Sunday, 13 September 2015

LIFE IS FRAGILE



JUMAAT. 11 September 2015.
KELMARIN penulis telah dikejutkan dengan berita bahawa rakan penulis, tuan Haji Ajax bukan nama sebenar, dimasukkan ke hospital pakar. Jadi, selepas maghrib pada hari yang sama penulis pun merempit ke hospital itu untuk menziarahinya. Panjang ceritanya, penulis pendekkan. Dua hari sebelum beliau dihospitalkan, beliau terkena angin ahmar yang ringan (baca: 'minor stroke'), badan tiba-tiba kebas, kepala pun pening, selepas itu ada rakan beliau menyarankan supaya berurut dengan seorang ustaz. Maka, beliau pun diurut dengan hebat dan ganas oleh penolong ustaz itu. Tapi paginya, keadaan beliau menjadi lebih teruk kerana tidak boleh berjalan, dan tidak boleh mengeluarkan kata-kata langsung. Bila di periksa MRI, ada pembekuan darah (baca: 'blood clots') di kepala beliau dan terus ditahan dihospital itu. Doktor kata bukan sebab diurut tapi tahap kencing manis yang agak tinggi.

Semoga beliau cepat sembuh dan mula bertugas seperti biasa. Amin.

Nota lalat. Apa yang berlaku pada tuan Haji Ajax bukan nama sebenar itu memberi keinsafan pada diri penulis sendiri yang sama usia dengan beliau. Bahawasanya pada bila-bila masa sahaja kesihatan kita boleh hilang sekelip mata ditarik oleh Yang Maha Kuasa. The life is so fragile.

Cerita lalat lain. Esok penulis ada temujanji dengan bakal besan dan diharapkan juga semuanya berjalan lancar.

Blog bukanlah hakmilik kekal

11 comments:

  1. same like my boss, minor stroke, blood clot. dah sebulan duk wad.
    tahniah dah nak terima menantu :)

    ReplyDelete
  2. kak blood clot sbb eksiden dh lama paralised.
    tahniah dh nk berbesan...

    ReplyDelete
  3. ajal tak menunggu sakit ... tak sangka wak dah nak sambut menantu . apalah pantun yg dia guna agaknya ya ... hehehee

    ReplyDelete
  4. Syafakallah..
    - dan semoga urusan bersama bakal besan berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  5. Wak dah nak terima menantu,...berapa rangkap pantun wak nak jual ni?

    ReplyDelete
  6. Moga rakan wak tu cepat sembuh dan boleh jalani kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
  7. moga tuan punya badan cepat sembuh ... nampaknya semua tertarik dengan statement 'bakal besan' :)

    ReplyDelete
  8. 1. Semoga tuan haji yang sakit itu diberi kesempuhan..Syafakallah.. Insya Allah...

    betul wak... yang kononnya muda belia ni pun baru cek out dari spital... apa cer...

    sesungguh nya "masa kita dah tak lama" ... jom lah kita bersedia... Insya Allah

    ReplyDelete
  9. semoga tuan haj cepat sembuh amin

    ReplyDelete
  10. tak lama lagi Wak terima menantu pastu leh timang cucu tinggi2..bestnya

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly