Wednesday 30 September 2015

OR INSERT BOOT MEDIA

Dusty LCD monitor screen.

TIBA-TIBA komputer riba (baca: laptop) penulis ini padam di pagi kelmarin. Bila penulis memulakan kuasa (baca: power on) laptop masih tidak dapat masuk ke Windows. Penulis yakin bahawa laptop penulis ini sudah dijangkiti virus yang sangatlah jahat.

Sekarang penulis sedang berusaha sedaya upaya untuk memformat dengan cd prasimpan yang penulis telah sediakan dahulu. Dan dengan ini penulis ada sebab musabab untuk tidak mengemaskini blog merapu penulis ini untuk beberapa hari atau beberapa bulan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: PETALING STREET

Petaling Street and night photography. Petaling Street (Malay: Jalan Petaling, Chinese: 茨厂街) is a Chinatown located in Kuala Lumpur, Malaysia. Petaling Street however does not exclusively offer pirated products. Haggling is a common sight here and the place is usually crowded with locals as well as tourists.

KELMARIN malam penulis telah merempit ke Petaling Street itu untuk melayan perasaan kebosanan tahap sederhana. Tidak seperti di zaman kegemilangan puduraya yang dahulu, sekarang Petaling Street kurang meriah nampaknya. Tapi masih ramai pelancong luar negara yang datang berbondong-bondong dan membeli barang-barang jenama tahap dewata yang biasa-biasa saja disitu. Dan penjualnya ramai warga import dari luar negara seperti sedia maklum.

Nota lalat. Ini adalah

Tuesday 29 September 2015

A PERFECT SEND OFF

aTi in deep thought, KLIA2

KELMARIN penulis sudah menghantar anak wedok kembali ke kolejnya di New Castle. Hantar di lapangan terbang sudah. Dan setelah 4 hari 4 malam beristeri-rehat (istirehat atau istirahat?), hari ini penulis pun mula bertugas memotong rumput kembali seperti biasa untuk membeli beras dan sebongkah berlian.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"macam nak gi obersi"

Sunday 27 September 2015

DC COMICS SUPERHEROES & CATS CAFE

Woodlands Old Town.

KELMARIN penulis telah membawa dan meninggalkan anak wedoks (baca: 2 orang anak dara) ke restoran kucing Cats Cafe di Jalan Abd Samad. Dan penulis pun berlarian ke seberang tambak hanya untuk membeli suratkhabar dan satu tin air berkarbonat. Alone matcham biasa.

Sekembalinya dari tambak, penulis pun membawa mereka juga ke Puteri Harbour pula. Sebenarnya baru kelmarin penulis lepak-lepak di restoran DC Comics Superheroes di key ell. Dan membawa mereka ke restoran yang sama di jay bee dalam masa beberapa hari tidaklah didalam perancangan penulis juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Woodlands pedestrians tube.

At the Cats Cafe Jay Bee:

Saturday 26 September 2015

AKU BUKAN WAK KENTUT

Jalan Susur Kulai 2.

Tajuk entri penulis kali ini seperti lagu Wali Band yang berjudul "Aku Bukan Bang Toyib":

Sayang aku…
Bukanlah bang toyib
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang…

Tetapi penulis bukanlah ingin bercerita tentang Bang Toyib, yang meninggalkan bini yang sedang dahaga kehausan dan kegersangan itu ya. Sebenarnya, KELMARIN penulis sudah merempit ke warung Nasi Lemak Wak Kentut yang berada di bandar Kulai itu. Tetapi tiadalah rejeki penulis hendak bersantapan disitu kerana warung Wak Kentut ditutup pula. Mungkin Wak Kentut tutup warung pada hari JUmaat atau cuti raya haji? Jadi, penulis telah cuba mencari warong nasi lemak alternatif yang popular di Kulai. Bila penulis menggoogle pula tidaklah banyak membantu, tetapi penulis terjumpa beberapa warung nasi lemak. Antaranya nasi lemak Tapau, tetapi bila penulis singgah di stesen minyak Petronas Bandar Putra, salah seorang aweks penjaga yang jelita di kaunter disitu memberitahu,

"kalau Wak Kentut memang kenal, tapi nasi lemak Tapau? Tak pernah dengar lah wak!" macam tersipu-sipu bilang si aweks itu.

"wahh, Wak Kentut juga yang popular ya," kata penulis purak-purak terperanjat, tapi dalam hati siapa yang tahu. Dan penulis senyum-senyum saja kepada aweks sambil membayar harga minyak di pam nombor 7. Dan aweks itu pun membalas senyuman wak. (ehem, ehem)

Dipendekkan cerita, penulis telah merempit dan melencong ke medan selera yang baharu yang terletak berhampiran surau dibelakang flat rumah murah sewaan penulis juga.

FENOMENA "WAK KENTUT"

Siapa kah Wak Kentut? Ada apa dengan Wak Kentut? Kenapa Wak Kentut begitu terkenal?? Dimanakah kekuatan Wak Kentut? Adakah kekuatan Wak Kentut terletak pada kerisnya kah, atau pada tenaganya kah, atau pada baunya kah? Kah? Beberapa tahun terakhir ini Wak Kentut begitu terkenal, bahkan mungkin seluruh masyarakat Johor akan menjawab hal yang sama ketika kedua pertanyaan tersebut di ajukan kepada mereka.

MAKSUD KENTUT

Maksud kentut menurut kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:
1. Angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan; mengentutkan mengeluarkan kentut (dengan sengaja); terkentut berkentut dengan tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dengan tiba-tiba.

Walaupun nama "kentut" didalam bahasa Inggeris disebut "fart" dan dalam bahasa Cina disebut "放屁", tetapi bau aroma ayam goreng, sambal cili dan nasi lemaknya di warong nasi lemak yang popular di Kulai ini yang membuat ramai orang datang menghidu dan menjamahnya.

Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan, "kenapa kalau terkentut kita diwajibkan mengambil wudhuk? Kenapa tidak dicuci saja tempat yang terkentut itu?". Wallahualam, Tuhan itu lebih Bijaksana.

NAMA LAIN TIDAK POPULAR

"Sebenarnya nama ini gelaran daripada orang Kulai sendiri yang diberikan kepada orang tua-tua dekat sini. Kami orang keturunan Jawa banyak bernama Wak. Jadi mereka gelar bapa saya Wak Kentut, sampai sekarang melekat, kami pernah tukar nama itu tetapi mereka (pelanggan) tidak hendak. Hendak pakai nama ini juga," kata Hairolnizam, anak Wak Kentut yang juga pewaris dan pengusaha warung Nasi Lemak Wak Kentut yang sekarang.

LOKASI

Nama restoran: Nasi Lemak Wak Kentut
Alamat: Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor
(ikut susur depan Public Bank, terus sebelum simpang lampu isyarat)
Google map: http://g.co/maps/6ycjs
GPS: 1.652333,103.609871
Waktu: 5:00pm to 9:00pm 12:00 midnight (tutup Ahad dan hariraya haji dan ikut suka hati taukeh lah)
Ditanggung Halal

KEISTIMEWAAN

Bila penulis bertanya kepada penyewa flat rumah murah penulis itu, beliau yang selalu juga ke warung nasi lemak Wak Kentut ada memberitahu,

"nasi lemak dia biasa je wak, sambal dia biasa biasa jugak wak,"

"abes ape yg sedap istimewa sangat tu?" tanya penulis.

"ayam goreng dia wak, memey keless, rempah dia terbaik, kalah ayam KFC wak!" katanya lagi.

WAK YANG JUJUR
Sebenarnya dan sejujurnya penulis bukanlah penggemar tegar nasi lemak. Biasanya penulis hanya akan makan nasi lemak bersarapan diwaktu pagi saja. Itupun ka-dang-ka-dang. Tidak pernahlah penulis makan nasi lemak di waktu tengahari atau di waktu malam. Tetapi sekarang makin ramai orang kita makan nasi lemak tidak kira waktu 24/7 kann? Mak kanns.

Jadi, apabila penulis tidak dapat menjamah nasi lemak Wak Kentut yang popular itu tidaklah mengkuchivakan penulis pun. Tidaklah air liur penulis meleleh-leleh merembes-rembes sampai keluar kelantai seperti hendak dimopkan pula. Tidaklah sampai penulis kempunan sebab tidak dapat makan nasi lemak dan berlari-larian mencari batu belah batu bertangkup pula kan. *Ketawa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aDm and aQi at Southern Tiger Hub, Jalan Cengal, Kulai.

Thursday 24 September 2015

DC COMICS SUPERHEROES & SHOWCASE



KELMARIN penulis tiba-tiba ditanya oleh seorang rakan penulis tentang kalau-kalau ada pameran superheroes di bandaraya yang sedang berlangsung. Manalah penulis tahu. Tapi tidak semena-mena penulis terjumpa ada restoran yang bertemakan superheroes sebagai hiasan dalaman.

Dipendekkan cerita, sebelum mengambil anak wedok (baca: anak dara) penulis di lapangan terbang malam kelmarin, penulis sempat lagi terjah 2 (baca: dua) restoran tersebut.

Satu. DC Comics Superheroes Restaurant di Sunway Putra Mall. Bila penulis tiba, jam sudah pun menunjukkan pukul 8.08 malam. Penulis dikejutkan apabila mamat kaunter memberitahu bahawa makanan tidak dijual lagi waktu itu. Hanya minuman saja. Restoran akan ditutup pada pukul 9 malam. Sebelum meninggalkan pusat beli belah itu, tidak disangka oleh anak lanang penulis telah terjumpa ahmoi rakan sekelasnya disitu. Penulis mengajak mereka bergambar, tapi anak lanang penulis berasa malu pula. "Dh selalu selfie kat sekolah," katanya lagi.

Dua. Showcase at TTDI, Damansara. Bila penulis tiba, penulis berasa was-was pula sebab tiada tanda halal digantung. Tetapi anak lanang penulis itu telah memeriksa dan yakin bahawa restoran itu menyediakan makanan halal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Wednesday 23 September 2015

SALAM AIDILADHA 2015

Jabal Rahmah,  Mekah. 23 Disember 2013.

Rabu. 23 September 2015. 9 Zulhijjah 1436H.
InsyaAllah, esok sudah hariraya haji. Penulis mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca-pembaca blog penulis yang biasa-biasa saja ini. Penulis juga mengucapkan semoga takbir yang bakal bergema membawa seribu keberkatan bersama-sama erti pengorbanan sebenar. Amin ya robbal alamin.

Pesanan lalat. Hati-hati dijalanraya, pastikan baki kad PLUSMiles / Touch N Go anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi, majulah sukan untuk negara.

Updated. Khamis, 24 September 2015. Alfatihah untuk mangsa tragedi di Mina pula.
Updated. Isnin, 28 September 2015. Seorang warga Malaysia, Zulkifly Samad, 50, disahkan terkorban kerana tersasar ke tempat tragedi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 22 September 2015

ABAH MINTA MAAF NAK TERSILAP TREN

Persimpangan Taman Rinting, Masai.

MINGGU ini, cuti sekolah sudah pun bermula. Anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM pun mengikuti penulis ke ibukota.

Menaiki bas ekspres, keretapi LRT dan teksi yang mengambil masa keseluruhan 7 jam.

Di stesen LRT Chan Sow Lin itu pun penulis boleh tersilap menaiki keretapi yang sepatutnya ke Ampang. Nasib baiklah penulis perasan dan tersasar satu stesen saja. Kesilapan itu pun sudah membuang masa 40 minit.

Nota lalat. Gambiran lalat diatas tidak penulis sengaja kan.

Nota lalat lain. Updated. Semalam (malam Selasa), penulis telah diajak oleh anak lanang itu untuk makan sate di Satay Station, Bukit Belacan. Sambil itu kami dihidangkan dengan cerita lama di kaca televisyen, filem bertajuk 'Batu Belah Batu Bertangkup.' Adegan yang sempat penulis lihat ialah dari si Kantan, suami si Tanjung, mati ditengah hutan, sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung. Sejujurnya, penulis tidak pernah menonton filem klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini dan hanya mendengar kisahnya dari mulut ke mulut, hati ke hati (amvoiii).

Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi ke kubur si Kantan. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.

Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup, aku kempunan telor tembakul" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung menarik tangan Si Pekan. (Sempat lagi si Tanjung menyediakan susu badannya diatas daun dan ditinggalkan untuk si Pekan menyusu.) Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.

Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang (nenek) tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. (Itu sajalah yang penulis sempat tonton sebelum penulis membayar bil dan pulang.)

Nota lalat. Cerita Batu Belah Batu Bertangkap ini membuktikan bahawa memang ada ibu yang tidak sayangkan anak mak kann. Kanns. Dan sehingga sekarang pun penulis tidak tahu kesudahan cerita berkenaan. Mungkin penulis akan mencari cd atau muat-turun filemnya nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Somewhere between Bandar Tasik Selatan and Cheras.

OLE-OLE KUWAIT



Selasa, 22 September 2015.
PAGI-pagi tadi masa dalam perjalanan ke padang memotong rumput seperti biasa, tiba-tiba penulis terasa kotak petisurat di kaunter penyambut tetamu itu seperti memanggil-manggil penulis untuk menjenguknya. Kata orang, kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang. Tetapi

KISAH BENAR CIK SITI AMINAH JOHOR YANG JALANG



Sabtu, 19 September 2015.
SETELAH 6 tahun, penulis pun menziarah semula ke makam Cik Siti Jalang, atau Cik Siti Aminah Tanah Masyhur. Berbanding dahulu, dimana untuk ke makam penulis kena menceroboh kilang papan, tetapi sekarang, kilang papan itu sudah pun tiada. Tetapi masaelahnya, tiada papan tanda arah untuk ke makam. Nasib baiklah juga, memori penulis masih kuat mengingati kedudukan makam tersebut.

Makam yang sekarang ini telah dinaiktaraf dan nampak lebih cantik dan bersih.

ALKISAH 1:

Monday 21 September 2015

MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU



KELMARIN, selepas singgah di Pizza Hut Bukit Dahlia, penulis terus merempit ke Tanjung Balau. Hajat asal penulis ingin membawa kaum kerabat bersantai di tepian pantai sahaja. Tapi kerana cuaca masih panas di tengahari, penulis pun singgah dahulu di Muzium Nelayan. Muzium yang cantik dan penuh informasi yang menarik. Keadaan hiasan dalaman yang tersusun baik dan kesejukan penyaman udara yang menyegarkan.

Selepas keluar dari muzium, tiadalah kaum kerabat penulis yang bersemangat lagi hendak bermandian dipantai. "Malaslah, penatlah, panaslah," kata mereka semua. Jadi, penulis terus kembali ke gagang via Kota Tinggi sahaja.

Di Kota Tinggi, ramai

Saturday 19 September 2015

MANEKI NEKO

The maneki-neko (Japanese: 招き猫, literally "beckoning cat") is a common Japanese figurine (lucky charm, talisman) which is often believed to bring good luck.

HARI minggu yang biasa-biasa saja.
Main-main dengan anak lanang bocah cilik,
main-main dengan emak anak bocah cilik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 18 September 2015

POCKY



KELMARIN dalam perjalanan untuk bersolat jumaat, penulis ternampak ada budak-budak jurujual mempromosi produk stik biskut Pocky yang popular ini di stesen LRT. Bila pulang dari surau Tabung Haji itu, penulis pun membeli 6 kotak dengan harga RM10 sahaja. Gadis jurujual itu berkata, "wak, beli 4 dapat percuma 2." Penulis tidaklah pasti samada harga itu betul-betul murah berbanding harga di kedai biasa. Tetapi tujuan penulis membelinya kerana teringatkan anak lanang bocah cilik (baca: anak lelaki) yang itu yang penulis sudah 2 minggu tidak berjumpa. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak, kannns. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PUNCA UTAMA Imam Masjid Negara DITAMPAR Pak Arab Kini TERJAWAB



JUMAAT, 18 September 2015.

TIADA yang menarik penulis hendak tuliskan dalam diari penulis yang biasa-biasa sahaja ini (baca: mundane life). Lagipun sejak dua menjak ini kesihatan penulis sedikit terganggu selepas turun dari mendaki Bukit Tabur East kelmarin. Sengal-sengal dan kebas-kebas terasa seluruh badan dan otot-otot penulis. Nampaknya kenalah selalu penulis mendaki bukit dan bukau dan busut lagi. Dan lagi.

Nota lalat. Sila abaikan tajuk. Sebab PUNCA UTAMA rakaman video penuh cctv Imam Masjid Negara DITAMPAR Pak Arab Kini TERJAWAB !!! Google saja, ini cerita viral hari ini. Jangan marah dan selamat beramal. Updated: gambar dibawah dari Utusan Malaysia, Sabtu, 19 September 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 17 September 2015

SEKALI TEPUK 3 RUMAH LALAT



Hari Malaysia, Rabu, 16 September 2015.
SILA abaikan tajuk entri penulis kali ini.

Untuk mengelakkan kesesakan dan keselamatan dari demo si Baju Merah di tengah bandaraya, penulis telah berlarian ke Port Dickson pula.

Satu, Ostrich Farm. Dibuka 9.30 am.

Dua, Rumah Terbalik Port Dickson. Dibuka 10.00 am.

Tiga, Alive 3D Art Gallery. Dibuka 11.00 am.

Balik pula, penulis

Wednesday 16 September 2015

THE SHIP



MALAM kelmarin penulis sudah merempit ke Kampung Baru. Mula-mula penulis teringin hendak menangkap gambiran KLCC tetapi jerebu teruklah sangat. Jadi, penulis menjamu selera daging panggang (baca: blackpepper steak) di restoran The Ship sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 15 September 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: TABUR EAST 2


AHAD. 13 September 2015.
PAGI Ahad penulis melayan rasa bosan tahap sederhana dan sudah berpanjatan ke puncak bukit Tabur East. Ini adalah kali kedua penulis mendaki bukit yang sama setelah lebih setahun tidak melakukan aktiviti pendakian. Tidak seperti projek pendakian sebelum ini, penulis mendaki hanya untuk menghilangkan rasa bosan sahaja. Duduk dirumah kemaskini blog pun berat badan dan lemak makin bertambah juga.

Sebelum memanjat, penulis mengalas perut dengan nasi lemak biasa dengan air teh o panas kurang manis (RM2.80) di Taman Melawati. Sempat juga penulis menggunakan tandas masjid Taman Melawati untuk membuang hajat yang berpatutan. Turun dari panjatan, 3 jam kemudian, penulis singgah menjamah cendol biasa (RM1.80) juga di Taman Melawati. Alone matcham biasa.

Pendakian pertama ada dipautan rakan penulis berikut, TABUR EAST (24/1/14).

Nota lain lalat. Penulis perasan, aktiviti mendaki bukit dan gunung akan membuat peluh membasahi seluruh tubuh badan penulis, atas dan bawah. Selain itu, hanya berlarian diatas mesin pengisar injakan (baca: treadmill) dan memakan nasi ayam penyet saja akan mengeluarkan peluh yang hebat. Lain-lain aktiviti tidaklah begitu ketara, walaupun dilakukan melebihi 13 minit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The dam.

Sunday 13 September 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: SUNGAI WANG

"River full of money", Sungei Wang Walk.

SABTU. 12 September 2015.
SELEPAS isyak, penulis pun merempit ke sungai duit (baca: Sungai Wang) untuk mengambil beberapa gambiran malam.

Nota lalat. Pertemuan dan perbincangan penulis semalam (Sabtu) dengan bakal besan berjalan lancar. Walaupun ada beberapa agenda yang masih tidak dapat diperbincangkan buat masa ini. Tapi secara asasnya, kami berpuas hati dengan pertemuan itu dan tahu bagaimana hendak membuat majlis pada bulan hadapan. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Updated. Catuan di Masai dipanjangkan sebulan lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dialogues Subtitles by truly yours. Lol.

PREMATCH CRICKET TOURNAMENT

Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin.

SABTU. 12 September 2015.
KELMARIN penulis telah bertanya kepada rakan pemotong rumput (baca: expatriate) dari India tentang aktiviti beliau pada hari hujung minggu yang lepas. Beliau memberitahu kali ini bahawa beliau akan bermain kriket di Mantin, Negeri Sembilan. Jadi, penulis pun teruja dan beliau menjemput penulis sekali untuk mengambil beberapa keping gambiran pasukan yang bermain pada hari tersebut.

[Translation. I was told by my officemate (an Indian expatriate)

Saturday 12 September 2015

LIFE IS FRAGILE



JUMAAT. 11 September 2015.
KELMARIN penulis telah dikejutkan dengan berita bahawa rakan penulis, tuan Haji Ajax bukan nama sebenar, dimasukkan ke hospital pakar. Jadi, selepas maghrib pada hari yang sama penulis pun merempit ke hospital itu untuk menziarahinya. Panjang ceritanya, penulis pendekkan. Dua hari sebelum beliau dihospitalkan, beliau terkena angin ahmar yang ringan (baca: 'minor stroke'), badan tiba-tiba kebas, kepala pun pening, selepas itu ada rakan beliau menyarankan supaya berurut dengan seorang ustaz. Maka, beliau pun diurut dengan hebat dan ganas oleh penolong ustaz itu. Tapi paginya, keadaan beliau menjadi lebih teruk kerana tidak boleh berjalan, dan tidak boleh mengeluarkan kata-kata langsung. Bila di periksa MRI, ada pembekuan darah (baca: 'blood clots') di kepala beliau dan terus ditahan dihospital itu. Doktor kata bukan sebab diurut tapi tahap kencing manis yang agak tinggi.

Semoga beliau cepat sembuh dan mula bertugas seperti biasa. Amin.

Nota lalat. Apa yang berlaku pada tuan Haji Ajax bukan nama sebenar itu memberi keinsafan pada diri penulis sendiri yang sama usia dengan beliau. Bahawasanya pada bila-bila masa sahaja kesihatan kita boleh hilang sekelip mata ditarik oleh Yang Maha Kuasa. The life is so fragile.

Cerita lalat lain. Esok penulis ada temujanji dengan bakal besan dan diharapkan juga semuanya berjalan lancar.

Blog bukanlah hakmilik kekal

Friday 11 September 2015

IPU MASAI 134



SABTU. 11 September 2015.
Indeks Pencemaran Udara (IPU), (baca: API, Air Pollution Index) di kotaraya dan negara semakin teruk. Gambiran pagi dan tengahari hari ini.

"IPU Masai 134," isteri penulis (yang itu) melaporkan melalui sistem pesanan ringkas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MY FIRST EXPERIENCE DONATING BLOOD



KHAMIS. 10 September 2015.
Tengahari kelmarin penulis sudah merelakan diri untuk diambil darah berdekatan premis tempat penulis memotong rumput ini. Ini adalah pertama kali penulis menderma darah.

Antara soalan-soalan dalam borang yang harus diisi seperti:
* Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)?
• Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)?
• Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur?
• Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis?
• Mengambil dadah secara suntikan?
• Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas?

Hubungan jenis atau "kegiatan seksual" bererti:

Thursday 10 September 2015

L'HEURE BLEUE

Diecast viva on KLCC view, just now during blue hour (l'heure bleue).

RABU. 9 September 2015.
Petang, penulis sudah berlarian ke pejabat kepala suku (baca: headquarter) Maxis di KLCC itu. Sebab anak wedok penulis yang sedang kuliah nan jauh dimata itu menyuruh penulis memotong talian jalurlebarnya. "Bah, kakak dh dpt wifi depan umah sewa nih," ujarnya. Sebelum itu, penulis sudah sediakan payung sebelum hujan surat perwakilan dan salinan kad pengenalan anak wedok. Bila penulis tiba dikaunter dan bertemu dengan pekerja disitu yang duduk dikerusi dan meja sempit, penulis

Wednesday 9 September 2015

WW: AKU CINTA PADAMU



9 September 2015. HARI Rabu tanpa kata (sepatutnya).

Nota lalat. Pada mulanya penulis tidak ingin menceritakan disebalik kertas terbang (baca: flyer) diatas disebabkan hari ini adalah 'Wordless Wednesday'. Tapi ramai rakan-rakan yang berasa pelik (baca: curious) sehingga berguling-guilingan. Kasihan kan. Ceritanya begini,

Monday 7 September 2015

DIY: BLOG INTO A BOOK



AHAD. 6 September 2015.
Tengahari, penulis telah mengambil buku berkulit keras (baca: hardcover) yang telah siap diikat kemas(baca: binding) di kedai percetakan Lily di Taman Universiti. Blog rakan lama penulis yang ingin di arkibkan sebagai sejarah sebelum blogspot dihapuskan tanpa sebab.

"Wak Gelas adalah blog harian seorang lelaki yang biasa-biasa saja yang dicatatkan dari hujung 2011 hinggalah 2014. Pengalaman beliau menyertai (dan memenangi) beberapa pertandingan fotografi, pertandingan talian tertutup (baca: offline contests) dan

Sunday 6 September 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MEI MEI



SABTU. 5 September 2015.
TENGAHARI penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hanya untuk membeli suratkhabar, The Straits Times (SGD1) dan minuman berkarbonat dalam tin, Coca Cola (SGD1.50) sahaja. Tidak seperti yang penulis jangkakan, perjalanan kaki dan

Saturday 5 September 2015

5000 SOM

5000 Som. Thanks to Carina.

JUMAAT, 4 September 2015.
Sebelum solat jumaat tadi rakan penulis, Zek, ada bertanya samada hendak memesan air goncangan kelapa (baca: coconut blend). Penulis iyakan sahaja. Sambil itu, rakan seorang lagi, Carina, menunjukkan wang kertas Uzbekistan sebanyak 6000 som, bersamaan sepoh hinggit saja.

Di hentian bas TBS pula, semasa penulis sedang merakamkan gambar, ada seorang cikgu yang akan bertolak ke Kelantan pada jam 9.30 malam tiba-tiba

Friday 4 September 2015

UTC KERAMAT



KELMARIN selepas bertugas dari memotong rumput seperti biasa, penulis terus merempit dan singgah ke Pusat Transformasi Bandar (baca: Urban Transformation Center) di Kampung Keramat yang terletak hanyalah sepelaung sahaja disitu. UTC Keramat ini kelihatan amat jelas sekiranya kita merempit di atas AKLEH menghala ke Ampang. Sebelum itu penulis berhajat hendak merempit ke UTC Puduraya tetapi dengan keadaan kesesakan lalulintas tahap biasa yang membantutkan rancangan. Sudahnya, penulis terpaksa pusing berpatah balik ke Jalan U-thant, jalan Ampang, masuk jalan Jelatek dan menyusur Jalan Keramat.

Ini adalah pertama kali penulis tiba di UTC ini. Mula-mula agak keliru juga mencari tempat memarkir motor rempit penulis ini. Sudah parkir motor pula

Thursday 3 September 2015

SOLAT GAGAK



KELMARIN dalam perjalanan jauh selama 6 jam di lebuhraya PLUS itu, pemandu bas ekspres telah berhenti di hentian tepi yang menyediakan gazebo. Penulis tahu pemandu bas ini ingin bersolat seperti biasa, tapi disuruhnya kami bersolat digazebo yang satu lagi yang ada sejadah katanya. Ketika itu ada mamat gagak ini dari bas yang lain yang ingin bersolat juga, dan beliau bersetuju menjadi imam. Penulis sudah bertanya samada ingin solat jamak magrib dengan isyak sekali, beliau menjawab, 'only magrib'. Penulis akur saja. Tapi bila habis rakaat kedua beliau terus memberi salam, menyebabkan penulis dan makmum yang lain terus bangun dan menyambung 1 lagi rakaat.

Penulis agak bingung sebenarnya. Ini bukanlah kali pertama penulis menjadi makmum mamat gelap yang solat kurang rakaatnya. Dulu pernah berlaku di surau KLCC, bilamana imam itu bersolat asar dengan 3 rakaat saja. Mungkin beliau dari mazhab lain agaknya. Tapi kalau mazhab lain pun, takkan rakaat solat yang asas pun berlainan? Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 1 September 2015

ANGRY BIRD ACTIVITY PARK



KELMARIN isteri penulis (yang itu) telah mengajak penulis berjalan-jalan ke JBCC iaitu bangunan KOMTAR yang lama yang baharu sahaja dinaiktarafkan. Bila tiba didalam pusat membeli-belah itu, tiadalah aktiviti yang menarik selain membeli-belah tingkap (baca: window shopping) sahaja. Jadi, bila anak lanang bocah cilik penulis memohon untuk bermain-main di taman aktiviti burung marah, maka penulis pun melayannya. Tapi hanya penulis, anak lanang bocah cilik dan abang ngahnya sahaja yang berminat masuk.

Nota lalat. Tiket masuk ialah RM60 seorang, tidak termasuk 2 pasang stokin (RM4 sepasang). Jumlah ialah RM188. Bila habis aktiviti, penulis juga di'pau' sebijik bantal angry bird oleh anak lanang bocah cilik itu yang berharga RM64. Aduhai, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak? Kanns.

MOVIE REVIEW | MISSION IMPOSSIBLE: ROGUE NATION



MALAM kelmarin anak lanang penulis sudah mengajak menonton filem Tom Cruise yang terbaru. Bebienornya filem 'Mission Impossible: Rogue Nation' atau dipanggil 'Moroccan Pursuit' yang menjadi kotak pejabat (baca: box-office) tersebut sudah lama ditayangkan. Seni efek dengan skrin Imax 2D yang besar dan stunt yang hebat dan menarik tetapi malangnya ditambah dengan efek suara sumbang tidak enak dari selang beberapa kerusi kosong oleh xxxxxx (baca: censored) sekeluarga yang gelak berdeking-deking 'hihihi' dan bunyi makanan jajan cip kentang 'kerup kerap kerup kerap' tidak kehabisan dari awal sampailah akhir filem. Menyampah sahaja bukan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat