Saturday 29 August 2015

JAM TAWAF | POLVORON



KELMARIN jam tangan tawaf, yang pusingan jarumnya terbalik mengikut arah lawan jam biasa, telah diterima oleh rakan sekerja penulis juga. Beliau memesan diatas talian dengan harga RM159. Terimakasih penulis ucapkan kepada Zek, model rakan sekerja diatas, tetapi beliau bukanlah pemilik jam yang sebenar.

Tetapi selain kebaikan saintifik dalaman yang ditulis oleh penjual jam tawaf tersebut seperti orang menjual ubat sensei sahaja bunyinya, penulis tidak nampak kebaikan luaran yang ketara. Walaupun cantik rekaannya, unik dan modern, namun tulisan nombornya agak sukar dibaca (warna biru berlatarbelakang warna hitam). "Ini semua bida'ah. Nabi dulu pun tak penah pakai jam," kata rakan penulis, si wak ustaz poyo itu.


Nota lalat terkini. Rakan penulis hendak menjual tawaf itu. "Besar dan berat," katanya.

Cerita lain, penulis berterimakasih kepada rakan sekerja, awek Filipina, yang memberikan satu makanan dari Filipina dipanggil Polvoron, rasanya seperti sagun kelapa sahaja.

Nota lalat lain. Jumaat 28 Ogos 2015. Petang jumaat selepas bertugas seperti biasa penulis ke TBS dan terus ke kaunter City Ekspres untuk membeli tiket. Jam pukul 6.10pm. Biasanya ada tiket bas pukul 7 petang, tapi petang itu ramailah pula orang dan tiket ke Johor Bahru hanya ada jam 12 tengahmalam. Penulis terlupa atau tidak endah agaknya sebab hujung minggu itu bukankah cuti panjang sempena cuti Hari Kebangsaan pada hari Ahad pula. Mula-mula penulis ke kaunter tiket utama, tapi penulis mengubah fikiran, penulis ke kaunter City Ekspres yang tadi dan setuju untuk membeli tiket ke Johor Bahru pada pukul 12 tengahmalam. Tiada bas ke Masai pada malam itu. Tapi awek kaunter itu bilang dia ada satu lagi kerusi kosong bas jam 6 petang kerana ada pelanggan yang memesan masih tidak sampai. Jadi dijualnya tiket itu dengan harga biasa untuk ke Masai dan penulis mendapat tempat duduk bujangan lagi (single seat). Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



27 comments:

  1. waaa...ada ehh jam pusing lawan jam...baru tauuuuu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih2 baru tau ke makk., ;p

      Delete
    2. Saya pun baru tahu wak. Nape jam tu melawan arah?

      Delete
  2. cntik jam ni..t p lg pntg fungsinya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada orglen lebih pentingkan sifat kerohanian gituu., wallahulam

      Delete
  3. mmglah rasulullah x pakai jam sbb teknologi x de lagi zaman tu . kita hidup kan merentas zaman ... adeh . tapi rasanya yg poyo itu pun tengok jam utk tahu pukul berapa ... ^_^ .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz poyo tu pakai jam biasa mcm orglen gak ye mak., hehe2

      Delete
  4. HMM KALAU ADA KEMAMPUAN XSALAH DAPATKANNYA...TAPI KALAU RASA MEMBAZIR SAJA ELAKANLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebenornye jam tawaf ni xlah semahal mana mak, rm159 je.,

      Delete
  5. Bagus jam ni..tapi harga nya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mcm jam biasa je mak., lainla kalo ribu riban., huhu2

      Delete
  6. First time dengar dan tahu ada jam tawaf..

    ReplyDelete
  7. sy tgk ramai yg dah memakainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih misti geng geng muslimah kann., ahlan wasahlan ., hihi2

      Delete
  8. makin popualr jam ni.. tak silap jam jenis ni blog denaihati pun ada jual

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn Wak.
    Biru hitam.. kombinasi warna yg kurang menyerlah - utk K.Sham yg rabun ni la.

    - hitam putih.. tetap di hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi2, ada gak benda yg kita serasi kan cik kak Sham ., kannns ;p

      Delete
  10. teknologi org Islam pun canggih jg...

    sedap polvoron tu...kalau sagun malaysia dipacking mcm tu, tentu tinggi permintaan di pasaran..

    ReplyDelete
  11. Warna kuning berlatar belakangkan hitam ada tak Wak?

    ReplyDelete
  12. apa kebaikan jam tawaf ni wak.. memang kita akan baca jam terbalik ka (no 3 letak kat no 9)..
    Kawan ada cuba2 promote, tapi I tak minat..

    ReplyDelete
  13. jam tawaf? baru1st time denga...

    ReplyDelete
  14. Paparan jam yang warna biru tu glow in the dark tak?

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. aisehh JM nih, Polvoron, rasanya seperti sagun kelapa sahaja

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat