Friday 3 July 2015

PERSONAL REVIEW | DIECAST MERCEDES BENZ



Selepas beberapa tahun mengusung ke hulu ke hilir kereta mainan diecast Mercedes Benz C-Class warna putih itu, penulis mula berangan untuk membelikan satu lagi kereta mainan yang sama. Sebab lain ialah keadaan baterinya yang semakin lemah dan kerapnya terjatuh kerana kecuaian penulis sendiri ketika menangkap gambarnya.

Maka penulis pun gigih meng-google, dimanakah kedai permainan menjual kereta diecast ini?

Mula-mula penulis terjumpa laman page penjual barang mainan diecast dalam laman sosial Facebook, tapi pemunya agak sibuk dan mengenalkan dengan kedai di jalan Cempaka. Bila penulis berlarian kesana, tiada kereta mainan Mercedes Benz yang penulis cari cari. Tetapi sempat juga penulis beli kereta mainan Viva (RM40).

Seterusnya, penulis terjumpa kedai permainan bernama 'Penn Mart Toys' yang beribu pejabat di Lunas, Kedah dan mempunyai cawangan di Jalan Raja Laut dan Taman Johor Jaya. Bila penulis mencari di Johor Jaya yang mempunyai dua cawangan kedai, tiadalah penulis berjumpa juga jenis kereta tersebut. Tetapi penulis tidaklah berputus asa, berkemungkinan ada dijual dikedai permainan biasa.

Kelmarin, bila penulis berjalan santai santai ke Kuala Terengganu, kebetulan saja tiba-tiba mata penulis tertancap pada sebuah kedai permainan 'Miniland' yang menjual cenderahati dan penulis berasalah gumbira kerana kereta mainan yang penulis cari-cari selama ini ada ditunjuk dirak cermin kedai. Hati penulis sudah berbunga-bunga. Penulis pun terus membelinya dengan harga RM27.90 (termasuk GST).

Cuma penulis rasa sedikit kuchiva juga, sebab penulis lebih minat hiasan dalaman yang berwarna beige (kekuningan) itu. Nampak lebih menyerlah berbanding warna hitam legam. Selain badan kereta yang berwarna putih, terdapat juga warna hitam dan merah.

Dan selang beberapa hari, masa dalam perjalanan ke KLIA, penulis juga terjumpa kedai permainan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil yang menjual kereta mainan yang sama, tetapi harganya agak mahal sedikit (RM30) dan masih tiada hiasan berwarna beige.

Sedikit maklumat tentang kereta mainan diecast Mercedes Benz C-Class ini:

  • 1:32 Auto model die-cast toy car
  • Pull back tyre friction
  • Side doors with headlights and music sounds
  • Switch wheel

Jadi, penulis minta maaflah kalau selepas ini lebih banyak gambar kereta mainan diecast ini muncul di blog penulis yang biasa biasa saja ini ya!

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Diambil dengan iPhone cap aiYam (nak sebut pun malu).
Pusat niaga Paya Keladi, Kuala Terengganu.













10 comments:

  1. Cantik....boleh la bawak pergi ronda-ronda kotaraya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotaraya mana satu mak? kotaraya jb ke kotaraya key eLL keew? hehe2

      Delete
  2. Replies
    1. mahalla sangat makk, tiga poh hinggit je satuu ;p

      Delete
  3. Assalamualaikum Wak,
    Takda tangan-tangan gatal main laga-laga kereta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cik kak sham yg jauh dimata tuu,
      takdok la sape yg brani kaco2 barang mainan wak sbb dh tulis 'ini barangan abah yg punyah' alaa mcm 'curidosa' gituuuu., harhar2

      Delete
  4. Anak saya ada satu keta mainan merc skala bsar sikit drp yg dlm gmbar tu.
    Er, sbnarnya dia cilok atok dia punya. Heh.
    Tapi rupa keta tu dh mcm keta lpas xsiden langgar tanker 40'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh baik atok 'abang yu' tuu, kalo sy dh soh mak bapak ganti 7 8 lapan lagikk., hihkhikk2

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat