Friday, 11 September 2015

MY FIRST EXPERIENCE DONATING BLOOD



KHAMIS. 10 September 2015.
Tengahari kelmarin penulis sudah merelakan diri untuk diambil darah berdekatan premis tempat penulis memotong rumput ini. Ini adalah pertama kali penulis menderma darah.

Antara soalan-soalan dalam borang yang harus diisi seperti:
* Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)?
• Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)?
• Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur?
• Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis?
• Mengambil dadah secara suntikan?
• Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas?

Hubungan jenis atau "kegiatan seksual" bererti:
(a) kegiatan seks yang biasanya melibatkan kemasukan mana-mana bahagian zakar ke dalam vagina, dubur atau mulut orang lain; atau
(b) kunilingus.

Penulis juga telah ditanya berulang-ulang tentang cukup tidur selama 5 jam, dan telah makan sebelum mengambil darah.

Proses pengambilan darah yang cepat dan mudah. 7 minit untuk mengisi borang, timbang berat, periksa jenis darah, tekanan darah dan pengisian maklumat. 13 minit untuk pengambilan darah dari vena di lengan tangan kanan. 7 minit masa bertenang.

Usai proses pendermaan darah, sebelum pulang menyambung tugasan memotong rumput, penulis dapatlah jajan biskut, air kotak milo dan sijil penyertaan.

Nota lalat. Updated. Petang tadi semasa penulis berlarian anak di atas pengisar injakan (baca: treadmill) di rumah merpati penulis itu, setelah 20 minit, tiba-tiba kepala penulis berasa hendak pitamlah pula. Tapi alhamdulillah, setelah penulis berhenti berlarian dan terbaring berehat di sofa, rasa pening sudah mula reda. Penulis ada terbaca, dilarang membuat aktiviti berat selama 12 jam selepas derma darah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



37 comments:

  1. wah dpt jajan berkhasiat upah derma darah heh..heh.. bakti murni mulia tu...kak xpernah lagi derma darah sbb darah bocor melimpah kat lebuhraya dulu..eksiden bib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah pulak wak kalo eksiden xleh nak derma darah sbb x cukup darah ke ape? huhu2

      Delete
  2. Alhamdulillah..amalan yang mulia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kurangkan darah sikit je makk., hehe2

      Delete
  3. bagus.. amalan yg perlu dicontohi

    ReplyDelete
  4. Dolu-dolu asyik kena reject sebab tak cukup berat badan.
    Mai sini pulak kena reject sebab selalu kurang tempoh berada dalam negera selama 6 bulan dari tarikh menderma darah.
    - ai salute you Wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape nak salute pulak mak, orglen dh berbondong2 selalu menderma dara., kanns

      Delete
  5. Pernah menderma darah 10 tahun lepas.lepas tu tak derma2 dah. Masa tu pergi 1 jabatan. Perempuan ada 7 orang dan yang boleh menderma saya seorang. Yang lain ada sebab2 yang tidak melayakkan diri untuk menderma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mak sorang je leh derma dara, hebat tuuuu., ;p

      Delete
  6. Alhamdulillah, tahniah. Nk derma darah jugak tp berat tak lepas. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, mesti berat echah ni 44 kg je kann., dara manis & ramping mcm kerenga tuu., tp don worri nnti pas kawen berat tu mencanak2 naik., n jgn lupa derma dara yee., ;p

      Delete
  7. mummy banyak kali nak pi derma darah.. tapi bila tgk jarum je cancel.. tgk jarum je cancel.. macamana tu..? huaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh, jgnla tenok jarum mak., takut jarum? jgn khuatir, krn kesakitan hanya dirasai bila jarum dimasukkan saja. Sesudahnya xde lg kesakitan dirasakan. Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, ubat bius disuntik dulu sblm jarum yg disambung ke beg dara dimasukkan ke salur dara mak . wak percaya, di tmpt lain juga pendekatan sama digunapakai. Kesakitannya terlalu kecil jika nak dibandingkan dgn kepuasan diri setelah melakukan sebahagian drpd amal kebajikan dgn mendermakan dara anda. Bagi yang takut melihat dara, wak syorkan supaya mak tidak melihat ketika jarum dimasukkan, juga tidak melihat dara mengalir keluar drpd tangan mak masuk ke dlm beg dara.

      Delete
    2. Baik akan diusahakan.. Insya Allah

      Delete
    3. hehe, jgn lupa updet blog mak mummy tuu nnti ye kalo dah derma dara., ;p

      Delete
    4. naper mak yan, sengih2 jeeer., hihi2

      Delete
  8. wahhhhhhh.........cekal dan berani betul penulis blog nih ya..kalau saya...erkkkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper bro aiman, menderma kena ikhlas., hehe2

      Delete
  9. Baik hati Wak....saya nak menderma jugak tapi tak layak sebab homoglobin darah sendiri tak cukup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik hatila sangat mak, dlm hati sape yg tauuu., harhar2 insyaAllahh
      homoglobin mak tak cukup camane leh tau erk? untunglar xyah derma dara ;p

      Delete
  10. Tahniah tuan.
    Lepas ni boleh derma 3 bulan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah doc,., tgkla nnti, skrg ni tgh semangat jeer

      Delete
  11. waaa...tahniah wakkk....haritu masa sy g PDN xsempat nk derma darah...kerja sampai terlajak masa....dh lama xderma darah nihhh.....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper cik kak, bila2 boleh derma dara kann., hehe2

      Delete
  12. Tahniah! kerana telah berjaya menderma darah.
    Mrs. A pernah cuba nak derma darah tapi tidak berjaya kerana sewaktu pemeriksaan sebelum derma tu dikatanya tekanan darah Mrs. A rendah so tak sessuaiiii !!! huk! kuciva sedikit rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu2 sodey gak mendengarnye., xper lenkali leh try lagik., dan lagikk ;p

      Delete
  13. Yan takut jarum..dan tak pernah dermadarah...

    Tahniah wak kerana berani ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 je mcm gigit nyamuk je mak., hehe2

      Delete
  14. Replies
    1. harhar2., selalu je pening lalat cuma blom terpengsan je lagi bro.,

      Delete
  15. lamanyer tak derma darah... last dulu masa study kt uitm...

    pas derma darah mmg tak blh bt keje2 berat... siap lari2an kt treadmill lg aduh2 wak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular mak, silap teknik, ingat nak ringan2 je berlarian atas tredmill tuuu., huhu2

      Delete
  16. Alhamdulillah..tahniah..kipidap! hehe
    dulu2 ms zmn blaja, prnh gak nk derma darah tp ms tu, x cukup syarat utk berat minima..la ni, msh ada hajat nak derma darah, tp msh belum berpeluang..apapun, sy fobia tgk darah dlm tiub atau tbg uji tu..pernah pengsan lps buat blood test haha (maluu)

    ReplyDelete
  17. tak pernah derma darah sbb darah memang sikit. hahaha

    ReplyDelete
  18. JM pernah sekali derma...time tu baru tahu jenis darah...rupanya bukan darah manis...wak nye darah apa?

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly