Thursday, 7 May 2015

RESIPI NASI DAGANG KOBOI



Bahan-bahan untuk Nasi Dagang untuk 2 orang makan (tanak, bukan kukus): –

1 cawan Beras Siam
1/4 cawan beras pulut
1 cawan santan + sedikit gula dan garam
1 cawan air saja
1 sudu halba
3 ulas bawang merah
1/2 in halia
1 helai daun pandan

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut dibasuh sampai bersih
2. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan dlm periuk bersama beras tadi dan juga buah halba serta daun pandan.
3. Tanak nasi sehingga masak.
4. Boleh dihidangkan.

Resepi Gulai Ikan Tuna koboi:

1 ekor ikan tuna dan potong 3 kerat.

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1/2 inci hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai
1 paket rempah kari
1 cawan santan pekat
1 sudu kerisik (kalau koboi tak perlu krisik)
2 keping asam keping
2 batang serai (dipenyet)
1 ketul kecil gula melaka.
1 biji lada besar, dipotong dua
sedikit garam, serbuk perasa
sedikit air

Untuk tumis:

2 ulas bawang merah (hiris mayang)
1/2 inci halia
1 sudu camca halba

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan yg ditumis, biarkan sampai berbau harum.
3. Masukkan serai, kemudian kacau sehingga berbau, masukkan bahan yg dikisar.
4. Bila dah naik minyak, baru masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan rempah gulai.
5. Kacau hingga sebati dan naik minyak dan berbau harum.
6. Campakkan gula melaka, asam keping, biar beberapa minit sehingga sebati.
7. Masukkan santan, kacau lagi.
8. Kalau tak nak pekat masukkan sedikit air, masukkan kerisik.
9. Bila dah naik minyak lagi, menggelegak, masukkan ikan tuna dan asam keping dan lada besar.
10. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa koboi.
11. Biarkan sehingga menggelegak dan ikan masak.
12. Masak sebentar 13 minit dan boleh dihidang.

Resepi Jelatah:-

Timun disagat
Lobak disagat
1 Cili Padi dipotong halus
1 Bawang besar dimayang

2 sudu gula
1 sudu garam
2 1/2 sudu cuka

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Boleh rebus telur masin untuk menambah hidangan.

6 comments:

  1. ok boleh try.. memang suka makan nasi dagang!

    ReplyDelete
  2. nasi dagang memang terbaik.. :-))...pas makan tidur :-P

    ReplyDelete
  3. Teringin nak try.....mcm senang jee. Weyh bujan guna pulut hitam ek?

    Tp masalahnya, mana nak dpt rempah gulai tu? Huhu

    ReplyDelete
  4. vavavvommm sedappp nye nk masak kna rajin betul2 ni ;p klu tak beli je ler hikhikhik

    ReplyDelete
  5. pandai masak rupanya Wak nih

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat