Friday, 7 August 2015

FOUND IC



KELMARIN masa dalam perjalanan di lebuhraya PLUS itu dan penulis berhenti membuang hajat di Hentian Rehat dan Rawat Machap dan terjumpa dompet yang tertinggal didalam tandas. Penulis ambil dompet itu dan penulis periksa didalamnya ada kad pengenalan budak berumur 13 tahun yang penulis rasa baru saja menerima kad pengenalan pertama. Didalamnya juga ada beberapa keping duit raya. Penulis pos lajukan dompet dan semua kandungan didalamnya ke alamat yang tertera didalam kad pengenalan beliau pada keesokan harinya. Kos prabayar pos laju ialah RM6.35 termasuk GST.

Tengahari tadi selepas penulis menjamu selera cendol dan mee rojak dibawah pepohon ditepian tasik Ampang Hilir, penulis telah terima panggilan rindu (baca: missed call) dari nombor yang tak dikenali dan bila penulis bertanya secara pesanan ringkas (baca: sms), pemanggil itu membalas:

saya sekeluarga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kerana telah
menjumpai ic anak saya yg tercicir,
alahamdulah semoga dirhmati allah.

Penulis pun bercukur juga kerana dompet dan kad pengenalan tersebut dapat dikembalikan kepada yang empunya dengan selamat. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

41 comments:

  1. naper hajat perlu dibuang wak??? soklan carik pasal ni kan hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak terjumpa dompet isi duit raya juta juta hinggit mak., harhar2

      Delete
    2. ye sgt la wak....igtkan jumpa 2.6bilion duit derma td...hahhahaha

      Delete
    3. harhar2, duit 2.6 billion tu derma terus masuk akaun wak ye, bukan letak atas rak dalam jamban RnR jeer., ;D

      Delete
    4. duit derma 2.6 sen nak dak wak... harhar

      Delete
  2. en suami sy pun pernah tertinggal dompet dlm toilet kedai mamak putrajaya nih...hanya sedar dompet xde bila nk byr...bila sy tya dia...bila last dia pegang....masa g toilet...check kt toilet...innalillah.....sudah tiada tanpa dikesan....kalau laa yg jumpa dompet en suami sy tu amanah macam penulis (wak la kan?) sudah pasti dipulangkan semula...tahniah pada penulis yg amanah......heheheh...terpanjang lak komennya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar2, sibbaik en suami mak tak tertinggal bini intan payung kat kedai mamak putrajaya tuu mak kann., kehkeh2 wak gurau2 jeeer

      tapi mak kann, kalo terjumpa dompet dalamnya ada duit kepok2 juta juta hinggit, kena pikir gak samada nak pulangkan ke tidak., hakhak2

      Delete
    2. mana leh dia tinggalkan...sape nk byr??? lgpon sy pegang kunci kete...keh keh keh

      amboi...ada hati nk pikir pulang ke x....tp kalau duit derma wak leh amik....kah kah kah

      Delete
    3. kalau duit derma 2.6billion haruslah pulangkan masuk akaun wak jugakk., hakhak2

      Delete
    4. Haha.... tak abes jd bahan 2.6 bil ni

      Delete
    5. DM pun dok putrajaya eh...

      Delete
  3. "Penulis pun bercukur"... Tetiba bercukur... Typo ke Wakkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maneder typo., tak paham takper., ayat propa je tuu ye cik kak SS ;p

      Delete
  4. kalau jumpa duit 2.6 billion, saya buat senyap angkut balik jer wak....tapi pasal dompet budak2 yang ada duit raya berapa ringgit kesian pulak....mesti saya pun buat macam wak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak kan dh byk duit dalam akaun bank, duit 2.6billion tu lenkali kalo jumpe ke orang derma ke ape sila masuk terus akaun wak yee., kehkeh2

      Delete
  5. Pernah tercicir dompet gak kt kfc kluang johor, cerita lama...sedar dah lepas 2 hari...tapi budak2 kerja kfc tu baik dia simpan dompet, diorang cakap try call nombor yang ada dalam dompet tu tapi tak dapat....mana nak dapat, nombor yang tertulis tu bukan nombor talipon, tapi nombor pin kad atm...saja letak kod daerah kt depan nombor tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajarannya lenkali leh letak nombor telefon dalam wallet untuk kecemasan kan makk ;p

      Delete
  6. baiknya hati...masih ada rezeki anak tu sbb dompetnya ditemui insan berhati mulia spt wak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mak, arini ari anak tuu, manetau esok lusa giliran wak pulak, idup dunya nih penoh karma mak kann ;p

      Delete
  7. Mujur Allah dah tulis yg menjumpainya org yg jujur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, arini ari budak tu, manatau esok lusa kita pulak yg terkena, harap2 ade yg jujur jugakk., aminn

      Delete
  8. Alhamdulillah,, baiknya hati TL,, siap pos lagi,, biasanya orang awam akan serah kat balai polis saja,, Allah swt telah menemukan dompet tuannya bersama TL sebab DIA tahu TL akan pulangkan pada tuannya,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. memeyla mula2 wak nak taruk je kat bit polis kat situ tapi takdok sorang pon dlm bit ituu., huhu2

      Delete
  9. Alhamdulillah sampai ke tangan pihak yg bertanggungjawab :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah masih wujud insan yang jujur di muka bumi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar2, cuba test try orang tertingal 2.6bilion kat dlm toilet tuuuu ., ;p

      Delete
  11. Alhamdulillah..bila kita memudahkan urusan orang lain..insha Allah..Allah juga lebih lebih lagi permudahkan urusan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya robbal alaminn., thanks mak PC tuu ;p

      Delete
  12. Wak,
    Miss call - panggilan rindu
    - kut macam tu ramailah yang rindu dengan K.Sham tu.
    - tapi bila dijawab pulak.. nak jual insuran la.. suruh ambik credit card la.. tambah buat utang la.. nak jual pakej holiday la..

    Adeihhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih2 direct translation je tuuh ;p

      lenkali k.sham jgn tak jwb mana tau ade org nak derma RM2.6billion saper nak bagi., harhar2

      Delete
  13. nsb lah yg jumpa nya org nya jujur... kalu idak msti udah di rembat

    ReplyDelete
  14. saya klu ada panggilan dr nombor yg x dikenali , mmg x jwb . google dulu no tu . klu x de kat google bru sms tanya siapa ... alhamdulillah ,wak yg jumpa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. detailsnya sis.. I xjawab, tapi mesej ja la, tanya sapa.. hehe

      Delete
  15. duit raya tu banyak dak wak? hahaha

    ReplyDelete
  16. Bercukur @bersyukur..? Peace yo! Hehehe

    ReplyDelete
  17. baik nya Wak...semoga Allah permudahkan urusan wak nanti

    ReplyDelete
  18. itu Wak nak lepaskan hajat BESAR ke KECIK atau kedua-dua jawapan di atas

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat