Monday, 24 August 2015

BLOGGER INSPIRASI | JOE BANGLA

"Burung pulang petang," AEON Permas Jaya

MINGGU kelmarin masa dalam bas, penulis terjumpa satu blog yang penulis blog itu pernah tinggal di Amerika (2000) selama 10 tahun, akhirnya ditangkap (2010) ditahan dipusat tahanan Buffalo dan dihantar pulang ke tanahair. Sekarang beliau menanam kacang saja di kampungnya di Pahang (2015). Kisah terkini beliau sedang menguruskan projek rumah peranginan di Cherating. Itu semua ada dalam blog dan FB beliau:

Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive 
Kisah 2010 di pusat tahanan Buffalo: Kisah Seorang Banduan
Kisah semasa aku di US (2000-2010) : Dendam Perantau
Twitter: https://twitter.com/A_Changed_Man
Facebook: A Changed Man

Walaupun blogger (abangtam) itu telah lama menulis dalam blognya, hanya minggu lepas penulis baru mengetahui dan kagum dengan kegigihan dan kecekalan beliau mengharungi hidup diperantauan dan ditangkap polis (pihak imigresen). Blog yang berbentuk diari harian yang sungguh terperinci dan membacanya seperti kita berada ditempat beliau di New York dan juga didalam tahanan di Amerika.

joe bangla in NY
Kelmarin setelah diluluskan (baca: approved) di mukabuku, penulis sempat bertanya kepadanya tentang berkemungkinan kisah hidup beliau selama ini dibukukan saja. 'Tak.tak nak jadi popular.I can't handle fame', katanya. Penulis ada juga meminta untuk berjumpa tetapi beliau tiada memberi sebarang respon apa-apa setakat ini. Mungkin beliau sedang sibuk menyiram kacang atau sibuk dengan memorex dan forexnya.

Dan setakat hari ini, penulis masih belum dapat menamatkan pembacaan blog beliau kerana terlalu banyaknya entri-entri yang terkebelakang. Satu lagi yang penulis perhatikan, bila membaca blog beliau, mata penulis akan berpinau apabila melihat tetingkap warna putih yang lain disebabkan blog beliau ditulis dengan tulisan putih berlatarbelakangkan warna hitam. Penulis agak mesti penulis blog tersebut pernah belajar matapelajaran 'psychology'.

Dan rentetan dari kisah beliau ditahan di US, penulis telah sengaja menonton beberapa wayang (baca: youtube full movie) yang berkaitan tentang pati (baca: bangla, illegal immigrant) yang penulis jumpa dan layan seperti 'A better life', dan 'Frozen River', dan 'The Visitor'. Abangtam juga mengesyorkan 'Film the Untouchables Intouchables, film perancis, ITU sebijik mcm kisah masa aku jga org kaya (yahudi) yg cacat dulu tu. Film Sin Nombre, best gak.film Dari south america', katanya lagi dalam wajah buku.

Updated. 4/9/15. Jumaat. Penulis masih membaca blog beliau setiap hari. Sekarang ini penulis sudah tiba entri beliau bekerja di kedai cuci pakaian (laundry) selepas berhenti kerja di KFC. Entri beliau bekerja di Florida pula penuis belum berjumpa.

Updated. 14/9/15. Penulis masih membaca blog beliau. Dan baru terjumpa cerita beliau di Kosmo Ahad di SINI dan mirror. Satu lagi, penulis bila buka blog beliau, Keeping The Dream Alive, dan setiap kali baca entri terbaru akan kedengaran lagu Deep Purple, Soldier of Fortune. Kebetulan (persamaan?), penulis dulu pun pernah letak lagu (youtube) autoplay juga dalam blog yang lama. Sekarang pun penulis suka mendengarnya.


Updated. 16/11/15. Penulis dah lama tak membaca blog beliau. Cuma bila kadang2 teringat, penulis pun punya citarasa yang sama tentang lagu video yg ada dalam blog itu - 'Soldier of Fortune - Deep Purple'. Kebetulan saja kan?

Updated. 6/12/15. Blog Keeping The Dream Alive telah ditutup. Laman peribadi FB beliau pun telah ditidakaktifkan.

Nota lain lalat. Pasal gambar Aeon diatas, penulis singgah untuk jamuan malam di Sushi King bersama kaum kerabat saja. Penulis pesan untuk pertama kalinya Mixed Bento (deep fried salmon and chicken with spicy sauce and mayonnaise served with edamame salad, crabstick and fried fish cake. RM14.90, 1035 kcal).

Blog bukanlah hakmilik kekal.






28 comments:

  1. blog yg sgt menarik ni...kak mmg suka membaca mengenai pengalaman hidup individu dgn pelbagai latar ceritanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tetibe je mak kakPah nih taip huruf kecik, selalu CAPSLOCK mcm marah sajeeew ;p

      Delete
  2. ape kisah blogger tu sampai kene tangkap imigresen, sbb masuk negara org secara tidak sah ke? lame tu kene tahan... nnt nak terjah blog dia la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah seorang anak muda melayu yang tinggal bertahun tahun di New York secara haram walau pun masuk ke US secara sah dengan tujuan untuk belajar, tapi setelah abangtam (nama pemuda tu ) hilang duit dan segalanya kerana dicuri. beliau memilih untuk tinggal secara tidak sah di US..,

      gi la baca, spt membaca novel pengembaraan gituu

      Delete
  3. Replies
    1. hehe2, terjah jgn tak terjah mak, nnti mak yan jgn lupa dtg balik blog wak yg biasa2 aje nih yee., ;p

      Delete
  4. Replies
    1. kalo dh terjah nnti jangan lupa cik kak datang BALIK sini yee .., kehh

      Delete
  5. macam menarik aje cite yang diceritakan ni
    nak kena terjah baru boleh kenal orang yang dimaksudkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama popular abangtam nih mak, cuma wak je yg baru kenal sbb terjumpa je., ;p

      Delete
  6. Adeihhhh Wak,
    Terasa jugak ni.
    K.Sham pun guna background hitam tulisan kaler putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog kak sham ada byk gmbr makanan takper., kehkeh2

      Delete
  7. sat gi memang nak terjah . memang suka membaca biografi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti jgn lupe dtg BALIK sini ye mak Vee ., hehe2

      Delete
  8. Hmmmm.... patut lah asyik tersedak jer harinih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, terharu blogger hebat abgtam sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog wak yg takde ape2 nih., ;p

      ps. bila nak ngeteh bgtam? kat key ell sudahh

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. salam abg tam.. saya peminat setia dlm penulisan abg tam.... lama saya mencari mana abgtam skang.. walaupun saya tahu abg tam dah balik pahang... moga abg sihat2 hendaknya.... kisah abg sangat2 menjadi inspirasi tuk saya.....

      skang ni abg tam masih active menulis ker? apa blog terbaru abg tam? kalau tak keberatan boleh inbox saya fb/ig/blog terbaru abg?

      moga abg sihat2 hendaknya...

      **pembaca setia #dendamperantau dan #kisahseorgbanduan

      Delete
  9. menarik tu..mak pun nak gi terjah jugak la..

    ReplyDelete
  10. Ini kena singgah ni....dari catatan pengalaman orang lain, macam-macam yang kita boleh pelajari :)

    ReplyDelete
  11. sebuk menyiram kacang !!! kamon Wak !! jgn buat org gelak tngh bace serious2 ni..

    ReplyDelete
  12. tapi CT nak bookmark blog dia.. menarik okaaay pengalaman dia..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih 3lalat kerana sharekan blog abangtam tu.
    Mrs. A dah terjah, samalah kita berpinau mata bila baca lama-lama tapi nak gak baca ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  14. x boleh jadi ni semua nj terjah

    ReplyDelete
  15. tuan tanah (3lalat) mcm mana nak request permission tuk baca blog sambungan abg tam tu
    "Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive"

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg tam dh block semua contact., wak x dpt nk tolong., he refused to be popular katanya., wallahualam

      Delete
    2. jap, btw ko pon xde blog camane orglen nk contact ko? link ko ni pon kosong.. hawauu ;p

      Delete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly