Thursday, 8 October 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - KAK PAH


Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah kak Pah aka PI (Paridah Ishak) yg punya blog ‘Karyahku - Paridah Ishak‘ lah pula. Kak Pah adalah blogger ketiga yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blogger OKU yang lumpuh separa badan kerana kemalangan jalanraya 25 tahun yang lalu. Kak Pah seorang yang cekal, tabah dan suka menanam pokok-pokok bunga pelbagai jenis sampai meng'updet' blognya hampir setiap hari. Blog kak Pah: http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/ . Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Kak Pah ada membuat kerja sambilan dirumah?
- Tiada.

Q2. Berapa lama kak Pah sudah berblog?
- Mula berblog pada Jun 11

Q3. Kenapa kak Pah mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- Blog kak ni adik kak yg tolong bukakan sbb adik tu tahu kesukaan kakaknya ni menulis. Kak hingga kini masih berblog untuk mengelakan rasa bosan disamping dapat menyimpan karya2 yang telah dihasilkan dan mencatat isu semasa terkini juga menyimpan foto2 keluarga. Berblog juga memberikan keseronokan tersendiri justeru dapat berkenalan dengan ramai blogger yang mesra maya seperti wak.

Q4. Kak Pah pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Setakat ni belum terfikir lagi untuk berhenti blogging. Tapi macam kata wak blog bukan hak milik kekal...hanya takdir penentunya.

Q5. Kak Pah suka menanam bunga-bunga orkid dll yang cantik dirumah. Dimanakah selalu kak Pah membeli bunga itu?
- Orkid kak tu ada yg dibeli di Temerloh, Kuantan, Cameron Highland, Bentong dan Sg.Buluh.

Q6. Kak Pah pernah berjumpa dan bergambar selfie dengan artis dan selebriti?
- Kak hanya kenali dan berselfie dgn seorang saja artis/wartawan iaitu Fauziah Samad sebab beliau adik ipar kak.

Q7. Pernah tak kak Pah sehingga sekarang masih tidak berjumpa bunga yang sangat-sangat kak Pah hajati untuk ditanam di rumah?
- Masih banyak lagi pokok/bunga yang ingin kak tanam kalau berjumpa dengan anak benih yang kak ingini.

Q8. Kak Pah pandai mengarang cerpen dan bersyair. Pantun apa yang kak Pah suka dengar?
- Heh..heh...taklah pandai sangatpun hanya suka2 jer...pantun2 yang kak suka adalah pantun2 lama yang klasik.

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
- Kak rasa harga minyak akan naik juga setinggi itu seiring dengan masa dan buat masa ini janganlah ada kenaikan yang terlalu tinggi sehingga berlaku pula perubahan gaya hidup yang menyusahkan semua. Dengan harga minyak yg amat tinggi menyebabkan inflasi mencanak tinggi.

Q10. Kak Pah pernah cuba masak masakan Jepun di rumah?
- Masakan Jepun yg dimasak selalu mee maggie jer heh..heh..

Q11. Tiap-tiap hari kak Pah rajin updet blog. Blog siapa pula yang kak Pah suka baca setiap hari?
- Kak akan baca blog yg dibloglist blog kak...mana yang diupdate awal dan muncul dibloglist akan kak segera singgah.

Q12. Sky Bridge di KLCC itu terletak di tingkat 41 dan 42 antara dua menara berkembar Petronas. Kak Pah pernah naik ke jambatan KLCC itu?
- Belum lagi.

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah kak Pah ke kampung keluarga belah kak Pah?
- 500 meter jer.

Q14. Selain blog ‘karyaku-paridahishak’ ini, adakah blog lain kepunyaan kak Pah?
- Tiada.

Q15. Kak Pah pernah membuat buku dari novel-novel karya sendiri?
- Kak sudah berusaha menghantar sebuah novel kak ke penerbitan DBP....kalau ada rezeki-Nya insyaAllah..wak tolong doakan ya.

Q16. Kalau kak Pah ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg kak Pah rasa akan lakukan?
- Aduhai banyaknya duit juta2 tu...dunia ni sementara jer dan kak akan pastikan duit juta2 yg dimiliki digunakan ke jalan kebaikan yg diredhai-Nya.

Q17. Selepas eksiden 25 tahun lepas dan dalam berkeadaan seperti sekarang, pernahkah kak Pah ke luar negara?
- Kak eksiden tika usia 29 tahun, ...anak paling kecil baru 50 hari usianya...terhenti sudah keseronokan dunia salah satunya berwisata ke mana-mana ...apa lagi ke luar negara. Setakat pusing2 dalam negara jer dibawa anak2.

Q18. Ketika berada dirumah, apakah bunyi atau suara yang kak Pah tidak suka dengar?
- Bunyi enjin yg bingit.

Q19. Sebutkan lagu allahyarham Sudirman yang kak Pah suka dengar?
- lagu Sudirman banyak yg mengasyikan n kak suka lagu Penyu Menangis...lirik pemuisi JM AZIZ tu...

Q20. Kak Pah pernah naik keretapi KTM dari KL ke JB?
- Belum pernah lagi.

Dalam blog kak Pah tiadalah gambar-gambar beliau dipaparkan atas sebab-sebab yang beliau sendiri tahu. Untuk entri istimewa ini pun sebenarnya penulis telah memujuk gambar beliau yang akhirnya beliau setuju untuk ditempekkan. Pandaikan penulis pujuk, kehkeh.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada kak Pah yang bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual penulis ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada minggu depan? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Rujukan blog kak Pah: LINK.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

41 comments:

  1. Wak !! soalan last tu awat random sangat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlar, takkan soklan semua sebijik sama ., nnti takut ada yg bosann ., kanns ;p

      Delete
  2. mengeratkan lagi silaturahim ni wak..hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa kengkawan yg best2 gituu, saperla wak yg ini kanns., hehe2

      Delete
  3. Hi Kak Pah...wak keja kat KLCC mesti pernah naik skybridge tu kans...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcoz lar., mak kakibukit mesti penah naik skybridge jugak kann.,

      Delete
    2. belum naik lagi..huhu..asik meronda kt bawah je..

      Delete
    3. aisehh, ingatkan wak dh berpuloh2 kali naik turun skybridge tuuh., huhu2

      Delete
    4. Oooo wak potong rumput kt klcc....
      Oooo... sy compius wak ni dok kl ke johor...

      Haha

      Delete
  4. HEH...HEH...TKSH WAK SUDI WAWANCARA KAKPAH...NEXT TUNGGU SIAPA PULA YG KENA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries mak Pah tuu., timekaseh juga sporting jawab interbiu drpd wak yg biasa2 aje nih., ;p

      Delete
    2. wak izin makpah copy n3 wak ni utk makpah publish kat blog makpah pula ya...tksh wak.

      Delete
    3. rasanya pernah terjah, beberapa kali ja.. sekarang xdan nak terjah sana sini.. Salam kenal Kak Pah..:-)

      Delete
    4. pastikan terjah blog wak hari2 ye cik Suida tuuuuh., hewhew2

      Delete
  5. Belom pernah terjah blig kak pah ni. Nanti aku yan jenguk ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yan jangan tungu nnti, terjah sekarang! harhar2 ;p

      Delete
  6. Kak Paridah adalah antara blogger yang paling ramah mesra.
    Kalau gi ke blog Kak Paridah tu, macam2 ada....especially bunga2 orkid yang chantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. chantek kan bunga2 orkidnyer., hehe2

      Delete
  7. Mencabar minda soalan Wak.. Apa pun terima kasih Wak mewawancara Kak Paridah.. Saya sentiasa doakan Kak PI dirahmatiNya selalu..

    Baguslah idea Wak ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah mencabar minda sangat, soklan yang biasa2 ajer., hehe2 timekaseh cik kak LZ tuu

      Delete
  8. Replies
    1. hai hai hai,

      pi la jenguk blog kak pah tuu., ;p

      Delete
  9. Sapa pulak minggu depan.. kita nantikan...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saper lg kalo bukan ehem ehem tuuu., kihkih2

      Delete
  10. Wah dah gaya penulis artikel suratkhabar dah siap interview bagai..good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. penulis pencen je ni mak Kutu., kehkeh2

      Delete
  11. wak dh gaya wartawan melodi dh wak oi....

    nk jenguk lah blog akak pah nih.... dr interview nih pun dh nampak kecekalan akak...
    time kasih wak utk paparan wawancara nih.... blh kenal ramai lg blogger otai

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi lar jenguk jgn lupa sebut2 nama wak yee., kihkih2

      Delete
  12. Replies
    1. wartawan pencen je ni mak dana., kuikui2

      Delete
  13. wah..akak memang rajin menaip ^_^*

    ReplyDelete
  14. Tahniah sbb buat buat kelainan dlm entri. Btw, kak PI mmg penulis berbakat besar

    ReplyDelete
  15. Waaaakkkkk.... kita nk jawab soklan 26 juta tu...

    ReplyDelete
  16. Masakan jepun..maggie..makanan paling pantas di masak :D

    ReplyDelete
  17. wowww bestnya haaa review cenggini. tahniah penulis :D

    ReplyDelete
  18. hai kak pah
    3 lalat xmo interbiau cik en ke?

    ReplyDelete
  19. lepas baca interbiew ni baru lah serba sikig mengenalo kak PI tu so call kak pah lah eh kalau x bacs entri ni tak tahu plak kak pah pernah eksiden. JM doakan semoga kak pah sentiasa sohat dan terus menulis ye

    ReplyDelete
  20. pandai wak memujuk dpt gambar kecik kak pah tu pesal wak x pujuk JM utk dptkan gambar :p

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly