Tuesday, 10 November 2015

BANGUNAN MACAM TAKDE BUMBUNG

Bangunan Dato' Muhamad Salleh Perang

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 2/4

DUA minggu lepas, bila staf di Pejabat Tanah Galian Daerah Johor Bahru di Larkin menyuruh penulis ke Pejabat Tanah Galian Negeri di Kota Iskandar, beliau ada menyebut tentang bangunan rekabentuknya (baca: architecture) seperti tiada berbumbung. Minggu lepas bukankah sudah diisytiharkan cuti peristiwa dan semua pejabat kerajaan negeri ditutup. Dan kelmarin penulis sekali lagi ke Nusajaya, dan tiba di bangunan macam takde bumbung itu bersebelahan dengan bangunan Pejabat Perumahan Negeri yang penulis pernah datang dulu.

Namun begitu, urusan jual beli rumah penulis masih juga belum selesai.

Nota lalat. Berkenaan nama bangunan itu, penulis sudah meng'google'nya. Mari kita belajar sedikit sejarah negeri Johor.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



7 comments:

  1. SENIBINA YG UNIK TU..TKSH INFO TENTANG SEJARAH DATO' BENTARA LUAR MHD SALEH PERANG ..KALAU XDIKONGSI MMG XTAHU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mak Pah., sharing is caring., kehkeh2

      Delete
  2. Sy pernah ke johor skali je.
    Terjatuh cinta pandang pertama.
    Lain kali wak crita psl lodge mason kat situ pulak.
    Kalau wak dpt masuk dalam amik gambar musti ohsem. Hehe.
    Itu hari pergi ternampak. Terasa nak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lodge mason? hrmm pestaim wak dengar nih, nntila wak gugel duluu ;p

      Delete
  3. Cantik walau tak de bumbung...

    Lain sikit design nya... tappi, kalau hujannn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bumbung atas konkrit tu ade ye mak., bumbung mcm kayu tu propa jeeer ., harhar2

      Delete
  4. rekabentuk bumbung yg menarik ...

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly