Thursday 22 October 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - FIDAH SHAH



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik kak Fidah Shah (White Barley) yg punya blog ‘White Barley - Focus and win‘ lah pula. Cik kak Fidah Shah adalah blogger ketujuh yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blog cik kak Fidah Shah: http://whitebarley.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Adakah kawan cik Fidah, cik Ell, masih menaiki LRT ke tempat kerja sekarang? Atau sudah kembali memandu kereta?
A1 : Cik Ell sekarang sudah pergi kerja dengan mambawa kereta import. Jadi, kirim salam ajelah kalau nak suruh dia naik public transport. Entri yang saya tulis tu, adalah pengalaman Cik Ell yang pertama dan terakhir (setakat ini) naik LRT pergi kerja.

Q2. Berapa lama cik Fidah sudah berblog?
A2: Saya berblogging sudah hampir 2 tahun. Sebenarnya Oktober ini adalah 'birthday' blog saya yang ke 2. Tarikhnya dah ingat-ingat lupa lah Wak.

Q3. Kenapa cik Fidah mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
A3: Saya mulakan berblogging kerana ada perasaan jeles dengan seorang sahabat saya yang ada blog…hoho..Boleh?
Tapi, kawan saya tu jugalah yang ajar saya macam mana nak buat blog berdasarkan beberapa siri tutorial tak berbayar. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan pada dia.
Saya masih berblogging sebab suka berkongsi pengalaman dan pendapat tentang apa yang saya lihat, dengar atau baca. Walaupun kadangkala pendapat tu tersasar jauh, yang penting kita bagi pendapat atau boleh juga meluahkan perasaan. Selain darpada itu, dengan berblogging saya dapat belajar dari pengalaman orang lain (yang kita tak dapat dari buku teks) dan dapat bersilaturrahim.

Q4. Cik Fidah pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
A4 : Memang pernah terfikir nak berhenti berblogging bila mood nak menulis dah sampai ke laut. Lagi satu, bila free2 aje kena kutuk atau dipinggirkan atas sebab yang saya sendiri pun tak pasti. Kalau jadi macam tu, memang semangat nak berblogging tu hilang jugak. Sedih tak cerita Mak ni?..huhu


Q5. Masa ke pejabat, ada tak satu benda yang cik Fidah selalu menyesal membawanya bersama?
A5: Rasanya tak ada. Selalunya bawak ngam2 apa yang penting aje...termasuk bag make up (penting tuuu..kannzzz ;) )

Q6. Cik Fidah rasa pernah tak suami membuat kejutan atau surprise ketika harijadi atau ulangtahun perkahwinan?
A6 : eerrrrmmm...tak pernah. Biasanya 'reminder' dah dihantar seminggu awal...haha..boleh? Jadi, tak surprise lah kann..


Q7. Cik Fidah pernah travel keluar negara bersama keluarga?
A7 : Belum. Tunggulah anak-anak besar sikit dan kalau ada rezeki lebih. In Shaa Allah. Setakat ni, saya travel ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, tak bawak family.

Q8. Pantun yang cik Fidah suka dengar?
A8 : Banyak pantun yang saya suka walaupun saya bukan juara pantun peringkat daerah atau pun sekolah. Antaranya:
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan layu layuan rindu-rinduan

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
A9 : Pernah juga terfikir apa jadi kalau harga minyak jadi sampai RM5. Mesti ramai yang naik minyak atau jadi macam orang minyak. Mungkin banyak juga perhimpunan baju oren, baju pink, baju belang-belang dan macam-macam warna dan corak lagi sebab semua orang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati.

Q10. Cik Fidah pernah cuba makan di restoran Korea atau Jepun di Malaysia?
A10 : Saya suka makanan jepun. Mana-mana pun saya layan asalkan ada certified halal. Makanan korea pernah cuba, tapi setakat ni macam tak boleh telan lagi...huhu (mintak maaf yea pada peminat2 makanan korea)

Q11. Tiada gambar-gambar peribadi dalam blog ini. Adakah cik Fidah seorang pemalu dan mempunyai tahi lalat di hidung?
A11 : Saya memang dilahirkan sebagai seorang yang amat pemalu. Kalau jumpa kat luar, confirm Wak tak kenal sebab saya jalan tunduk (hikssss), apatah lagi nak tengok taik lalat yang ada kat hidung :D

Q12. Cik Fidah pernah ke Kundasang Sabah bah? Sempat pergi dan lawat rumah terbalik? Tahukah cik Fidah sekarang ini rumah terbalik pun ada di Melaka dan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang?
A12: Saya pernah ke Kundasang, Sabah pada tahun 2014. Tapi, tak sempat nak pergi rumah terbalik tu sebab dah terlepas jalan. Maklumlah, dalam kereta tu (kami ber 4), semunya tak tau sangat pasal Sabah. Jadi main redah aje.
Haha..Memang Mak tak tahu rumah terbalik ada juga di Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Dan jarak sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1) ke rumah cik kak Fidah ialah 15 kilometer menghala ke Batu Pahat atau menghala Pekan Nenas?
A13 : 15 km adalah dari Sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1) ke Pekan Nanas. Wak ni macam tau aja selok belok pasal Pontian. Ntah-ntah kampung Wak ni sebalah kampung saya aje. Baik Wak mengaku, Wak ni asal dari Kampung/Parit mana? :D

Q14. Selain blog ‘White Barley’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Fidah?
A14 : Ada satu lagi blog lain. Tapi untuk kegunaan peribadi. Saya sorang aja baca....huhu

Q15. Pernah terfikir untuk menulis buku resepi masakan?
A15: Tak pernah.

Q16. Kalau cik Fidah ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Fidah rasa akan lakukan?
A16: Saya nak buat amal kebajikan dan selebihnya nak buat investment supaya hasilnya berganda. Biar hidup senang lenang…aamiin.

Q17. Sekarang cik Fidah bekerja di office, ada terfikir untuk menjadi surirumah sepenuh masa?
A17: Selalu rasa macam tu bila stress dengan kerja. Tapi, walaupun sudah jadi surirumah sepenuh masa, saya nak buat sesuatu supaya ada income sendiri.

Q18. Kalau cik Fidah penggemar kopi, dirumah cik Fidah memilih kopi O, tetapi kopi apa yang cik Fidah selalu buat di office?
A18 : Kalau di opis, saya minum nescafe O atau kopi-kopi jenama biasa yang 3 in 1. Sekali layan jugak honey latte.


Q19. Antara sebab kaki tumit merekah kerana rekaan kasut yang tidak sesuai atau terlalu ketat. Pernah tak cik Fidah kehilangan kasut ketika berada di surau atau masjid?
A19 : Haha....tak larat nak gelak bila baca mukadimah soalan ni. Pernah. Tapi kejadian tu berlaku bukan di Malaysia.

Q20. Cik Fidah pernah tengok cerita hindustan sampai menangis. Cerita hindustan apakah yang cik Fidah minat sehingga menontonnya berulang-ulang kali?
A20: Khabi Khusi Kami Gham dan Kuch Kuch Hota Hai. Tak kan nak bagi tau saya minat cerita Sanggam atau Bobby pulak .….huhu klasik sangat tu.

Cik Kak Fidah Shah ada memberitahu penulis, "Ini aje lah gambar yang ada. Mak tak ada banyak koleksi gambar sendiri. Kalau kat blog nanti, Wak letak kecik2 aje tau. Mak malu. Tapi, kalau Wak sempat nak adjust jadi macam muka Neelofa okey jugak...hahaha :D"

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik kak Fidah Shah yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:

1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM Travel List)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM (Blog Ni Sal Punya)
6. 19/10/15 - Kak Sham (Shamsiah Abdul Rahman)
7. 21/10/15 - Cik Kak Fidah Shah (White Barley)

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Isnin nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

56 comments:

  1. Asalamualaikum..:-)) dah kenal cik fidah ni...sama group BBN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kenal dengan Kak Yan yang ramah mesra ni :)

      Delete
    2. waalaikumsalam kak yan, selamat pagi., bagusla kalo dh kenal dan beramas mesra ghituuuuu., ;p

      Delete
  2. Haha... best best best... nnt kita terjah kak fidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda pi la terjah blog kak fidah tuu, pastu jgn lupa datang sini lagikk., hikhik2

      Delete
  3. Soalan 19 tu... hadoiiii... wak... wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar2, wak pon selalu hilang selipar gak kat surau mesjid., bukan setakat selipar kasut kulit boot pon penah hilang jugakk., sedihh kann

      Delete
  4. Malu pulak rasa bila baca jawapan sendiri.
    Ayat last yang tak masuk dalan soklan interbiew tu pun ada jugak...haha
    Anyway, thanks Wak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat last tu yg menonjolkan diri cik kak sebenarnya., hehe2 timekaseh mak sudi layan mrapu wak jer nih

      Delete
    2. hahaha..ayat last tu kelakar..wak tak adjust pun, kak Fidah dah cukup cantik katanya..

      Delete
    3. dah chantek kannn., hehe2

      Delete
  5. wow soalannye kemain bagus lagi ek...best jugak bila baca info style cam nie ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. soklan suke suki je cik kak lily tuuu., jap lg nnti jdla viral., harhar2

      Delete
  6. fidah kawan mak yg amat ramah mesra n rajin singgah blog mak menegur sapa selalu....kipidap wak interbiu seterusnya dinanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paridah juga adalah pengunjung dan pengomen blog yang best :)

      Delete
    2. mak Pah, tungu senin ye., hehe2

      Delete
    3. bila nak intebiu mak pah ni?hehe

      Delete
  7. Sporting gak pembaca Blog Wak yaa ...

    Suka baca jawaban yang sempoi dan bersahaja terhadap soalan soalan Wak tuh ...

    ReplyDelete
  8. Manis nyer Cik Fidah kita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semanis white barley., mak fidah kannns ;D

      Delete
    2. Haha...kita dah follow blog Kak Sham. Kenal Kak Sham dari blog Wak juga ni :)

      Delete
    3. pandai Wak leh dapatkan gambar Fidah Shah ni...dalam blog dia jgn cari mmg x de

      Delete
  9. wahh..cam interview wartawan n retis...
    menarik jgk buat lain drp lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata org, kalo menarik bgtau kawan2, kalo tak menarik sila bgtau wak jeer., hehe2

      Delete
  10. Wak dgn cik fidah ni orang pontian johor gak ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak bapak wak orang pontian johor, wak orang key ell., kehkeh2

      Delete
  11. dah kenal jugak Fidah tpi baru nk bermesra ni wak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang brunei pon mesra belaka mak kanns ;)

      Delete
    2. Baru kenal dengan Kak Nor ni..Ramah mesra orangnya. Selalu 'belanja' gambar makanan....

      Delete
  12. dah kenal dan follow Fidah jugak.. baik & ramah..sentiasa menyapa di alam maya..hihi...
    Seronok kena interview ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. soklan senang mmgla sonok kene interbiu ye mak ;p

      Delete
    2. Nasib baik soklan kajian tempatan dia setakat Daerah Pontian aje.
      Kalau soklan Wak pasal 'siapakah Menteri Pendidikan Venezuela yang pertama?...kompem Mak x leh jawab..huhu

      Delete
  13. Replies
    1. soklan senang suke suki je mak bunda yee., ;p

      Delete
  14. Wah...siap ada interview lagi tu. Nak jadi top commentators lah mcm nih...hehehe...Nak terjah blog cik Fidah jap ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah je makk fiza, nnti jgn lupa dtg singgah2 blog wak ni lagikk., hikhik2

      Delete
  15. wak 26 juta x kelas... 2.6 billion laaa hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2.6 bilion tu dh trademark, wak xleh pakai nnti kene saman., harhar2

      Delete
    2. Kalau soklan interbiew RM2.6 billion, baru lah Mak semangat nak jawab. Siap Mak tepek carta aliran untuk belanja 10 tahun lagi... :)

      Delete
    3. tungula laen tahun nnti wak buat lg interview camni ke ape, tp harap2 laen tahun tuu nnti nilai duit RM kita taklah tiba2 merundum jadi mcm rupiah juta-juta lemon pulak harganya., harhar2

      Delete
  16. jawapan soalan no.9 tu kelakar..gelak sorang-sorang saya baca.

    ReplyDelete
  17. Suka tengok kerusi tu.. sweet je.. tapi idaklah terfikir nak jadi salah seorangnya sebab jarang singgah kat sini.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper mak, segmen interview nih dh nk abes pown., timekaseh juga wak ucapkan kerana sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog wak yg biasa2 aje nih walopon x selalu., hehe2

      Delete
  18. wahhh wak pun tau pasal rumah terbalik kat Melaka na.. hebat2!..

    http://notachentamummy.blogspot.my/2014/12/upside-down-house-school-holiday-part-2.html

    Hi Cik Fidah..Salam perkenalan..nanti mummy pi ronda na.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep mummy, dh pegi mula2 bukak dulu kat melaka tu:
      http://tigalalat.blogspot.my/2015/05/the-upside-down-house.html

      pastu wak gi negeri sembilan punya upside down house jugak:
      http://tigalalat.blogspot.my/2015/09/sekali-tepuk-3-rumah-lalat.html

      yg kat penang je blom pegi lagi sbb baru dibukak ;p

      Delete
    2. Thanks Mummy. Dah singgah sana :)

      Delete
  19. waaaaa mmg dinanti2 hari interview nih... best2

    cik fidah ni org pontian area mana? parit mana? kot2 sedara ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang orang Pontian. Kecik2 dulu duduk kat area Pekan Nanas. Sekarang abah saya duduk kat area Bando Pontian... :)

      Delete
  20. First time mlawat cni...seronok plak baca interview kerusi merah..heehehe

    ReplyDelete
  21. Yeayyy berkat interview Wak, akhirnya saya kenal siapa Kak Fidah Shah yang rajin beri komen dalam blog saya..

    Terima kasih Kak Fidah Shah.. Pemalu rupanya akak ni.. ;-)

    ReplyDelete
  22. Baguslah segmen ni 3L....Tak mo nak interview mak ke?Hihi......selalu gak lawat blog Fidah tu...

    ReplyDelete
  23. tak kenal juga blogger yang ni

    ReplyDelete
  24. cik kak Fidah Shah? mestilah kenal sbb rajin jgk dia komen di blog JM tu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat