Wednesday, 23 December 2015

SAYANG SAYANG SAYANG



KELMARIN penulis telah berjaya mendaftarkan anak lanang bocah cilik penulis itu masuk darjah satu sekolah agama. Ada kekalutan dalam aturcara majlis Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS). Mula-mula disuruh datang jam 7.30 untuk upacara majlis, perasmian, ceramah motivasi keibubapaan dan ikrar. Majlis dijangka selesai jam 10 pagi. Tapi jam 8pagi cikgu-cikgu baru terhegeh-hegeh hendak menyiapkan meja pendaftaran ibubapa, dan juga pentas penceramah. Dan bila jam 8.30pagi, pengacara majlis membuat pengumuman bahawa pendaftaran anak dan pembayaran yuran dibuat dahulu sebelum majlis bermula.

Dipendekkan cerita, majlis bermula jam 9.30 pagi, melayan ceramah Ustaz selama sejam dan pengenalan sekolah oleh guru berbadan besar selama sejam juga dan majlis tamat jam 11.45 pula. "Sabar sajerlah kanda," bilang isteri penulis melalui khidmat pesanan ringkasnya (baca: sms).

Cuma penulis rasa tergelak juga melayan penceramah motivasi Ustaz yang berjenaka bertanya pada para makcik bagaimana berkata sayang kepada suami yang tersayang dengan 15 kali perkataan sayang sambil menghitung mengguna jarinya.

Nota lalat. Ada beberapa perkara yang penulis tidak berapa puas hati juga. Pertama, pasal catuan air di bilik tandas murid-murid yang amat kotor. Kedua, faktor keselamatan dimana longkang kecil tidak ditutup dengan sempurna yang mengakibatkan ada kanak-kanak yang terjatuh kedalamnya. Dulupun pernah berlaku pada anak wedok disekolah yang sama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

39 comments:

  1. Nasib baik ade ceramah jugak. Sejuk sikit hati ye. Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 jam kat dewan sekolah layan je mak., huhu2

      Delete
  2. Ada lagi sibongsu nak sekolah ye Wak..
    Biasa lah tu wak.. mana-mana majlis macam tu lah.. ada saja yg berubah..
    Nak menguji kesabaran tu wak.. Bagus juga diselitkan ceramah..
    Sayang sayang sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyela, bukan pestaim buat majlis ukhuwah sekolah camni, dah 5 tahun katanyer., takkan aturcara nak bayar yuran pon tertingal dari agenda? hrmmm

      Delete
    2. Biasalah tu, mungkin tahun ni yg incharge kurang pengalamannya. :)

      Delete
  3. sayang sayang sayang cik abang kite..ehh..hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang saaayangg sayangg., hehe2 amvooii

      Delete
  4. Intonasi kena betul bila sebut sayang yg 15 kali ini wak baru ngam:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, ustaz tu sebut dgn intonasi dan mimik muka je buat org ketawa., hehe2

      Delete
    2. Kak zakie.... demo skit plisss

      Delete
  5. Harap dorg buat post-mortem supaya xberulang d thn dpn. Kata 'hayya ala lfalah' kan. Haruslah ada improvement nanti.

    Semua org dpt dgr ceramah free secara paksa rela. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdenyer post mortem., pibg pon xde., pengawal keselamatan pon xde jugak., huhu2

      Delete
  6. yang dalam gambar tu darjah 1 ?
    alhamdulillah..tinggi, sihat, segak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. darjah 1 sekola agama., alhamdulillah ;)

      Delete
  7. haha lepas dah bab2 orentasi ni, anak2 dah besar2..erm faktor keselamatan tu agak membimbangkan juga kan wak.. dan kebersihan tandas tu juga, semoga pihak sekolah akan mengambil langkah yang sewajarnya, kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk pengerahuan ibubapa, sekola2 agama johor bukan dibwh kementerian pelajaran ye, ., nntila kene jumpa guru besar citer masalah negara nih . ;p

      Delete
  8. heh..heh..wak wak...banyak betul komennya tu...biasanya post mortem segera dibuat setelah sesuatu yg xdiingini berlaku...kallau xdiarkan saja suasana bgitu berterusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nntila senang2 wak gi jumpa cikgu berbadan besar tuuh., huhu2

      Delete
  9. PIBG ada tak wak.. jangan lupa suarakan pendapat tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. pibg xde, pengawal keselamatan (pak guard) pon xde., huhu2

      Delete
  10. Tandas asrama...ermmm sampai mimpi2 ingat tandas asrama yang bocor paip la..sumbatla...erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la kotor, air kene catu pulak., huhu2 sian kat budak2 je makk.,

      Delete
    2. Susahlah anak2 nak pee pee nak poo poo,..

      Delete
  11. Tandas sekolah tak kira sekolah pagi ke petang .memang amat2 kotor...macam tak ada tukang cuci

    ReplyDelete
  12. Kejap je dah nak habis cuti sekolah

    ReplyDelete
  13. kadang2 bila jadi macam tu geram juga kan wak, kalau tahu nak buat program, set up la awal2

    ReplyDelete
  14. hensem dia yer. macam sekolah baru pulak yer kelam kabut hari pendaftaran mcm tak der pengalaman.

    ReplyDelete
  15. Wah..adik dah sekolah.
    Baju Johor asli tuh..baju teluk belanga & kain sampin kat dalam.

    ReplyDelete
  16. Wow! 15 kali sayang belum pernah dengar lagi Wak.
    Tapi buat ayat dengan 6 kali sayang dah pernah.
    Baru darjah satu kerr... besar orangnya

    ReplyDelete
  17. amboiii ensem si comel ni...ngorat boleh x wak? hahahah

    ReplyDelete
  18. Wak tak suarakan ke ketidakpuasan tu ? let the school tahu.. hehe..
    kalo parents kat sek mak ngajar.. huurm.. macam2 da datang serang..

    ReplyDelete
  19. biasalah.. propa je lebih.. time tu semua atas kertas ja.. reality dia ? hazab.. :)

    ReplyDelete
  20. Alamak ! part catuan air tu yang tak best... bebudak mana lah reti catu mencatu ni tanpa bantuan yang lebih matang..

    ReplyDelete
  21. Hahaha...banyaknye kalau tak sayang gak tak tau la...

    ReplyDelete
  22. Mungkin pihak sekolah kena naiktaraf kemudahan dan perbaiki longkang tu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini..

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat