Sunday 11 October 2015

VERTIGO

Between Pasar Satok and Jalan Semariang, Kuching, Sarawak.

ALHAMDULILLAH urusan majlis pertunangan anak lanang penulis telah selamat berlangsung kelmarin dalam keadaan aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Walaupun kepala penulis pening-pening lalat (baca: vertigo) disebabkan demam dan selesema yang telah melanda sebelum keberangkatan rombongan cik kiah ke bumi kenyalang lagi, tapi penulis gagahi juga untuk kesempurnaan majlis. Gambiran bokeh lampu jalan antara Pasar Satok dan Jalan Semariang diatas menggambarkan bagaimana keadaan kepala penulis yang tingtong ketika itu. Aduhai.

Hari pertama, Jumaat,
hari ketibaan dan atas desakan isteri kesayangan penulis intan payung (yang itu) penulis ke klinik Sejahtera di Pasar Satok untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat. Seterusnya disebelah petang, kami bergambiran di tugu kucing ditengah bandaraya. Selepas itu kami menaiki bot tambang 50 sen ke seberang sungai menjamah mee kolok untuk pertama kalinya bagi kaum kerabat. Juga, singgah membeli kek lapis di kedai kek berhampiran yang PM (Najib lettew) pun pernah sampai.

Hari kedua, Sabtu, majlis bermula pukul 10.44 pagi, ada watikah dari wakil dan disudahi dengan zikir (marhaban) doa kesyukuran. Di sebelah petang, kami ke Muzium Kucing dalam bangunan DBKU dan seterusnya kami ke pantai Santubong untuk mengambil udara petang yang nyamanlah sangat.

Hari ketiga, Ahad, pagi-pagi sudah ke pekan Serikin, sempadan Indon melayan kaum kerabat membeli belah. Petang, kami pun terbang pulang ke Masai. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur.

Nota lalat. Penulis akan muatnaik gambiran2 yang penulis sempat rakam sekiranya kepala penulis menjadi stabil kembali seperti sedia kala. (Updated seadanya.)

Nota SEO lalat. kedai ubat vertigo dikuching sarawak

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KUCHING DAY 1:

On the way to Pasar Satok. DUN building is infront of us.

I am sick at Klinik Sejahtera, Satok, Kuching.

Pasar Satok.

Tugu Kucing.

Flowers.

Tugu Kucing.

Tugu Kucing.

Tugu Kucing.

Bags for sale.

Chicken Wings, Kampung Boyan, Kuching.

Mira Cake House, Kampung Boyan, Kuching.

Dummy flowers.

Kek Lapis Sarawak for tasting.

Mira Cake House, Kampung Boyan, Kuching.

Baby girls, Kampung Boyan.

Mee Kolok, Kampung Boyan.

Yamaha SS motorcycle, Kampung Boyan.

The original Gambir Sarawak Asli, Kampung Boyan.

Bot Penambang, Sarawak River.

Jetty, Sarawak River, Kuching.

KUCHING DAY 2: (will be updated.)

The rombongan arrival.

The future  daughter in law.
Then, we went to the Cat Museum:
















Later, we went to the Santubong Beach:








At night, we had dinner at Topspot Restaurant:




KUCHING DAY 3: (will be updated.)

In the morning, while having breakfast:




On the way to Serikin:






























SEBENING LALAT CAFE:












** END OF POST **

33 comments:

  1. Asalamualaikum wak..selamat pagi..tahniah wak..alhamdulilah majlis lancar ...

    Wak kenapa? Tak sihat ke...take care wak..rajin2 makan ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cik kak yan tuu., wak tak sihat je, nak mamam ubat, demam pun dah kebah nih., skgr tgh motong rumput yee ;p

      Delete
  2. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Pernah juga ke Pekan Serikin. Memang agak murah barangan di sana..(dulu lah).
    Moga cepat sembuh Wak. Jangan takut makan ubat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. demam dah kebah rasanya ni kott., timekaseh mak Fidah tuuu., ;p

      Delete
  3. Bakal menantu orang Kuching ye Wak....
    Jalan ke Pekan Sarikin dah cantik ker sekarang Wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pon wak penah smpi serikin tuuh, jalan macam biasa je, x nmpk pon kucing melintas jalan., hehe2

      Delete
  4. Wah...di Sarawak kitak tok.....mesti seronok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaum kerabat rombongan cik kiah je yg sonok, wak sik sonok sbb demam ., huhu2

      Delete
  5. Adoi bapak bakal pengantin tak sihat lagu mana ni..syukur majlis selamat dan sejahtera..jauhnya berbesan ngab org kuching hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah je makk Kutu tuuu.,
      kalo xnak jauh berbesan soh je nnti anak belajar kat kampong jeeer., hehe2

      Delete
    2. melepas nak apply jadi menantu wak...takde rezeki wak nak dapat menantu vogue macam saya *statement mintak kena maki..harhar

      Delete
  6. Alhamdulillah selesai juga majlis dgn lancar..
    Moga cepat sihat wak.. boleh lah upload pic2 jenjalan di Sarawak tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh cik kak atie tuu., insyaAllah tunngu je tauuu., hehe2

      Delete
  7. Dari Masai ke Klinik Pasar Satok jauh ubat pening Wak.. Seronok membeli-belah di Pekan Serikin, macam-macam ada.. Tentu Wak borong ikan masin terubuk di Pasar Satok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah borong ikan masin., hehe2.,
      mak xnak tnye gambir swak keeew., ;D

      Delete
  8. xbest kan klu berjalan dlm keadaan tak sihat.. take care wak tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memey tak best yee., huhu2 nk kene urut nih
      tq cik suida tuuu ;p

      Delete
  9. WAH JAUHNYA ANAK LANANG WAK MENCARI PASANGANNYA...TAHNIAH WAK ..XLAMA DAH BERMENANTU N JADI DATUK PULA...VERTIGO SURE HILANG TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih anak lanang ikut jejak bapaknye ,mcm pepatah 'ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi,' kan mak Pah .,hehe2

      Delete
  10. Replies
    1. mak nk tenok ape? bapak pengantin mana leh amek gambar., hewhew2

      Delete
  11. pergi kuching ke? kampung halaman lea tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, dua tiga kucing berlari je makk., hehe2

      Delete
  12. wak mabuk naik flight ke? tak rock la camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... cik Sal.... tuh dia punya tuduhan...

      Lawak pulak baca

      Delete
    2. Adehhh! Terseliuh rahang sebab gelak baca komen si Sal ni. Kalau dah vertigo (baca 'pening memusing') dah tak pikir rock ke ballad ke keroncong ke,..

      Delete
  13. Alhamdulillah... barakallahufik....

    Tahniah wak... tahniah anak wak...

    Wak buat kenduri jgn lupa jemput kiteorg... hihi

    ReplyDelete
  14. berjalan time tak sihat memang spoiled. pestime sampai sabah aritu pun tak sihat. tak puas berjalan. badan tak larat. kepala berpusing. memang jadi tak syok

    ReplyDelete
  15. wak pun x sihat jgk? Same to me 3 hari demam melepek kat umah baru 2 hari betul2 sihat syukur

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan tahniah bakal dpt menantu org jauh sarawak tu. Ehh isteri wak pun org sarawak kan?

    ReplyDelete
  17. kalau wak buat kenduri nanti then x jemput JM mmg mersjuk lah!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, urusan semua berjalan lancar. Tahniah, wak. Bakal terima ahli keluarga baru.

    ReplyDelete
  19. Tahniah wak semuanye dh selesai, tunang dah bila nk langsung terima menantunye ni... Apsl lak Ade pic chicken wing m'leleh air liur Cikna.....;-(

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat