Wednesday 17 June 2015

MAIN KOTOR



Nota amaran lalat. Gambiran pokok kayu mati diatas tiada kena mengena dengan tajuk entri dan juga cerita dibawah. Harap maklum.

DULU-DULU penulis pernah menemani rakan penulis menghadiri sessi perbicaraan di mahkamah syariah. Penulis sekadar ingin menceritakan pengalaman mendengar beberapa kes cerai. Dan ini kes cerai yang ditangguhkan oleh hakim kerana beberapa sebab.

Kes cerai 1. Suami (plaintif) diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri (defendan) masih dalam perjalanan. Hakim bersetuju untuk tangguh sebab hakim kata hidup di key Ell ini memang begitu, terkena kesesakan jalanraya adalah normal. Tetapi penulis tidaklah setuju sebab kalau kita sudah tahu trafik jam silalah keluar awal dari rumah. Ada orang duduk tinggal dalam hutan rimba (Ampang) berjuta-juta lemon jarak jauhnya, lepas itu kena melalui Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, lepas itu Jalan Sungai Besi boleh tiba sebelum sessi mahkamah dijalankan. Janji perbicaraan bermula jam 9pagi, ini tunggu sampai pukul 9.33 pun batang hidung hakim tak nampak lagi.

Kes cerai 2. Isteri (defendan, Melayu) dan suami (plaintif, Turki) memohon pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Suami tak tahu berbahasa Melayu, cuma faham bahasa Turki dan Inggeris. Hakim beritahu bahawa mahkamah hanya dijalankan dalam bahasa kebangsaan termaktub dalam perlembagaan. Isteri diminta menterjemah. Tetapi hakim seperti tidak puas hati dengan cara isteri yang tidak sempurna bertudung. Isteri kata, 'rushing'. Hakim kata, 'bukankah awak dah tahu bicara pukul berapa, mahkamah dah beri banyak masa untuk awak memakai tudung'. Hakim menangguhkan kes sementara supaya isteri boleh bertudung menurut hukum syarak. Pendaftar disuruh membantu isteri cara betul pakai tudung.

Kes cerai 3. Suami (defendan) tidak diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri belum tiba. 'Dia kata tengah main kotor, merah, ' kata suami tadi. 'Main ape?', hakim seperti terkejut pula. Penulis pun kabur juga maksud dia. Rupa-rupanya, 'main kotor' tu maksudnya isteri cakap dia dalam haid. Penulis tidaklah pasti samada perempuan yang didatangi haid dilarang masuk mahkamah. Dan suami tadi memberitahu ini adalah kali kedua isteri tidak datang ke mahkamah dengan pelbagai alasan. Hakim pun tangguhkan kes sementara sehingga isteri dia tiba.

Nota lalat. Tiba-tiba penulis teringat juga slanga bahasa kiasan orang-orang di kedai mamak bila memesan minuman, contohnya, air teh tarik 'potong kaki' atau air teh 0 'pengantin malam pertama'. Ketawa saja penulis mendengarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

13 comments:

  1. Assalamualaikum Wak,
    Potong kaki
    Pengantin malam pertama
    - apesal la jadi macam tu.. tak kena-mengena langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cik kak yg jauh dimata tewww,
      ada kena mengena ya,
      maksudnya, 'potong kaki' itu air minuman yang paling manis yang boleh menyebabkan kencing manis, bila dah kencing manis, kenalah potong kaki.,
      manakala 'pengantin malam pertama' pula ialah air minuman yang panas seperti gelora dimalam pertama, oleh itu orang bujang takleh minum air begini., hihi2 harap jelas pencerahan saya ;p

      Delete
    2. nasik tambah, tp ade gak bini orang tu yang malam pertama penuh dengan seram sejuk peloh jantan pon kuar, 'nak kena tikam rasanya'., kihkih

      Delete
    3. kadang-kadang tak paham dengan maksut tersirat ni. air potong kaki tu paham maskdunya. teh o pengantin malam pertama memang tak tahu pa maksudnya. nasib baik dah buat pencerahan di atas. :-)

      Delete
    4. mak lea dah paham lettewww ., ghaughau2

      Delete
  2. di sebab kn perkara yg boleh dielakkan membuat kan urusan jdi tertangguh ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 perangai manusia itu sendiri yang membuat kes tertangguh., tepuk dada tanya iman ., huhu2

      Delete
    2. al-kisah nyer... kreatip tul la dia orang ni..

      Delete
  3. ampang tu hutan rimba eh..
    terasa pulak.
    hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa, dok kat key Ell pon orang cakap 'hutan batu' gakk., hakhak2

      Delete
  4. amboilah kiasan air teh o tu macam xclear.. potong kaki tu paham lee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik suida dah kawen blom, orang bujang memey tak leh nak clear., harhar2

      Delete
  5. 'Dia kata tengah main kotor, merah, ' kata suami tadi..

    suami ni orang Msia ke...x pernah dgr ayat mcm ni dalam Bahasa Melayu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat