Monday 4 May 2015

DEME WASAP AMBE REPLY

Ustaz Azhar Idrus, Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC, Mei 2015.

Nota amaran lalat. Seperti biasa, kesemua entri penulis mengandungi kapsyen (baca: caption) dibawah atau didalam gambar. Untuk melihat kapsyen didalam gambar, sila goyang-goyangkan inul tetikus anda. Sekiranya anda menggunakan Tab atau mini iPad yang tidak ada tetikus, maka penulis tidak dapat menolongnya. Harap maklum.

MINGGU LEPAS penulis tidak sempat nak merakam suara ustaz yang popular itu ketika kuliah bulanan beliau di masjid Puchong itu. Tapi alhamdulillah kelmarin penulis sekali lagi berkesempatan menghadiri seksi pelancaran buku-buku terbaru beliau di PWTC dan mengambil gambiran dengan lebih dekat lagi.

Soalan: Tajuk buku ustaz 'Deme Wasap Ambe Reply', bermaksud 'orang bertanya ustaz jawab'? Utk anak2 muda sekarang ni, wasap ni proses teknologi yang sedang popular digunakan. Bagaimana kita dapat manfaatkan teknologi wasap ini?


Ustaz: Assalamualaikum wr, bismillah, .. bagaimana teknologi maklumat sekarang kita boleh guna utk dakwah? Mula2 sekali sy guna internet tahun 99, masa tu pakai dial up, ada taraqi dari luarnegara ni dr jordan, mesir, sudah gunakan internet untuk tafsir kitab. Sheikh disana baca kitab, kita disini dial up di trengganu, tapi sekat-sekat, manfaat tu boleh guna, kita nk pegi sana jauh, dia ngajar dlm universiti, dlm mesjid, ada budak yg ambik dan kita dengar, tak nampok gambor, neh, [+CURIDOSA+TIGALALAT] suara saja, gambar ada tapi kita tak cukup duit nak bayar bil, mahal, teknologi maklumat masa tu. Jadi kalau kita tengok sekarang cukup cukup mudah dan memang Allah beri satu nikmat (teknologi maklumat) sekarang ni maknanya mendakwah cukup cukup membantu Islam. Kita lihat contoh youtube, di Europe ya dgn youtube ni saja sudah ribuan orang convert drpd Kristian kpd Islam.

Dalam hadis Nabi kata, 'siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik, ataupun diam saja'. Maksud berkata yg baik ini buat benda yg baik. Sekarang kita ada facebook, dulu 15 tahun yg lampau kita nk masuk suratkabor, kita nk kabor kucing kita hilang, kita kena pergi nu Utusan Melayu jalan chan sow lin, nak kabor kucing dia hilang saper jumpe tolong hntr balik kena byr 20 ringgit dan belom kluar harini kena booking 5 hari 6 hari lagi baru kluor, tupon baru 1 inci, skrg kita ada suratkabor sendiri, facebook, neh kita buka akaun tulah suratkabor kita, kita tulis kucing sy hilang, nah, mata hijau bulu biru contoh, sape jumpe call sy, pastu send, bila send tu worldwide, ha tulah teknologi, nah, ha jadi kita gunakanlah teknologi ni yg nabi kata tadi. So ada orang guna ayat quran, doa yang baik, pastu send.

Kalau kita tak mahu cakap hak molek, kita diam, diam lebih baik dari cakap hok tak molek, kalau kita tengok dlm facebook ada 3 kategori. Cakap hodoh, cakap molek, dan diam. Ada orang cakap molek, ramai la, ada cakap hodoh, nak balon, nak ngata orang, yg ketiga ni dia diam, dia takde status, dia baca status orang dia like. Nampak? haaa. Tapi ada jugok setengah tu dia tak diam, dia tak cakap yang akhirat, dia tak kutuk kat orang, tapi dia sorang saje, pukul 9 pagi kita dengor dia 'ting' dia post, kita tengok ohh, tapi agak terganggu la, pukul 3 pagi dia wasap, 'ustaz buat apa tak tido lagi?' dia yg kaco kita, kita jawap yg mu kaco apasal, tapi jadi takde masalah, kita baca esok dan sebagainya. Sehari dalam 300 hingga 400 wasap sy kadang2 tak dan nak jawap jugaklah. Tengah drive dia tanya 'hukum', [+CURIDOSA+TIGALALAT] kita bawak kereta dia tanya, 'batal ke dok', kita baca saje la, baca dulu baca dulu baca dulu smpi kat hotel baru jawap, jawap 15 nk gi makan pulok, jd ada baki 30. Dari 30 ni, 25 ok, 5 orang merajuk. Mrajuk pulak haa tak jawab gini gini, masalah, tp kita kena hadapi dengan tenanglah. Banyak soklan2 yang baik2 la, kebanyakan hal keluarga.

Soalan: Macamana nak wujudkan minat membaca buku bukan sekadar tengok, mendengar saja dari youtube?

Ustaz: Nak ilmu ni, kita tengok perbandingan yg mudah di sekoloh. Kalo suka dengor, cikgu kabor cikgu ajor kita dengor. Itu lebih baik tak masuk kelas, ada yg ponteng kelas tak pergi kelas, cikgu ngajor dia tidur. Ada sebagian murid ni dia dengor itu molek, tetapi yg lebih baik yelah murid yang dengor dan dirumah dia membaca. Biasanya kalo kita tanya mana2 U ataupun kolej yg cemerlang dia bukan sahaja mendengor. Nak dpt cemerlang dlm keputusan, dia mesti mendengar dan membaca. Lepas membaca mendengar, mendengar dan membaca. Kita tak jumpa lagi seorang maknanya pelajar yg cemerlang dia dpt score 14A, dia cakap dia tak pernah membaca buku, dia dengar je 14A, Dia mesti mendengor dan membaca. Cuma kita mulakan dakwah itu dengan melihat, kemudian bila lihat kita dengor, kemudia lepas dengor, nak membaca. Sebab tu kadang2 bila kita jumpa orang, orang yg macamana pun, kata 'ustaz, nak amek gambor'. Haa boleh boleh, kalo kita sempatla ada masa, samada mu pakai kopiah ke, mu pakai sluar pendek ke, mu tak tutup aurat ke, boleh amek gambor. Nampok? Haa sbb tu kita tengok mcm2 orang, ada sy gi singapore rambut merah belaka amek gambor. Pakai skirt amek gambor, sbb kita nk mula2 melihat, lepas melihat, mendengor, lepas dengar membaca. Kebanyakan yg amek gambor sy tanya, [+CURIDOSA+TIGALALAT] deme kata 'banyak timekaseh bagi amek gambor dulu' dia tak tutup aurat, dia pakai sluar ketat, rambut blonde 'die', kuku merah, nak amek gambor sy kata boleh, amekla, bukan duduk riba kita, dok sebeloh. (ketawa) Nampok? dia nak dapat gambor, bila dia dh dpt gambar dia tengoklah gambor dia, jd yg pertama kita nak ajar kita ni tak ade 'gap'. Bila kita ada ilmu, dengan orang awam kita buat 'gap' orang susah nak dekat kita, jd dia sudah ada gambar dia rasa nak tengok dan dia buka dan tengok youtube. Bila youtube bukan saja tengok mulut saje bergerak, dia juga akan mendengor. Dia tak dengor banyak, dia dengor satu. Dia tak jaga lagi bab aurat, dia dengor bab akidah. Jadi bila dia melihat, dia mendengor, in sha Allah dia nak mula mendalami ilmu agama. Inilah konsep dakwah zaman moden ni, kalo orang berkopiah saja leh amek gambor dgn saya, tak berkembanglah dakwah. Nampok? Dari situ dia nak belajar (dengan insaf) bila ustaz nak bergambar dengan dia walopon dia teruk tak tutup aurat.

Ada sorang pompuan dia dengor sy 5 tahun. Pompuan ni korporat, 5 tahun dengor kuliah sy dan tengok cd, tp dia tak pakai tudung, rambut free hair, 5 tahun dengor kuliah sy tp bila smpi bab tudung dia akan eject cd takmoh dengor, smpi bab tudung bab aurat dia kluar dia nak dengar bab lain bab sembahyang bab akidah bab ni bab ni. Tapi skrg dia sudah bertudung, setelah 5 tahun datang satu perasaan 'kenapa ku sudah 5 tahun aku sudah dengor tapi satu benda aku tak buat?' 'Alhamdulillah, skrg sudah bertudung dan sudah pergi menunaikan haji'.

Soalan: Pasal aurat, patutkah kita share gambar kawan-kawan yang tak bertudung dengan kita dalam facebook?

Ustaz: Masalah gambor ni dia lebih ringan daripada diluar (public). Kalo kita tak tutup aurat abih atas pentas ni lebih berat daripada dlm gambor. Tapi hukum sama saja, cuma masalahnya lebih berat bila dipublik. Dalam gambo sekeping, depan aje, tapi kalo public depan belakang leh nampok. Ehh. Bila kita amek gambor dgn orang yang tutup aurat ni, seboleh2nya kita tak publishkan kepada orangramai. Maksud aurat itu anggota yang haram kita bukak atau kita tengok. Kalo benda itu jauh dan kecik, ulamak kata perkara ini dimaafkan, [+CURIDOSA+TIGALALAT] tujuan untuk nasihat. Kalo yg jelas2 yg seksi dan sebagainya kita tak galakkan dalam facebook. Sy pun kalo ada gambar untuk nasihat tp yg ada tak tutup aurat kita blurkan dulu, kita crop dan sebagainya. Tulah benda yang kita boleh walaupun kita nak berdakwah kita kena ikut pantang larang hukum syarak.

Soalan: Ada 'confusion', kekeliruan, mana yg lebih utama, majlis ilmu kuliah ustaz, perjumpaan ahli keluarga utk aktiviti yg tidak menyalahi syarak, peniaga yg mencari rezeki?

Ustaz: Dia kata dia konpius, nak pergi kuliah ke malam ni pukul 8 malam, atau makan keluarga sbb ramai mari dgn ipor dgn biras dgn menantu abes ade belaka, nehh contohla, amek dua dulu. Jadi kita jawab ni hok mana yg selalu ada? Yg selalu ada kuliah, setiap malam ada kuliah, adakah makan keluarga ramai ramai sebegitu setiap malam? Dak tak? Dua tiga bulan sekali mungkin, makan keluarga ramai ramai takkan tiap tiap malam? Dak? MUSIM MUSIM MAHAL nih. (Ketawa) Jadi bila ada kuliah setiap malam, lepas tu ada pertemuan keluarga, kita pergila pertemuan keluarga, kita tinggalkan kuliah tu. Nampak? Sebab silaturahim pun kita kena jaga jugok. Tapi masalahnya kalau kuliah satu malam, pertemuan keluarga setiap malam, haa itu baru problem. Jadi benda yg jarang jarang, pertemuan keluarga hok lebih utamakan. Allah tak tanya kenapa kamu tak kuliah setiap malam. Allah [+CURIDOSA+TIGALALAT] cuma tanya kamu bila kamu diberi nikmat kamu tak guna nikmat untuk cari ilmu agama. Jadi, benda benda yang lebih mustahak walaupun seolah olah beriadah tapi dia kekeluargaan ini silaturahim. Bila kita ada perhimpunan keluarga, haa kita pergi perhimpunan keluarga. Kawan kita dia pergi kuliah, senang aje, kamu tolong rekod kuliah sekarang canggih kita tak pergi pun. Dulu sy belajar agama tahun 90an, masa tu guna keset. Sy belajar di Trengganu, adalah 7 tempat taraqi satu hari, kadang kadang 6 tempat, jadi kawan yg blajar dipondok patani, blajar dipondok di kelantan, di kedah, sy tak pegi, sy hantor pita keset yg kosong, satu kitab 400 keping 500 keping, akan adalah budak yg pergi mengaji sana yg blajar sana dia akan tadah keset dan keset itu 5 6 bulan dia akan bawak ke rumah sy lima nam ratus keping utk satu kitab, sy ngaji balik, itu contoh sy takdok sana, tp sy ngaji dan sy leh khotam kitab yg diajar dipondok. Teknologi keset bila tak paham replay sikit kadang kadang lekat pusing dengan pen - prekkkkk (ketawa). Sekarang canggih ahh. Jadi kalau kita bijak kita boleh jadikan semua benda utk mendapatkan maklumat.

Soalan: Kenapa kentut batal wuduk? Kotor ke kentut? Angin je pon.

Ustaz: Ada gak soklan gini. Dalam hadis nabi kata, mata yg tidak tidur itu dia ingat, orang yg tak tidur tak lena dia sedar adakah keluar sesuatu drpd kemaluannya ataupun tidak. Kalau kita tak tidur, ada kawan tanya napa awok kencing napa awok kentut, awok jawab 'mana ada'? Awok boleh nafi terus sebab awok tak tidur. Tapi kalau awok tidur, awak jawap 'mana aku tahu'. Jadi sebenarnya, barangsiapa yg tidur yg lena, maka dikira batallah wuduk dia, kerana apa? Kerana yg pertama sekali, agama ni disyarak, ha nampok?, disyariat ni dia bukan akal. Kalau pakai akal, kita kentut basuh tempat kentut. Nampok? Tapi dalam agama ni dia bukan pakai akal dia syariah datang daripada Allah. Nampok? [+CURIDOSA+TIGALALAT] Akal kata, orang yang batal wuduk basuh tempat kentut. Tapi dalam agama, bila kentut basuh muka basuh tapak tangan menunjukkan agama bukan akal. Nampok? Ia syariat datang dari Allah. Nombor satu sekali ialah taat Allah taat Rasul. Neh? Kata ulamak ada benda hikmah yg kita nampok buat apa Allah suruh buat gini? Ada yg kita tak nampok sebab apa kena buat begini. Tapi kita yakin semuanya ada hikmah belaka bila Allah suruh maka kita buat maka Allah uji kita dengan patuh ataupun tidak menjadi yang (hamba) yg terbaik. Sebab tu kalo bos kata 'awak kena buat begini', 'awak tak leh pakai baju gini', contoh. Bila tanya kenapa, 'aku sukalah nak pakai baju guane'. Nampok? Tak boleh pasal dia boss kita, dia bayor gaji kita. Itu hanye bayor gaji, kita tak boleh persoal dak? Apatah lagi yg beri pinjam nyawa kepada kita. Apabila disuruh amek wuduk, memang akal kata kentut basuh tempat kentutla buatpe basuh muka pulak? Nah, jadi kena ada benda beriman, kena ada benda yg kita faham, 'Aku banyak jatuhkan hukum kpd kamu, Aku banyak berikan kamu ujian sebagainya, Aku nak test kamu, Aku nak uji kamu, mana kamu yg terbaik. Wallahualam.

Soalan: Buku-buku ustaz ni semua dalam format soal jawab, kenapa ustaz buat soal jawab, kenapa penting soal jawab?

Ustaz: Baik, Haa ni dengar molek molek. Banyak orang pertikai. [+CURIDOSA+TIGALALAT] Dia tanya kenapa buat buku soal jawab? Tak buat macam orang lain, cerita panjang lebar citer panjang lebor? Sy buat soal jawab soal jawab. Nehh, soalan jawaban soalan jawaban. Nehh, yg pertama sekali kita kena ikut alquran dan hadis. Quran, sebahagian hukum yg kita dapat dlm alquran itu adalah dari soal jawab. Banyak sangat dalam quran. Nehh. Ada ulamak yg menghimpunkan soal jawab dalam quran dan hadis. Allah kata, 'soalan mereka bertanya tentang haid', 'jawab', dalam hadis banyak sangat soal jawab. [+CURIDOSA+TIGALALAT] ... (banyak lagi jawaban yg diberikan tetapi penulis terpaksa memberhentikan disini kerana penulis pun sudah keletihan ;D )

Nota lalat. Maksud taraqi ialah proses pengenalan Allah swt. [+CURIDOSA+TIGALAT] melalui belajar dan latihan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







5 comments:

  1. Bestnye dia, nmpknye Pesta Buku Kali ni pun Cikna terlepas.....;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper kak cikna, tahun depan ade lagikk., ihiks

      Delete
  2. lps ustaz muncul kat main stage dia mai booth pts..bersesak2 sy amik gmbr dia... nk amik dkt2 segan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisehh mak, apsal tak ckp, kalo tak leh jumpa kjap ke ape ;p
      tapi nape mak tak turun bawah kat pentas besar masa dia berucap panjang lebar tu, sy smpi nek atas pentas amek gmbr closeup lagii ;p

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat