Tuesday, 1 December 2015

ABANG SADO JEMUR KAIN

bukan 'Abang Sado Jemur Kain'

TELEVISYEN dirumah merpati penulis itu pun kadang-kadang sahaja penulis tonton. Lebih baik penulis kemaskini blog poyo ini daripada menonton drama dari novel yang penulis pun tidak berminat.

Sedikit info tentang drama baru yang sedang menghiasi slot Iris TV3 dengan drama berjudul 'Abang Sado Jemur Kain'. Menampilkan lakonan Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro dan Cat Farish. Abang Sado Jemur Kain sedang bersiaran dari 16 November 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang hanya menerusi saluran TV3. Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu. - Infotaip

Dan sekarang ini penulis terpaksa menjadi penjaga sementara 2 ekor kura-kura anak wedok. "Kura-kura tu jangan lupa kasi makan 10-20 bijirin pagi dan petang," anak wedok memberitahu, "dan tukar airnya 3 hari sekali kot. Bah, pakai air paip yg de filter atau air mineral. Paras air agak2 sama tinggi dgn kura-kura sbb takut shell dia kering jd putih."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"Be careful with the big tortoise, it will bite your fingers."

18 comments:

  1. Wah bela kura2...

    Yan pernah tengok kura2 besar duit 50sen...anak lagi kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kura2 je k yan, bukan labu labi., harhar2

      Delete
  2. Ingat penyu..huhu
    Hati2 dengan kura2......orang kampung Mak kata "Once bitten, twice shy"

    ReplyDelete
  3. dulu pernah bela 2 ekor kura2...sekali tu kan....hilang org curik....sekali ngn makanan pulak tuhhh.....moga dia jaga leklok kura2 tu jgn aniaya sudah.....

    ReplyDelete
  4. Kat rumah saya pun ada kura kura, wak.
    Kutip tepi jalan, lepaskan dalam rumah.
    Errr.

    ReplyDelete
  5. Orang tua-tua cakap, kalau digigit kura-kura, kena tunggu guruh berdentum baru boleh lepas. Haha

    ReplyDelete
  6. hahaha.. wak jaga kura-kura, jangan kuat pura-pura ye...

    ReplyDelete
  7. Haha... comel comel...

    Good luck wak...

    Harap2 selamat le kura2 anak wedok wak...

    ReplyDelete
  8. fuh! nasib saya tak terjebak dgn drama2 melayu ni wak...kikiki...anak bujang saya penah ada kura2 camni dulu sekor...kecik je beso duit lima posen...apaknye belikan kat pasa malam PD kalau tak silap saya...dia bagi nama cambell...ntah mana silapnye arwah dah anak kura2 tu...mungkin nama tu tak berapa nak sesuai omputeh sangat kan....sejak tu saya memang tak kasi dia beli binatang kecik2 ni...buat naya sebab dia mana la tau nak menjaga...

    ReplyDelete
  9. tengok kura-kura lagi best dari tengok drama entah apa-apa tu,...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minit je tgk, pastu jemu.. haha

      Delete
    2. ahahah sykur xdak tibi kat rumah =D

      Delete
  10. Drama sampah.. dah lama tggalkan drama2 macam ni.. baik baca blog kan wak.. harhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuish awat marah benar QA ni hahaha.. sepisheles..

      Delete
  11. Mak mcm tak berkenan jer tengok pelakonnya tu Wak. Jenengan ney pun anak wedok wak.... manjalah dengan bapaknya

    ReplyDelete
  12. ahahah scroll tengok ada kura2.. xyah tengok la Wak drama tu adeh =_="

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat