Wednesday 2 December 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik


PENULIS sudah lama tidak menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh blogger. Tapi kelmarin penulis telah berminat untuk sertai juga sebab ada hadiah komik percuma dari blogger yang kecil molek yang berbakat melukis kartun, Zyraroxx. Olehkerana penulis tidaklah pandai menyusun kata-kata, maka hanya susunan gambar-gambar poyo dari patung mainan minifigura sahaja yang dapat penulis hasilkan.

Cuma penulis musykil sedikit. Pasal 1 - lucky draw atau creative entry? Penganjur kata 'PERCUMA kepada dua orang blogger yang bertuah' atau 'entri yang paling menarik'. Harap-harap penulis tidak tertipu, punyalah penat penulis perah brain buat sketsa susun patung2 mainan, buat caption yang penulis rasa paling menarik, tup-tup janganlah nanti kata cabutan guna tin susu anak buah yang cabut. Huhu2 sakit hati siapa yg tauu kann? Tapi itu giveaway blogger lainlah, harap-harap tidak berlaku disini.

Pasal 2 - deadline tu kata 2 Disember 11.59 pm, tengahari atau tengahmalam? Risau juga, sebab penulis ini cuma pemotong rumput sekolah tidaklah nak tinggi sangat, takut tersilap baca ke apa.

Walaupun begitu, doakan sahaja semoga penulis berjaya. Majulah sukan untuk negara.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Continued to this EPISODE .

Olehkerana penulis tidak dapat menyalin (kopipes dgn right-click) ayat-ayat dari blog Zyraroxx, maka penulis taip sebiji-sebiji cara dan syarat (usaha tangga komik Zyraroxx - aminn).

Cara-cara
1- Follow blog Zyraroxx itu. - DONE
2- Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik" - DONE
3- Tinggalkan link entry di ruangan komen kat bawah. - DONE
4- Copy and paste banner di bawah ke dalam entri: DONE



Terma & Syarat
1- Terbuka kepada blogger yang tinggal di Malaysia sahaja.
2- Merupakan follower blog Zyraroxx itu.
3- Pemilihan pemenang 100% terletak ditangan Zyraroxx tanpa prejudis, sebarang surat ugutan tidak akan dilayan.
4- Pemilihan pemenang adalah berdasarkan entri yang paling menarik menurut firasat Zyraroxx.
5- Kalau Zyraroxx dapat detect sebarang tipu helah dan penipuan, faham-faham sendirilah natijahnya.
6- Hadiah (komik) tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditukar dengan diri Zyraroxx (yang comel) atau apa-apa sahaja.
7- Blogger yang terlibat dalam penghasilan komik diharamkan dari turut serta.
8. Tarikh tutup penyertaan: Rabu | 02 Disember 2015 | 11.59 p.m. (jam Zyraroxx).

Sokong lah produk bloggers kita, hehe.

Nota lalat. Updated. 4/12/15. Alhamdulillah, nama penulis telah tersenarai paling corot (no. 43) dalam senarai mini giveaway-nya kerana penulis sengaja mengepost pada jam 11.11malam kelmarin. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Nota lalat. Updated. 7/12/15. Alhamdulillah, akhirnya pemenang ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik telah diumumkan di SINI. Terimakasih cik Zyra yang roxx itu. Budi yang baik dikenang juga. ;D

53 comments:

  1. Replies
    1. hehe, timekaseh pokcik., mugo pokcik pon berjaya gak., aminn

      Delete
  2. Aha..best..hrp hrp tigalalat menang contest ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. aminn, doakan terbaek yg baek2 sajeeew., huhu2

      Delete
  4. pergh kreatip. dont worry entry ko ni aku rase 85% akan dapat tarik minat beliau. goodluck tigalalat.

    ReplyDelete
  5. waaahhh.....all da best wak....kreatif tol wak susun2 gbr....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha2 xde keje leh la susun., timekaseh cik kak DM yee ;p

      Delete
  6. Inshaa Allah bole menang tu wak sebab lawak sungguh...comel pulak tu....goodluck !

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh ye makgaram, orglen pon hebat2 belaka., untung sabut timbul jeer ;p

      Delete
  7. tengok gaya wak ni, kalau tak menang memang kena buat aduan rakyat...hehe.good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper ciksal, orglen pon hebat2 belaka., untung sabut timbul jeer., timekaseh ;p

      Delete
  8. Good luck encik lalat. Untung sabut timbul.. Hihi..

    ReplyDelete
  9. Cantik & kreatif gambar tu.
    Good luck and all the best.

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya wak ... majulah sukan untuk negara :)

    ReplyDelete
  11. Selamat pagi wak. Semoga berjaya & majulah sukan untuk negara he he hee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pagi jumat gak cik kak amie tu bahh., timekaseh atas doa .,;p

      Delete
  12. wow wak.. just wow.. terpana seketika dgn entri ni, wahahaha!
    thanks sebab sudi join! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, timekasehla cik zyra suker sketsa poyo wak tuu jeer.,

      Delete
  13. Perhhhh hebat sangat ni wak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar2 ., kita tungguu ape kata juriii., hikhik tenkiu cikhuda tuu ;)

      Delete
  14. Walaweiiii... kalau macam gini rupa entrynya wak menang pun Mrs. A puashati.
    Penuh effort dan kreativiti.
    Apa-apa keputusan di tangan cik Zyra ya Wak.
    Good luck Wak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe2, sama2la doakan terbaik., mugo mak mrsA pun berjaya jugak., ;p

      Delete
    2. Tahniah! Wak... 'menang' :-) nanti boleh lah Mrs. A pinjam ngeh! ngeh! ngeh!
      Mrs. A shortlist ajer... okler tu kan..kan..kan...

      Delete
  15. Maaflah wak....mak mmg dah pencen masuk GA ni hihi

    ReplyDelete
  16. woooaaaah Wak.. CT tumpang tepuk tangan.. hehe.. best2..

    ReplyDelete
  17. Tahniah menang!!!
    Waaahhhh! Peminat lego minifigures ke?
    Sama laa kita. hehehe

    ReplyDelete
  18. Tahniah wak menang plak,tuah aym nampak kat kaki,tuah lalat nampak Kat misai noh..tuah wak,nampak kat lalat ke? Eh,pinjam tiga lalat wak??kahkah

    ReplyDelete
  19. tahniah incik wak, hahaha, kreatif sumguh!

    ReplyDelete
  20. Perghhhh nice... congrats menang komik free ;3

    ReplyDelete
  21. Hurrmmmm habislah takde chance blogger lain menang kalau cenggini gaya Wak..

    Good luck Wak!

    ReplyDelete
  22. Hurrmmmm habislah takde chance blogger lain menang kalau cenggini gaya Wak..

    Good luck Wak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisehh mak lenny tuu., dah abes lamala GA nih, wak dh menang pown., kehkeh2

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat