Friday, 25 September 2015

DC COMICS SUPERHEROES & SHOWCASE



KELMARIN penulis tiba-tiba ditanya oleh seorang rakan penulis tentang kalau-kalau ada pameran superheroes di bandaraya yang sedang berlangsung. Manalah penulis tahu. Tapi tidak semena-mena penulis terjumpa ada restoran yang bertemakan superheroes sebagai hiasan dalaman.

Dipendekkan cerita, sebelum mengambil anak wedok (baca: anak dara) penulis di lapangan terbang malam kelmarin, penulis sempat lagi terjah 2 (baca: dua) restoran tersebut.

Satu. DC Comics Superheroes Restaurant di Sunway Putra Mall. Bila penulis tiba, jam sudah pun menunjukkan pukul 8.08 malam. Penulis dikejutkan apabila mamat kaunter memberitahu bahawa makanan tidak dijual lagi waktu itu. Hanya minuman saja. Restoran akan ditutup pada pukul 9 malam. Sebelum meninggalkan pusat beli belah itu, tidak disangka oleh anak lanang penulis telah terjumpa ahmoi rakan sekelasnya disitu. Penulis mengajak mereka bergambar, tapi anak lanang penulis berasa malu pula. "Dh selalu selfie kat sekolah," katanya lagi.

Dua. Showcase at TTDI, Damansara. Bila penulis tiba, penulis berasa was-was pula sebab tiada tanda halal digantung. Tetapi anak lanang penulis itu telah memeriksa dan yakin bahawa restoran itu menyediakan makanan halal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.






















At the Showcase at TTDI, Jalan Mohd Fuad 2:











9 comments:

  1. Pernah juga lalu lalang di depan restoran superhero yang kat Sunway Putra Mall. Tapi kerana pergi bersama rakan-rakan yang susah bertaraf acik-acik dan ber-tekakkan melayu asli, maka tak jadi nak singgah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper cikak x minat xper, byk tmpt makan lain yg sedapp kanns

      Delete
  2. Kan best kalau kat jb ada restoren camni;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wehh, jb dh ade lama lar cik kak ;)

      singapore pon baru bukak

      Delete
  3. woaaaah !! menarik ni.. kalo ada kesempatan memang akan visit..
    i love DC !!!!! hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat penang xde DC yee cik Siti.,
      maila dtg key ell ;p

      Delete
    2. awat x habaq..next trip boleh la ke Movie World Gold Coast.kita naik ride Superman yang laju tu..kasi gugur jantung!

      Delete
  4. suka superhero ni !! di sini ada juga muzium tp xsempat jelajah lg. hehehe

    ReplyDelete
  5. jeles la tengok anak wak amik gambar ngan Batman tuuu.

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly