Friday, 10 April 2015

THE DAY I WON 14 IPHONE 5C



BAYANGKAN kalau penulis jadi pemenang Top Commentator dalam blog rakan-rakan penulis baik hati belaka. Kalau seorang blogger memberi hadiah iphone 6, kalau 14 orang blogger, penulis sudah mendapat 14 keping iphone 6 yang betul-betul bukan sekeping gambar kan? Tapi itu semua angan-angan mat jenin saja. Dan tajuk kena ada unsur-unsur propa baru SEO akan naik. Tidak begitu kawan-kawan?

Berbalik kepada realiti. Penulis cuma nak kongsi pengalaman penulis tahun lepas bila penulis memenangi 4 iphone 5c dalam satu masa. Bukannya tujuan penulis hendak beriak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman untuk generasi akan datang. Chewah. Oranglain sudah berjuta-juta lemon menang kereta, mini iPad, pergi melancong Korea, dan lain-lain. Seperti kata orang kampung pernah berkata, usaha tangga iPhone, in sha Allah.

Peraduan yang berlangsung dari 19 Januari hinggalah 31 Mac 2014, selama 10 minggu. Setiap minggu ada 2 orang pemenang yang akan memenangi sepasang iphone 5c. Maknanya seorang pemenang akan mendapat 2 iphone 5c.

Jadi penulis bermula sertai peraduan pada minggu kedua. Bajet penulis tidaklah seberapa pada mulanya. Dan bila keputusan pemenang diumumkan pada minggu berikutnya, nama penulis telah kalah dengan jayanya. Dan seterusnya melemahkan semangat penulis untuk bertanding lagi.

Walaubagaimanapun, penulis kuatkan semangat sekali lagi untuk menghantar penyertaan bagi minggu ke empat dan ke tujuh. Banyaknya aiskrim jenama Cornetto penulis beli, sehinggakan penulis menderma aiskrim-aiskrim itu kepada rakan-rakan sekerja. Dan pada satu ketika, peti sejuk dirumah penulis telah penuh penulis terpaksa bekejaran ke padang permainan dan memberikan saja kepada budak-budak yang sedang bermain bola. Punyalah mereka gembira sehinggakan salah seorang berkata, "wak! ini pertama kali saya dapat aiskrim mahal secara percuma." Terharu perasaan penulis ketika itu walaupun sekadar satu kon aiskrim untuk seorang.

Dipendekkan cerita, penulis telah pun menerima hadiah iphone 5c atas nama dua orang proxy penulis. Belum pun sempat penulis hendak war-warkan, iphone 5c tersebut telahpun disambar dengan sepantas kilat.

Sebenarnya apa yang penulis hendak memperkatakan ialah bila ada yang kata 'untung la wak selalu dapat barang free' perlukah dijelaskan segalanya. Realitinya tidaklah free gratis percuma semata-mata. Sebelum peroleh kemenangan perlu keluarkan modal sendiri untuk beli POP (proof of purchase), setem 80sen, sampul surat dan yang paling mahal tentunya idea dan masa. Belum dikira lagi kekalahan dgn jayanya yang terpaksa ditanggung (realitinya lebih banyak kecewa). Tapi kekecewaan dalam melayari bahtera bukanlah sebab utama penulis tidak lagi meneruskan projek contessan seperti tahun lepas.

Nota lalat. Hanya kita2 saja yang faham realiti sebenar sebagai compers. Alhamdulillah ya Allah syukur diatas segala nikmat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



35 comments:

  1. sebenarnya apa yang kita dapat tu,adalah hasil usaha kita yang tak pernah kalah..wah..klaulah ada blogger yang bagi hadiah top komentar berupa iphone..alangkah hebatnya dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular spt yg saya katakan, usaha tangga iphone.,tapi ada orang tak suka iphone, lebih suka samsung mak kann ;p

      syukur je la , alhamdulillah

      Delete
  2. Perghhhhhh! Wakkkk... Memang terror laa Wakkk... Pinjam Wakkkk henpon tu... SS nak pegi cari skandal! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek elehh SS dah ada iphone 6 lagi mau tanye ., huhuu2

      bila nk ajak wak jalan jalahn korea , 나는 한국에 가고 싶다 ;p

      Delete
    2. Wahhh Wakkk... Dah pandai cakap Koya plak ehhh... Caya laaa Wakkk... Tapi takat Google Translate... BAIK TAK PAYAH! Kah Kah Kah... Gaja! Hangugae Gayo! laaaa Wakkkk...

      Delete
  3. waaa bestnya kak, tulah hadiah atas pengorbanan yg akak buat sesuailah dengan usaha yg dilksanakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak? akak? biar betikk ., huhu2

      Delete
    2. Kakkkkkk??????? Sejak bile dalam hati Wakkk ada PINK????? Siap ada betikkkk lagi! Kah Kah Kah...

      Delete
    3. ahahahahha..Cik SAl...komen ni plaing Laaaaaaaaaaaaa Wak!

      Delete
  4. saya juga ada kalanya rajin join kontes dan saya akui adakala 'modal' yg kita keluarkan tu x sama nilainya dengan apa yg kita menangi. tp mmg hebatlah kalau boleh dpt hadiah yg mahal dlm jumlah yg byk ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung nasib timbul je, untung buaye tembaga kena penaompor mak kann ;p

      Delete
    2. Hihihi tak maulah untung buaya tembaga ;)

      Delete
  5. kengkadang nak gak join contest, tapi selalu separuh jalan. Time dah siap nak hantar tetiba je jadi malas. hurmmm penyakit apakah ini? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnye kena ada minat, Dulu saya pun begitu juga, jadi sy buat satu projek contest untuk setahun ., alhamdulilah, usaha tangga menang hadiah ;p

      Delete
  6. Replies
    1. alhamdulillah juga, usaha tangga iphone je mak siti ., hihi2

      Delete
  7. i dah try pakai jenama ni..tapi masih tak in juga...pesal ehhh...
    tapi apa2 pon alhamdulillah n tahniah..
    bak kata mak saya...tak de benda free di doniaa ni..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. so cik kak pakai jenama samsung kahh skrg nih? hehe2

      Delete
    2. Jenama samsung jugak the best..

      Delete
  8. wahhh,,,semangat kental ..... takpelahhh,,,dah banyak menderma tuu,,kemenangan milik anda,,huhuhu

    ReplyDelete
  9. Salam Wak tu..
    Lama tak menconteng kat sini.. hihi.. miss you lahh..
    time kasih sudi datang tinggal komen kat blog kite yg dah berjaman tak bukak tuu..huhu..

    Alhamdulillah wak.. bak kate pepatah, untung tak datang bergolek.. Nampak senang, tapi hakikatnye??
    hihi..tahniah menang ipong 5..lps ni ade rejeki, ipong 6 plus pulak dtg menyusul..aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni kasi chan kat orglen la pulakk ye cik shiema yg dh bz skrg nih yee ;p

      Delete
  10. takpe wak.. tu semua rezeki... kalah menang adatkan wak.. cenyum sikit wak.. ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee sy selalu tersenyum yee., ni citer contest yg lama dahh ;p

      Delete
  11. Tak rugi memberi dari yg ada itulah berkat doa dari mereka yg dah menerima aiskrim foc tu. Nampak kerja mudah tapi sebenarnya ada tercatat ganjaran. Tapi yg jelas di dunia pun dah dapat kan.. memberi org aiskrim awak dpt iphone free. Tahniah dari kakak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iphone tu bukanlah free makzakie, kene beli banyak banyak banyak eskem baru leh join contest, tp kalo nasib x baik x dptla iphone pown., huhuu2

      Delete
  12. alhamdulillah rezeki..
    betullah tu... semua mde dlm dunia ni mana ada free2... apa pon kena usaha kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak taknak try ke ., untung sabut timbul jeer ;p

      Delete
  13. Berkat melabur dan memberi/sedekah connetto banyak2 jugak tu...

    Tahniah...

    ReplyDelete
  14. mana tau lepas ni menang sebijik kereta plak kan??

    ReplyDelete
  15. Sape kata free2 je dpt kan? Usaha tangga kejayaan, sama je konsepnya... cuma ada rezeki atau tak je. :)

    ReplyDelete
  16. Salam, wak. Saya datang berkunjung di hujung minggu. Tak mengapa,..yang penting pengalamannya :)

    ReplyDelete
  17. rezeki Wak dapat Iphone 5c....4 pulak tu..alhamdulillah.....JM dapat gambar Iphone pun jadilah...iPhone bukan hak milik kekal...mcm blog juga eheheheh

    ReplyDelete
  18. Wak mmg rajin join contest so ...org rajin pasti dpat habuan kan :-)

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat