Tuesday, 15 September 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: TABUR EAST 2


AHAD. 13 September 2015.
PAGI Ahad penulis melayan rasa bosan tahap sederhana dan sudah berpanjatan ke puncak bukit Tabur East. Ini adalah kali kedua penulis mendaki bukit yang sama setelah lebih setahun tidak melakukan aktiviti pendakian. Tidak seperti projek pendakian sebelum ini, penulis mendaki hanya untuk menghilangkan rasa bosan sahaja. Duduk dirumah kemaskini blog pun berat badan dan lemak makin bertambah juga.

Sebelum memanjat, penulis mengalas perut dengan nasi lemak biasa dengan air teh o panas kurang manis (RM2.80) di Taman Melawati. Sempat juga penulis menggunakan tandas masjid Taman Melawati untuk membuang hajat yang berpatutan. Turun dari panjatan, 3 jam kemudian, penulis singgah menjamah cendol biasa (RM1.80) juga di Taman Melawati. Alone matcham biasa.

Pendakian pertama ada dipautan rakan penulis berikut, TABUR EAST (24/1/14).

Nota lain lalat. Penulis perasan, aktiviti mendaki bukit dan gunung akan membuat peluh membasahi seluruh tubuh badan penulis, atas dan bawah. Selain itu, hanya berlarian diatas mesin pengisar injakan (baca: treadmill) dan memakan nasi ayam penyet saja akan mengeluarkan peluh yang hebat. Lain-lain aktiviti tidaklah begitu ketara, walaupun dilakukan melebihi 13 minit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The dam.


Down there is where I park cikputih.

Greens on top of the hills.

Almost there.

Almost there, don't give up.

Got car will travel.

Haze this year could be worse.

After 3 hours, let's go home.

Agensi Mencari Jodoh, Taman Melawati.

28 comments:

  1. kena google ni kat mana tabur east ... ada gak moment jerebu ... agensi cari jodoh pun ada ye ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. gugel je mak, ramai dh org pergi daki., hihi2

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung kinabalu alhamdulillah, everest masih dlm bucket list., ko ado?

      Delete
    2. why remove Wak..nak baco si aiman ni tulis..huhu..

      Delete
    3. Saya baru plan nak ke Broga je sekeluarga. Cuti kali ni tak sempat maybe cuti sekolah hujung tahun.

      Delete
  3. keto Wak ke yang si comel(model kereta) tu bertenggek.. Hehe.. Panjat bukit pernah lah masa muda2 dulu (bajet tua..haha), gunung ganang ni xsampai2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit jd bukit, byk byk jd gunung., huhu2

      Delete
  4. berpanjatan tabur east dlm jerebu hebat wak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buang2 lemak je nih makk., huhu2

      Delete
  5. jeles r.. nak gak wat aktiviti outdoor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada geng mendaki tak? hewhew2

      Delete
    2. takde geng.. huhu.. kalau ada, dh lama ajak gi daki..

      Delete
  6. tengok gambar pun dah rasa gayat ni :p ... tapi view sangat ohsem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gayat kan mak, ala kalo jatuh kebawah jeeer., huhu2

      Delete
  7. Bestttnya dapat peluang camgini. dapat tengok keindahan alam.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jerebu la mak, x nmpk keindahan sgt., yg penting dpt exercise kuar peloh sikit2 jeer., ;p

      Delete
  8. Subhanallah... mmg cantik betul pemandangannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo x jerebu lagi chantekk pemandangannya makk., huhu2

      Delete
  9. View cantik..gambar pun cantik..
    Saya setakat naik busut aje Wakk.... :(

    ReplyDelete
  10. wow hiking.baik punya riadah.gerak solo je ke..takda geng mendaki?

    ReplyDelete
  11. cantik view.. tinggi mendaki luas pemandangan..

    ReplyDelete
  12. same to me...suka mendaki tp skrg stamina dah kureng...dh tua agaknya hiksss..tabur east? kat area mana eh

    ReplyDelete
  13. Tabur East baru tahu bila baca entry ni.
    Macam ngeri aje laluan pendakian dari gambar tu.
    Camna boleh ambil gambar bertentangan cenggitu ya?

    ReplyDelete
  14. Errre... wak ni dok JB ke KL?
    HIHI... confius ler pulak...
    Hihi

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly