Friday, 30 October 2015

THE LONGHOUSE ON FIRE

Rumah panjang terbakar, Ustaz Kazim menjawab.

KELMARIN semasa penulis sedang sibuk ke hulu hilir melayan urusan jual beli flat rumah murah itu, penulis terperasan ada berita tentang kebakaran rumah panjang berdekatan dengan kampung mertua penulis disana. Bila pulang ke rumah, isteri penulis (yang itu) pun ada bertanya berkenaan rumah panjang tersebut yang kami pernah ziarah sebab ada kaum kerabat ipar duai disana juga. Rumah panjang tersebut semasa itu sedang dinaiktaraf separuh dengan batu konkrit, tidak seperti rumah panjang biasa yang diperbuat dari kayu hutan saja.

Semalam penulis telah membawa keratan akhbar Utusan Malaysia ke tempat penulis bertugas memotong rumput ini. Penulis tunjukkan pada rakan sekerja, akak Noor (bukan nama sebenar) yang rumahnya juga sepelaung berdekatan dengan simpang Nyabor, tempat penulis selalu membeli sarapan kuih muih Melayu disitu. Akak Noor pun terkejut juga.

Nota lalat lain. Dulu bila penulis mendengar cerita Ustaz Duke merajuk tidak mahu membuat ceramah lagi, penulis sanggup ke maktab beliau mengajar di Tanjung Rambutan dan berselfie dengan beliau. [+ Duke vs Duke.] Tapi sejak kebelakangan ini, banyak pula ceramah-ceramah beliau hampir setiap minggu berdekatan sepelaung saja dari tempat penulis tinggal. Walaupun begitu, tidaklah terpanggil hati penulis untuk menghadiri majlis-majlis ilmu beliau kerana kesibukan masa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rumah panjang 32 keluarga terbakar di Kampung Nyabor Kabong, Saratok - Utusan Malaysia.

16 comments:

  1. Subhanallah..moga Allah memberi ketabahan dan kesabar dihati hati mangsa ini..

    ReplyDelete
  2. kesiannya mereka..
    suka dengar Ustaz Duke dlm Kalau Dah Jodoh..

    ReplyDelete
  3. DUGAAN ALLAH XPERNAH HBS..MOGA YG DIUJI MELALUINYA DGN TABAH...HAK ALLAH MEMBERI DAN MENGAMBILNYA...BERSABARLAH DGN TAKDIR-NYA YG BERJIKMAH SEBENARNYA...TURUT BERSIMPATI.

    ReplyDelete
  4. Kakak ada tengok berita tv tentang kebakaran ini
    DUKE dah tak merajuklah tu Wak hihi..

    ReplyDelete
  5. ada yg tercedera x? kesian depa hilang rumah

    ReplyDelete
  6. ohh busy sikit minggu ni smp berita rumah panjang terbakar pun tak tau.haha

    ReplyDelete
  7. Takziah pada semua mangsa kebakaran... sedih plak bila baca.. dok dengar ceramah ustaz Kazim kat TV jer... :)

    ReplyDelete
  8. semoga mereka tabah menempuhi ujian hebat ni, DUKE memang feveret lah wak :)

    ReplyDelete
  9. Baca paper tu alhamdulillah tiada yang terkorban kan wak.
    Sedara-mara wak ada yang terlibat ke?
    Mrs. A pernah terbaca kat maa tak ingat DUKE kalau dia nak gi ceramah tak boleh cakap nak pi ceramah kena cakap nak pi main bola sebab nanti badan dia sakit-sakit.
    Cer wak tanya DUKE betul ke idok?

    ReplyDelete
  10. Oooo...mertua orang Sarawak rupanya kitak wak..

    ReplyDelete
  11. Dapat merasa kesedihan mereka sebab rumah Wa pun pernah terbakar , masa tu tengah tunggu SPM.Sedihh sangatt,,tapi nasib baik tak ada kehilangan nyawa..harta benda?...habis licin dijilat api..sob sob..

    ReplyDelete
  12. Wak...apakah hukum makan sushi?.. (macam yang tulis kat surat kabo tu).. :)

    ReplyDelete
  13. tadi terjumpa ngan 3 lalat.... rupa-rupanya nak singgah sini...hihihi

    ReplyDelete
  14. Moga mereka tabah dalam berhadapan dengan musibah itu..

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat