Wednesday 29 April 2015

USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG

Ustaz Azhar Idrus, masjid al-ehsan Bandar Kinrara, Puchong, April 2015.

BULAN lepas anak lanang penulis ada memberitahu beliau menghadiri kuliah agama Ustaz yang popular itu. Kuliah diadakan sepelaung saja dari rumah hinggap penulis di sana disana. Tapi penulis tidaklah begitu berminat (ayat jujur).

Masa penulis berziarah ke pulau yang pernah dilanggar todak itu beberapa pekan yang lepas, penulis ada terbaca iklan dalam suratkhabar Berita Harian disana akan diadakan kuliah agama oleh ustaz tersebut dimasjid al-muttaqin Ang Mo Kio dan masjid mujahiddin Striling Road Singapura. Tetapi penulis sudah kesuntukan masa, jadi penulis abaikan saja.

Kelmarin penulis sudah bertekad untuk datang juga ke kuliah agama ustaz ini. Selalunya kuliah ustaz akan berada di pantai timur, tetapi kelmarin kuliah tersebut berada di Puchong saja. Sebenarnya banyak rintangan dan halangan yang penulis hadapi, tetapi bukanlah masalah penyakit 'M' ya kawan-kawan. Amboi.

Oleh kerana perjalanan yang jauh dan kesesatan mencari jalan Kinrara 5A, maka penulis tiba di masjid Puchong itu sudah pukul 8.08 malam. Ceramah ustaz sudah bermula. Tajuknya berkenaan syarat sah solat. Yang pertama ialah menghadap kearah kiblat (kaabah).



Kes satu. Ustaz datang KL dr Terengganu ada jemputan, smpi kt Ampang Point cari mesjid dh pukul 6.30 nak solat asar. Sbb pintu mesjid kunci, ustaz dan rombongan beliau pon solat diluar tapi menghadap arah kiblat yg salah. Bila dh habes solat ada org pun tiba buka pintu mesjid dn tgk mimbar kat sblh blkg. Jadi, ustaz patut ulang solat semula.
Kes dua. Soalan, camana nak solat dlm kapalterbang dari KL ke Jeddah sbb tak nmpk arah kiblat. Ustaz ckp solat la ngadap depan kapalterbang sbb mmgla kapalterbang menghala ke mekah. (Tapi camana kalo dr Jeddah ke KL pula?)
Kes tiga. Kalo dlm bot terpaksa solat mestila ngadap kiblat juga walopon bot sampan 'konar', kecuali kalo bot sampan berpusing2 ada pusaran air.

Syarat kedua ialah menutup aurat.

Soalan satu: Apa hukum orang perempuan yang bekerja di pejabat tidak menutup aurat?
Ustaz:

Soalan dua: Apa hukum perempuan isteri-isteri ketua negara tidak menutup aurat walaupun sudah mengerjakan haji?
Masa ini penulis mendapat panggilan pulau dan penulis sudah bekejaran ke kereta yang menghalang lalulintas jalanan dan penulis berangkat pulang pula. In sha Allah, kalau ada kelapangan dilain hari dan ketika penulis akan hadiri lagi kuliah-kuliah sebegini. Amin.

Nota lalat. Ini entri tak siap dan penulis akan kemaskinikan dari masa ke semasa kalau penulis rajinlah.

Blog bukanlah hakmilik kekals.









16 comments:

  1. Biar mak tolong jawabkan dua-dua soalan menjadi satu. Aurat wanita tak kira dalam solat atau tidak solat adalah sama. Dosa tetap dosa tak kiralah awak pengemis ataupun awak menteri segala menteri... Rokib/Atid tak cuai dlm mencatat apa yg telah Allah perintahkan..

    ReplyDelete
  2. haah beria la kita bca smpi habis igt kn ada jwpn sekali hihi rupanya entry tak siap sabor je la ;)

    ReplyDelete
  3. Kita kat sini layan via youtube jer la..
    Ishhh.. ai is jelezzz..

    ReplyDelete
  4. walaupun banyak halangan, dapat jg hadir kuliah...Alhamdulillah..semoga dimasa akan dtg dipermudahkan..

    amboii..sempat snap gambar belah muslimat...hehe..

    ReplyDelete
  5. ala..time soalan ke 2 penulis ke kereta lah pulak..tak tanya pada rakan lain yg ada kat dalam masjid tu...nak tahu gak jawapan dari ustaz

    ReplyDelete
  6. Ha ah.. Macam mna ekk kalau Dari mekkah Ke KL?

    ReplyDelete
  7. Dah kenapa plak tetiba balik... Haiiishhhh Wakkk niiii suspender je laaa... Pattttt laa sambunggg Wakkkk! Potonggg stimmmm betul! Iskksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wehh tengku SS jgnlah stim masa dgr ceramah agama., mentang2la ustaz tu bini dh tiga ., ammvoiiii ;p

      Delete
    2. Ada satu kuota lagi Wakkk.. Keh Keh Keh...

      Delete
  8. Kalau saya pergi mana2 ceramah pasti pen dan buku bersama sebab saya tak pandai hanya setakat mendengar, takut lupa..

    ReplyDelete
  9. Kalau KL je Jeddah, ngadap kepala pesawat..Kalau Jeddah ke KL ngadap belakang pesawat ke Wak?
    **sila sambung cepat wak..

    ReplyDelete
  10. Entry yang memerlukan kerajinan dan usaha pembaca sendiri untuk meng google jawapan nyer..
    Renung-renungkan...

    ReplyDelete
  11. yan minat ustaz ni..jawspan yang di bagi semuanya logik walaupun terkadang ada unsur 18x

    ReplyDelete
  12. ustaz skrg dh pandai buat lawak dlm mmberi ceramah.. org ramai suka dgr

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat