintif ni?"
"dari tarikh bernikah (9 jun 2010) hingga hari ini ada tak puan buat hubungan kelamin dengan plaintif?"
"puan harini dalam keadaan mengandung ataupun tidak?"
"puan masih didatangi haid?"

Hakim akhirnya bersetuju untuk meluluskan permohonan cerai mereka. Hakim sarankan suami isteri tersebut bersalaman dan memohon maaf. Peguam isteri tiba-tiba bangun, "defendan takda apa2 permintaan lagi." Tapi hakim dengan keras berkata dengan sinisnya, "kamu dah 5 tahun berkahwin, janganlah jadi SOMBONG, dlm masa 5 tahun berkahwin mesti ada saat bahagia, ada saat derita, jadi bermaaf-maafanlah. Selepas lafaz cerai nanti kamu akan kembali kepada keadaan sebelum bernikah." Wah, penulis pun kagum jugalah hakim perempuan ini. Dan isteri pun datang ke tempat suami dan memeluk dan mencium didepan dewan disaksikan oleh hakim dan hadirin semua. Tiba-tiba penulis rasa ada kepiluan dalam dewan dan semua orang seperti memotong daun bawang. Dalam hati siapa yang tahu. ;p

Kemudian suami pun melafazkan, "aku (nama suami) ceraikan kau (nama isteri) dengan talak satu bermula hari ini."

Itu sajalah pengalaman penulis masuk dewan bicara mahkamah syariah. Moga-moga menjadi panduan sedikit sebanyak.

Blog bukanlah hakmilik kekals.

25 comments:

  1. kahwin cerai macam mainan plak sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. sedih kan bila melihat si suami melafaz cerai di hadapan orang ramai...perkara halal yg dimurkai Allah..

    *ternampak-nampak syaitan bertepuk tangan*

    ReplyDelete
  3. nauzubillah..mudahan kita jaga rumahtangga masing2 sebaik mungkin..amin :-))

    ReplyDelete
  4. mintak di jauhkn la kn....mungkin perceraian ni langkah utk pasangan tu mencapai kehidupan yg lebih baik...

    ReplyDelete
  5. Potong daun bawang tak jadi apa Wakkk... Potong bawang baru ada kesannya... Nampak naaa Wakkk tak pernah ke dapor... Kah Kah Kah....

    ReplyDelete
  6. Cerai ni ada banyak kategori jugak kot Wakkk... Kalu masih boleh ditimbang tara kebaikan 5 tahun tu ok lagi laa nak pelok cium... Tapi... Kalu lagi banyak derita dari bahagia... Rasanya lupakan laa hasrat nak pelok ciom tu kot.... Baik pelok ciom penganti baru.. Keh keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik kak tengku SS devogue tuu yee., puan hakim soh bersalaman memohon maaf sajeew, tp bini dia yg nak pelok ciom, so maksudnya banyaklah kebahagiaan yg dorg dh rasai., tak begituu ., ;D

      chupp, cik kak tengku SS devogue dh penah kawenn keww, matcham dh byk pengalaman jakk., huhuu2

      Delete
    2. SS ramai kawan yg problem bercerai... Buat seram je... Jadi single macam SS lagi bahagia Wakk... Tak pernah kurang kasih sayang pun... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. kawen tu sonok taww cik kak tengku SS devogue tuu., harhar2 tapii

      tapii, nak jaga perkawenan tu yg tak sonok., huhu2

      Delete
    4. kawen seronok time bila Wak? ce cite ce cite heheheh

      Delete
    5. kawen sonok time malam je cik JM yang jeliter maness tuuu., cerr JM gugel jee ., ammvoiii

      Delete
    6. kenapa time malam? ce cite!

      Delete
    7. cik JM dah gugel belom? try search "kahwin bukan hanya malam pertama" .. ;D larik tajuk sikit

      Delete
    8. nanti MALAM JM cari baru ada feel eheheh

      Delete
    9. dah cari tadi MALAM tak cik JM? hehe2 dah ada feel?

      Delete
    10. luupppaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

      Delete
    11. takper, carilah mlm ini mlm jumaat., kihkih2, nak wak remind keeew ;D

      Delete
  7. jd peguam ni kena banyak bersabar hadapi kes macam2.. huhu

    ReplyDelete
  8. Mendalam..
    Hargailah pasangan selagi hayat dikandung badan..

    ReplyDelete
  9. nak kawen ke tak nak..nak kawen ke tak nak...takut lah pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa, mat salleh tu ramai kawen tak nikah., tak suka leh blahh., alalalalalaa (matikla lg wak)

      Delete
    2. nak kawen pun x de orang nak pandang inikan pula nk nikah..huhuhuh..lain lah kalau rupa like anjel lina coli ehehehe

      Delete
    3. huishuis., jgnla cik JM kata begitu, ramai isteri cantik pun kena cerai jugak., hakhak2

      pd wak la kann, bukan setakat muka kena cantik, molot pon kene cantek jugak, ni dahla muka tak cantik mcm anjel lina coli, tp molot pon mcm longkangkang ., ptuiii

      Delete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat