Wednesday, 23 September 2015

ABAH MINTA MAAF NAK TERSILAP TREN

Persimpangan Taman Rinting, Masai.

MINGGU ini, cuti sekolah sudah pun bermula. Anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM pun mengikuti penulis ke ibukota.

Menaiki bas ekspres, keretapi LRT dan teksi yang mengambil masa keseluruhan 7 jam.

Di stesen LRT Chan Sow Lin itu pun penulis boleh tersilap menaiki keretapi yang sepatutnya ke Ampang. Nasib baiklah penulis perasan dan tersasar satu stesen saja. Kesilapan itu pun sudah membuang masa 40 minit.

Nota lalat. Gambiran lalat diatas tidak penulis sengaja kan.

Nota lalat lain. Updated. Semalam (malam Selasa), penulis telah diajak oleh anak lanang itu untuk makan sate di Satay Station, Bukit Belacan. Sambil itu kami dihidangkan dengan cerita lama di kaca televisyen, filem bertajuk 'Batu Belah Batu Bertangkup.' Adegan yang sempat penulis lihat ialah dari si Kantan, suami si Tanjung, mati ditengah hutan, sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung. Sejujurnya, penulis tidak pernah menonton filem klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini dan hanya mendengar kisahnya dari mulut ke mulut, hati ke hati (amvoiii).

Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi ke kubur si Kantan. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.

Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup, aku kempunan telor tembakul" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung menarik tangan Si Pekan. (Sempat lagi si Tanjung menyediakan susu badannya diatas daun dan ditinggalkan untuk si Pekan menyusu.) Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.

Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang (nenek) tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. (Itu sajalah yang penulis sempat tonton sebelum penulis membayar bil dan pulang.)

Nota lalat. Cerita Batu Belah Batu Bertangkap ini membuktikan bahawa memang ada ibu yang tidak sayangkan anak mak kann. Kanns. Dan sehingga sekarang pun penulis tidak tahu kesudahan cerita berkenaan. Mungkin penulis akan mencari cd atau muat-turun filemnya nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Somewhere between Bandar Tasik Selatan and Cheras.

31 comments:

  1. hahaha...tak boleh blah buat sipnosis cerita batu belah batu bertangkup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinopsis part yg sempat tengok je, yg lain tu kena tengok abes yee ;p

      Delete
  2. kesian wak..memang, kalau tersilap tren ampang/sri petaling tu, lamalah kena cover masa menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, sibbaik anak tak mengamuk sbb kena turun naik tren., ;p

      Delete
  3. rasa nak tampar2 je si Pekan tu masa dia nk telur ikan tu...tk ingat ending cerita tu mcmana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lhorrr., mak pon tak penah tenok smpi abes jugakk., harhar2

      Delete
  4. Mesti si Melur dan Pekan dan besar sekarang :D

    ReplyDelete
  5. hahah..macam2 versi cerita batu belah tu..

    tapi kan, sejak2 jadik mak..kadang2 memang ade merajuk tu..time nak makan lah anak2 mengacau..sebelum nak makan tu, makanan atas meja tak berusik pun.. seronot mengacau mak makan gamaknye..hahaha! but one thing for sure..bile anak2 dah besar, pasti moment kena kacau itulah yang paling dirindui...

    nampaknya komen saya sudah tak menjurus kepada batu belah batu bertangkup lagik, takde kaitan pulak dengan cite di atas..sekian..hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang orang tak kisah pun psl batu belah batu bertangkup, ramai emak yg sanggup buang anak dalam longkang sbb marahkan bapak., huhu2 lagi takde kene mengena mak kann ;p

      Delete
  6. CERITA ORANG DULU2 YG PATUT DIAMBIL SEBAGAI TELADAN HIDUPSISI BAIKNYA TU...ORG LA NI BIJAK2 SEMUANYA JD KENA RAJIN BERFIKIR...MCM WAK TERLALU BNYK FIKIR SAMPAI TERSILAP TREN...HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang skrg ni mak kan, lebih baik anak mati buang campak dalam longkang dalam jamban tepi tong sampah jeer drpd diri sendiri mati dilanggar penyet lori balak ke ape., harhar2 wak bukan byk fikir ye mak, wak cuma mudah lupa., huhu2

      Delete
  7. wak...kalau dlm gbr tu caption somewhere between BTS dan cheras...jwpn dia samada salak selatan @ bdr tun razak...laluan biasa sy dulu coz duduk kt BTS....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe2, tringat zaman berendut dulu2 mak yee., ;p

      Delete
  8. tp mmg ada ibu2 mak2 yg ptgkan diri sndiri berbanding anak....agaknya apa la diorg pikir kan....moga Allah mmberi hidayah kepada mereka....sayangi anak kita... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih memikirkannya mak kann, tekanan emosi dan perasaan semata2 tuu., huhu2

      Delete
  9. kat mana eh lokasi batu belah tu...elok mak2 yang buang anak tu masuk sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorg kata kat Kampung Batu Belah, Meru, Klang., batu belah dah kena bom granit sebab ramai dh buat pemujaan ., huhu2

      Delete
    2. haaa baru wak tauu nasa mulia tu diana rupanyer ;p

      Delete
  10. Berangan eh wak dalam lrt boleh terlepas stesen...mak pun pernah syok sangat sembang pastu lrt dah patah balik tak sedar.....

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Saya xsuka cerita batu belah ni. Merajuk nk mkn telur tembakul smpai nk bunuh diri. Apadaa... Patut diklasifikasikan sbg cerita 18 PA.

    Tp rasanya masalah sbnar si tanjung ni masalah tekanan jiwa. Tekanan takde suami n anak meragam lpas tu merajuk dgn anak tu alasan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abestu dh tau kempunan telur tembakul je si batu pon nak makan jugak ibu tuuu.,? huhu2 x bijak batuu

      Delete
  13. karya yg kreatif ! teruskan menulis :)
    fitandfabulousdotcom.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh sudi datang n komen2 ., ;p

      Delete
  14. Huhu..anggap je makan angin wak :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg angin penoh dgn jerebu ye mak., ;p

      Delete
  15. hehehe CT tengok dlu untuk buat research je cerita tu.. tapi ended up yes conclusion team CT.. mak dia over sebab dengan anak pun nak berkira hahaha.. and we got A+ untuk analysis kami muahahaha..

    macam mano tersalah train Wak.. mujur dak jauh lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  16. nasib baik tak pernah lg tersilap tren.. hehehe
    belajar dr kesilapan wak

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat