Tuesday, 17 November 2015

MAJLIS ILMU DALAM BAS EKSPRES

On Pasir Gudang highway.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 4/4

DALAM perjalanan ke ibukota malam kelmarin, pemandu bas ekspres itu telah memainkan video majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus. Oleh kerana penulis duduk di kerusi paling hadapan, walaupun skrin LCD kecil depan pemandu, namun suara speaker memang kuat berdentum. Maka penulis layan sajalah selama lebih 2 jam mendengar ceramah.

Antara beberapa jawapan ustaz dari sessi soal jawab dihujung ceramah:

1. air ludah bukanlah najis, cuma kotor bila keluar dari mulut.
2. cawan bekas arak boleh digunakan untuk minuman biasa.
3. bacaan alfatihah wajib dilafaz dgn lidah oleh makmum tetapi tidak perlu kuat, bukan dalam hati.
4. makan semeja dgn rakan2 bukan muslim harus walaupun ada makanan tidak halal, tapi wajib keluar dari meja kalau ada air arak walaupun tidak minum dan tujuan bincang bisnes semata-mata.
5. pasal makmum yg ikut imam berlainan niat waktu solat, contoh imam solat isyak, tapi makmum solat magrib, tiada masalah, solatnya sah, cuma kalo imam dan makmun solat berlainan jenis, contoh imam solat jenazah, makmum solat magrib.
6. pasal taubat, walopon kaki botol, kaki penipu, kaki judi, kaki pompuan, sedang pegang botol arak dan sempat bertaubat sebelum mati, maka diterimalah taubatnya.
7. pasal jodoh, kalo bakal suami/isteri tak cantik tak chomey takper, leh tutup lampu. Lol.

Dihujung soal jawab it, ustaz beritahu ada 50 lebih lagi soalan belum dijawab.

Nota lalat. Mungkin agak terlambat sedikit, berikut penulis paparkan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan November 2015. Untuk kawan-kawan di lembah klang, bolehlah pergi ke majlis ilmu beliau di Cheras (28/11) dan Sungai Buloh (29/11). Selamat menghadiri majlis ilmu dan selamat beramal. Amin.

Nota lalat. Updated. Baru terperasan bank kuasa (baca: powerbank) dan kabel pengecaj (baca: cable charger) tertinggal pula dalam bas ekspres itu. ;(

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TBS at night.

10 comments:

  1. Aduh macam mana boleh tertinggal tu wak...
    Kena juga beli yg baru tu..
    Maknanya power bank dan charger tu pun bukan hak milik kekal kita juga ye wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, wak ingt dh masukkan dlm beg., huhu2
      tp tadi wak dh call drebar ckp ade penumpang lain yg bagi kat dia., alhamdulillah

      Delete
    2. jujur betul penumpang tu..Alhamdulillah, moga murah rezeki dia dan wak

      Delete
  2. Singgah jenguk bila ada masa free sikit hari ni. Wah tq berkongsi , byk ilmu yang dikongsikan ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama no worries ., tq gak singah komen2 sinih ., ;p

      Delete
  3. bagus info ni, walaupun simple but straight to point hehehhe. beli jelah powerbank baru ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular cik kak lily putih tuu, tapi rasanya drebar bas tu dh simpankan powerbank wak tuu., so selamatlah duit nak beli yg baharu., huhu2

      Delete
  4. slmt mlm wak
    lama nya tk singgah sini
    wah ada ceramah ke ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Yan suka dengar ceramah ustaz azhar idrus

    ReplyDelete
  6. Lain kali jangan cuai wak..alhamdulillah masih ada rezeki wak

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly