Monday, 31 August 2015

SEHATI SEJIWA



SELAMAT hari kebangsaan 2015. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera aman sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 31 dan terakhir untuk bulan ini. Jumpa rakan-rakan semua dibulan hadapan ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 30 August 2015

FARAH & AYIE



KELMARIN penulis telah mengunjungi rumah adinda penulis yang jauh di Bahau itu sempena undangan perkahwinan anak wedok (baca: anak dara perempuan) beliau yang sulong.

Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat diucapkan kepada anak keponakan wak ini dan suaminya. Amin ya robbal alamin.

Saturday, 29 August 2015

JAM TAWAF | POLVORON



KELMARIN jam tangan tawaf, yang pusingan jarumnya terbalik mengikut arah lawan jam biasa, telah diterima oleh rakan sekerja penulis juga. Beliau memesan diatas talian dengan harga RM159. Terimakasih penulis ucapkan kepada Zek, model rakan sekerja diatas, tetapi beliau bukanlah pemilik jam yang sebenar.

Tetapi selain kebaikan saintifik dalaman yang ditulis oleh penjual jam tawaf tersebut seperti orang menjual ubat sensei sahaja bunyinya, penulis tidak nampak kebaikan luaran yang ketara. Walaupun cantik rekaannya, unik dan modern, namun tulisan nombornya agak sukar dibaca (warna biru berlatarbelakang warna hitam). "Ini semua bida'ah. Nabi dulu pun tak penah pakai jam," kata rakan penulis, si wak ustaz poyo itu.

Friday, 28 August 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK



"Demikianlah perempuan,
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil,
dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
walaupun bagaimana besarnya."
- tenggelamnya kapal Van Der Wijck, Hamka

INI bukan ulasan buku. Dan persembahan bangsawan di Istana Budaya nanti tiadalah siapa yang hendak mengajak penulis menontonnya juga. Sedih kan.

Thursday, 27 August 2015

SMALL CARS BIG CARS & FOMEMA

"alahh kereta mainan saja"

TIADA yang menarik berlaku hujung minggu lepas. Cuma, penulis telah menghantar pembantu rumah (baca: bibik) yang baharu bekerja ke klinik untuk urusan pemeriksaan kesihatan tahunan Fomema.

Wednesday, 26 August 2015

KNM - KENA NAIK MOTOR



KELMARIN rakan sekerja penulis pun sudah mendapat motor Y15ZR baharu beliau.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 25 August 2015

PINGGAN TAK RETAK

kopitiam, Todays Market, Masai

KATA orang tua tua berumur, tidak elok minum atau makan mengguna pinggan mangkuk atau cawan yang retak, nanti dapat anak sumbing. Betul kah?

Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasalam melarang minum (makruh) dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum."

Erti dari peribahasa melayu 'pinggan tak retak, nasi tak dingin,' pula adalah orang yang cermat dalam mengerjakan suatu pekerjaan. Atau boleh digunakan untuk anak dara yang terlalu cermat dan berhati-hati dalam memilih suami. Sebab itu ada pantunnya,

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak hendak,
haku pun tak hingin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Monday, 24 August 2015

BLOGGER INSPIRASI | JOE BANGLA

"Burung pulang petang," AEON Permas Jaya

MINGGU kelmarin masa dalam bas, penulis terjumpa satu blog yang penulis blog itu pernah tinggal di Amerika (2000) selama 10 tahun, akhirnya ditangkap (2010) ditahan dipusat tahanan Buffalo dan dihantar pulang ke tanahair. Sekarang beliau menanam kacang saja di kampungnya di Pahang (2015). Kisah terkini beliau sedang menguruskan projek rumah peranginan di Cherating. Itu semua ada dalam blog dan FB beliau:

Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive 
Kisah 2010 di pusat tahanan Buffalo: Kisah Seorang Banduan
Kisah semasa aku di US (2000-2010) : Dendam Perantau
Twitter: https://twitter.com/A_Changed_Man
Facebook: A Changed Man

Walaupun blogger (abangtam) itu telah lama menulis dalam blognya, hanya minggu lepas penulis baru mengetahui dan kagum dengan kegigihan dan kecekalan beliau mengharungi hidup diperantauan dan ditangkap polis (pihak imigresen). Blog yang berbentuk diari harian yang sungguh terperinci dan membacanya seperti kita berada ditempat beliau di New York dan juga didalam tahanan di Amerika.

joe bangla in NY
Kelmarin setelah diluluskan (baca: approved) di mukabuku, penulis sempat bertanya kepadanya tentang berkemungkinan kisah hidup beliau selama ini dibukukan saja. 'Tak.tak nak jadi popular.I can't handle fame', katanya. Penulis ada juga meminta untuk berjumpa tetapi beliau tiada memberi sebarang respon apa-apa setakat ini. Mungkin beliau sedang sibuk menyiram kacang atau sibuk dengan memorex dan forexnya.

Dan setakat hari ini, penulis masih belum dapat menamatkan pembacaan blog beliau kerana terlalu banyaknya entri-entri yang terkebelakang. Satu lagi yang penulis perhatikan, bila membaca blog beliau, mata penulis akan berpinau apabila melihat tetingkap warna putih yang lain disebabkan blog beliau ditulis dengan tulisan putih berlatarbelakangkan warna hitam. Penulis agak mesti penulis blog tersebut pernah belajar matapelajaran 'psychology'.

Dan rentetan dari kisah beliau ditahan di US, penulis telah sengaja menonton beberapa wayang (baca: youtube full movie) yang berkaitan tentang pati (baca: bangla, illegal immigrant) yang penulis jumpa dan layan seperti 'A better life', dan 'Frozen River', dan 'The Visitor'. Abangtam juga mengesyorkan 'Film the Untouchables Intouchables, film perancis, ITU sebijik mcm kisah masa aku jga org kaya (yahudi) yg cacat dulu tu. Film Sin Nombre, best gak.film Dari south america', katanya lagi dalam wajah buku.

Updated. 4/9/15. Jumaat. Penulis masih membaca blog beliau setiap hari. Sekarang ini penulis sudah tiba entri beliau bekerja di kedai cuci pakaian (laundry) selepas berhenti kerja di KFC. Entri beliau bekerja di Florida pula penuis belum berjumpa.

Updated. 14/9/15. Penulis masih membaca blog beliau. Dan baru terjumpa cerita beliau di Kosmo Ahad di SINI dan mirror. Satu lagi, penulis bila buka blog beliau, Keeping The Dream Alive, dan setiap kali baca entri terbaru akan kedengaran lagu Deep Purple, Soldier of Fortune. Kebetulan (persamaan?), penulis dulu pun pernah letak lagu (youtube) autoplay juga dalam blog yang lama. Sekarang pun penulis suka mendengarnya.

Sunday, 23 August 2015

BERITA DARI SEBERANG



KADANG-KADANG bila penulis membaca suratkhabar dari seberang tambak seperti membaca berita dari parti pembangkang sahaja.

Cerita lain. Kelmarin penulis sudah membawa setangkai pisang emas lemak manis (Musa acuminata Colla, Lady's Finger) ke tempat penulis memotong rumput ini. Rakan tugasan dari India memberitahu, di India pisang ini dipanggil pisang cina. Manakala di negara orang putih, bangsa cina selalunya dipanggil kuning (baca: yellow) kerana kulitnya yang berwarna kuning dan hatinya yang putih bersih. Kahh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday, 21 August 2015

6 CORNER | SENIBONG



MALAM kelmarin penulis sudah teringin hendak mamam makanan laut (baca: seafood) di Kampung Nelayan Senibong. Sudah lama penulis tidak datang ke sini. Biasanya penulis akan menjamu selera di restoran yang pertama, tetapi kali ini penulis mencuba di restoran di sebelah tengah pula yang ada menawarkan diskaun 6 peratus (GST).

Cerita lalat lain. Kelmarin penyelia Singh itu sudah memanggil penulis ke kamarnya. Dia tanya kerja penulis sebagai 'pemotong rumput' ditempatnya. Banyak lagi rumput-rumput yang harus dipotong, penulis kata. Dia kata kontrak penulis lagi dua bulan disitu, paling lama pun dia boleh panjangkan kontrak sebulan saja selepas itu. Penulis kata baiklah.

Thursday, 20 August 2015

TRAVELOG HAJI 2011



RAKAN penulis di tempat memotong rumput ini memberitahu ayahnda dan bonda beliau telahpun berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan haji malam kelmarin. Sekarang ini sudah KT11, katanya.

Dan tiba-tiba penulis ingin membuka semula blog lama penulis yang telah disendirikan (baca: private) yang ada kisah-kisah nostalgia pengembaraan dan pengalaman pertama kali mengerjakan haji pada tahun 2011. Penulis memohon maaf sekiranya ada isi-isi blog tersebut yang tak sesuai lagi dibaca dan bahasa tuturkata yang kurang sopan. Yang elok (datangnya dari Allah) jadikan tauladan, yang tidak elok (datangnya dari kejahilan diri sendiri) jadikanlah sempadan.

[+ FOTOLUMAYAN ]

KL KE MADINAH
HARI 0: 4/10/11, Cabaran Bermula di Kelana Jaya
HARI 1: 5/10/11, Madinah al Munawarrah: Day One
HARI 2: 6/10/11, Madinah al Munawarrah: Day Two
HARI 2: 6/10/11, Makam Baqi'
HARI 2: 6/10/11, al Ghaniy, Roda Begku patah
HARI 2: 7/10/11,6.47 am Live
HARI 3: 7/10/11, Madinah al Munawarrah: Day Three
HARI 3: 7/10/11, Kaki Lelaki Masai
HARI 4: 8/10/11, Madinah al Munawarrah: Day Four
HARI 4: 9/10/11, Masjid Quba'
HARI 5: 10/10/11, Hambo Buke Oghe Kelate, Mokcik
HARI 6: 10/10/11,Madinah al Munawarrah: Day Six
HARI 7: 11/10/11,Madinah al Munawarrah: Day Seven
HARI 8: 12/10/11,Ziarah Wida'

MADINAH KE MEKAH

HARI 9: 13/10/11, Makkah al Mukarramah: Day One
HARI 9: 13/10/11, Meet me Half Way
HARI 10: 14/10/11, Makkah al Mukarramah: Day Two
HARI 10: 15/10/11, Wukuf, No news from home
HARI 10: 15/10/11, Al Hajr Al Aswad
HARI 10: 15/10/11, Makkah al Mukarramah: Day Three

HARI 11: 16/10/11, Always minus 5 hours
HARI 11: 16/10/11, Ziarah Luar Mekah: Jabal Thur
HARI 11: 16/10/11, Ziarah Luar Mekah: Padang Arafah
HARI 12: 16/10/11, Makkah al Mukarammah: Day Four
HARI 13: 17/10/11, Makkah al Mukarammah: Day Five
HARI 13: 17/10/11, This is the Camera I use
HARI 13: 17/10/11, Mirikel di depan Kaabah
HARI 14: 18/10/11, Mati di Masjidil Haram
HARI 14: 18/10/11, Kaabah Live: 10.30am
HARI 14: 18/10/11, Pondok Janda Ria: Part I
HARI 14: 18/10/11, Pondok Janda Ria: Part II
HARI 14: 18/10/11, Pondok Janda Ria: Part III
HARI 15: 19/10/11, Tetiba Pak Aji tumboh jerawat batu di Mekah
HARI 15: 19/10/11, ماونتن ديو , DIA TIDAK TAHU YA ALLAH
HARI 16: 20/10/11, Scorchingly hot today
HARI 16: 20/10/11, 50mm Lens
HARI 17: 21/10/11, Umrah sunat 2
HARI 17: 21/10/11, Gaddafi killed
HARI 17: 21/10/11, Solat Jumaat kedua
HARI 18: 22/10/11, al Marwah
HARI 19: 23/10/11, Zam zam for drinking only
HARI 19: 23/10/11, Menangis di depan Kaabah
HARI 19: 23/10/11, Brothers in Islam
HARI 20: 24/10/11, Roti telor bawah
HARI 20: 24/10/11, Umrah Sunat no. 4

HARI 21: 25/10/11, Kaabah sunrise
HARI 21: 25/10/11, Nasi Arab Style
HARI 22: 26/10/11, Wali Allah
HARI 22: 26/10/11, Haku demam oke
HARI 23: 27/10/11, On Ibrahim al Khalil road
HARI 24: 28/10/11, wukuf in 9 days
HARI 24: 28/10/11, Tak nampak Kaabah!
HARI 24: 28/10/11, KT tu amende?
HARI 25: 29/10/11, Solat Jumaat 3
HARI 25: 29/10/11, Pakej 3 Muassasah 0
HARI 25: 29/10/11, Tak tahu solat apa
HARI 26: 30/10/11, Scooterku
HARI 26: 30/10/11, Ustaz pon hari hari mau update
HARI 26: 30/10/11, On Ibrahim al Khalil road 2
HARI 27: 31/10/11, wukuf in 6 days
HARI 28: 31/10/11, Orang Bangla pon leh gi Haji
HARI 28: 1/11/11, Kaabah this morning
HARI 29: 2/11/11, TV arab
HARI 29: 2/11/11, Najib pon gi Haji
HARI 29: 2/11/11, Pre-Arafah briefing

HARI 30: 3/11/11, On Ibrahim al Khalil road 3
HARI 30: 3/11/11, Fakir miskin
HARI 31: 4/11/11, Sejuknya Muzdalifah macam nak mampus, betul kah?
HARI 32: 5/11/11, Solat Jumaat terakhir di Makkah
HARI 33: 6/11/11, Berwukuf di padang Arafah
HARI 33: 6/11/11, 3 minit dah jadi 3 jam
HARI 34: 7/11/11, Mina: Day One
HARI 34: 7/11/11, Mina: Day Two
HARI 35: 8/11/11, Nafar awal yg kalut
HARI 36: 9/11/11, Back to Makkah al Mukarramah
HARI 37: 10/11/11, tuan Haji_me
HARI 38: 11/11/11, I ♥ TUAN HAJI_ME ( tarikh yg cantik kan )

HARI 39: somewhere in Jeddah, Arab Saudi
HARI 40: 13/11/11, Haram ke Jeddah

Alhamdulillah juga, selepas itu penulis diseru lagi menziarahi makam nabi dan kaabah (umrah) dua tahun kemudian.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday, 19 August 2015

PIANO EXAM | KECATUAN AIR



HARI INI (Selasa) penulis tidak bertugas memotong rumput. Setiap tahun, penulis dikerah untuk menghantar anak wedok (baca: anak perempuan) mengambil peperiksaan piano di bandar. Tahun ini, anak wedok sudah sampai tahap 5.

Slepas kembali dari mutiara hotel tempat anak wedok mengambil periksa tadi, sempat lagi penulis merempit ke seberang tambak semata-mata nak membeli suratkhabar ya.

Tuesday, 18 August 2015

BDKJHR



KELMARIN di majlis persandingan rakan anak lanang, penulis telah diberitahu ada pertandingan rally kereta di Plaza Angsana. Bila penulis tiba disitu, penulis kemudian mendapat tahu perlumbaan diadakan di kawasan Pulada Kota Tinggi pula. Di Plaza Angsana cuma tempat meletak dan menyelenggara kereta perlumbaan (baca: paddock) saja.

Walaupun penulis tidaklah berasa kuchiva, penulis pun memandu pulang apabila penulis teringat ada pertandingan papan selaju (baca: skateboard) di Hutan Bandar. Tetapi bila penulis tiba disitu, hari pun sudah lewat petang. Hanya beberapa kumpulan belia yang sedang membuat persembahan aktiviti mereka seperti berpidato, papan selaju dan hanya duduk bersembang antara mereka.

Monday, 17 August 2015

RAYA LUNCH



JAMUAN Hariraya Aidilfitri tahun 2015 telah diadakan semalam. Meriah juga.

English. The Hari Raya 2015 banquet was held yesterday. The food was delicious too.

Sunday, 16 August 2015

RAIKAN CINTA | EYRA & AMIN



KELMARIN anak lanang (baca: anak lelaki) penulis yang sulung itu memberitahu tentang majlis perkahwinan rakan universitinya. Kedua-dua pengantin juga belajar sama universiti. Beliau akan menjadi pengapit. Dan bapa mempelai perempuan pula pernah bekerja bersama-sama di tempat penulis memotong rumput yang lama juga.

Kepada pengantin, Eyra & Amin, pakcik mengucapkan selamat pengantin baharu semoga kekal ke anak cucu. Amin ya robbal alamin.

Saturday, 15 August 2015

CARINA | JAY



SUDAH lebih 3 bulan penulis bertugas memotong rumput dan duduk disebelah gadis jelita dari Filipina ini. Dan hari ini, sempena jamuan hariraya, beliau memakai baju kebaya yang dibelinya di Masjid India untuk pertama kalinya. Manakala disebelah beliau, Jay juga rakan dari Filipina yang suka berjenaka.

Translation. It's been 3 months after working in this office seating next to this beautiful and nice lady from the Philippines. Today, she is wearing for the first time a Kebaya which she bought it at Masjid India. Jay, who is a humor guy and seating next to her is also a Filipino.

Friday, 14 August 2015

THIS IS HOW THE DAY STARTED



PAGI-pagi lagi penulis sudah merempit ke tempat bertugas memotong rumput seperti biasa. Cuaca yang baik, harap-harap tidak hujan hingga kepetang. Kalau hujan pun ditengahari, air ditempayan dibuang jangan.

THIS IS HOW THE DAY ENDED



DAN setiap hari akan ada sahaja penyanyi jalanan memberi hiburan di stesen keretapi KLCC. Mungkin selepas ini penulis harus mencampakkan beberapa keping duit dalam bakul didepan penyanyi itu.

Thursday, 13 August 2015

IT COMPLETES THE FAMILY, FOR NOW



AKHIRNYA kereta pelbagai guna (baca: mpv) yang penulis tunggu-tunggu sudah tiba ditangan penulis kelmarin. Penulis telah membuat tempahan jauh nun di Kedah pada hari Jumaat kelmarin dan tiba ditempat penulis memotong rumput ini pada hari Isnin.

Wednesday, 12 August 2015

IPHONE 6 VS IPHONE 5C



SELEPAS menzalimi diri sendiri bekerja pagi petang memotong rumput, haruslah penulis menghadiahkan diri sendiri iphone cap aiYam yang terbaru kan. Selepas ini bolehlah penulis menyendiri (baca: selfie) tiap tiap hari selama 365 hari kan.

Rupa-rupanya hendak menyalin semula data dan maklumat dari iphone cap aiYam yang lama amatlah mencabar juga. Mula-mula pastikan itunes mempunyai versi yang terbaru. Begitu juga sistem operasi ios dalam iphone yang baharu juga mestilah versi yang baru juga. Saiz ios 8.4 melebihi 1.8 gigabyte tidak berbaloi dimuatturun dari restoran makanan segera McDonalds Ampang Jaya disebabkan penyelia akan meng'reset' wifi kedai burger itu setiap 1 jam.

Tuesday, 11 August 2015

KL CITY GRAND PRIX 2015

Jalan Ampang. The KL City Grand Prix held on 7-9 August 2015. The thriving modern metropolis of Kuala Lumpur is the venue for the inaugural Kuala Lumpur City Grand Prix, a street motor racing extravaganza that will showcase some of the world's most exciting GT and formula motor racing series.

KELMARIN penulis sudah berlarian ke KLCC semata-mata hendak menonton perlumbaan lumba kereta bandaraya yang sedang berlangsung untuk pertama kalinya. Ditengahari yang panas berdeting memeylah mencabar menyebabkan penulis hanya larat melayan seround (baca: satu pusingan) perlumbaan saja. Bunyi enjin yang keluar dari ekzos kereta yang berlumba memey boleh memecahkan gegendang telinga. Alone matcham biasa.

Nota lalat. Untuk laman sesawang rasmi sila jolok di KL GT Grand Prix 2015.

Monday, 10 August 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: ESPLANADE



KELMARIN penulis telah berlarian ke Esplanade, semata-mata hendak mengambil gambar di pameran Transformer yang ada patung besar Optimus Prime dan Bumble Bee. Alone matcham biasa.

Sunday, 9 August 2015

JAKEL TAMPOI



KELMARIN penulis telah pergi ke pusat pakaian Jakel sebelah Plaza Angsana itu. Penulis temankan kaum kerabat membeli jubah dan kain untuk dibuat baju kurung. Penulis juga tidaklah menzalimkan diri sendiri dengan membeli kain untuk dibuat baju melayu teluk belanga sebagai persiapan rombongan di bulan Oktober nanti.

Saturday, 8 August 2015

ENION GLYPHOSATE 41



DUA minggu yang lepas, penulis telah memanggil mamatbangla memotong rumput (upah: RM30) dan penulis pun meracun sendiri rumput (sebotol: RM27) di kebun sekangkang kera depan rumah hinggap yang itu. Kelmarin, penulis sekali lagi meracun kali kedua untuk menghabiskan baki cairan racun rumput didalam botol itu. Harap-harap selepas ini lambatlah lagi penulis hendak memanggil mamatbangla memotong rumput.

Friday, 7 August 2015

FOUND IC



KELMARIN masa dalam perjalanan di lebuhraya PLUS itu dan penulis berhenti membuang hajat di Hentian Rehat dan Rawat Machap dan terjumpa dompet yang tertinggal didalam tandas. Penulis ambil dompet itu dan penulis periksa didalamnya ada kad pengenalan budak berumur 13 tahun yang penulis rasa baru saja menerima kad pengenalan pertama. Didalamnya juga ada beberapa keping duit raya. Penulis pos lajukan dompet dan semua kandungan didalamnya ke alamat yang tertera didalam kad pengenalan beliau pada keesokan harinya. Kos prabayar pos laju ialah RM6.35 termasuk GST.

Tengahari tadi selepas penulis menjamu selera cendol dan mee rojak dibawah pepohon ditepian tasik Ampang Hilir, penulis telah terima panggilan rindu (baca: missed call) dari nombor yang tak dikenali dan bila penulis bertanya secara pesanan ringkas (baca: sms), pemanggil itu membalas:

saya sekeluarga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kerana telah
menjumpai ic anak saya yg tercicir,
alahamdulah semoga dirhmati allah.

Penulis pun bercukur juga kerana dompet dan kad pengenalan tersebut dapat dikembalikan kepada yang empunya dengan selamat. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday, 6 August 2015

A BOOK REVIEW | SEKSI OVARI

Seksi Ovari, Vagina Monologues & Single Professional Man. on the table.

Amaran lalat. Ini entri 18SX. Entri U boleh petik di RUMAH.

BULAN lepas rakan FB penulis, penulis buku wanita (baca: female book author) itu telah memberitahu satu buku puisi Indie yang mengandungi kata-kata lucah didalamnya. Buku bertajuk Seksi Ovari ditulis oleh Fazleena Hishamuddin, dan diterbitkan oleh Selut Press. Jadi, penulis teruja dan telah pun memesan buku tersebut diatas talian dan habis membacanya tidak sampai 2 jam, iaitu 1 jam ketika menunggu bas di TBS dan 1 jam lagi di dalam perut cik Jnulekasnova ketika menunggu isteri penulis (yang itu) menshopping di Tesco Kulaijaya.

Penulis buku wanita (rakan penulis) itu amatlah berasa marah, bengang dan jijik dengan kandungan buku puisi tersebut walaupun ditulis oleh penulis wanita juga. Tetapi bila penulis periksa, penulis jumpa hanya satu puisi saja yang agak lucah:

PANDANG

Wednesday, 5 August 2015

DUKE VS DUKE

Datuk Ustaz Kazem Elias and me.

KELMARIN petang penulis sudah berlarian ke Kampung Manjoi sebelah Tanjung Rambutan sebelah Lembah Kinta untuk mengikuti majlis ilmu oleh Datuk Ustaz Kazem Elias yang kontroversi itu. Ustaz DUKE sekarang ini sudah merajuk tidak lagi kelihatan di kaca televisyen.

Dari lebuhraya Duke (Duta Ulu Klang Expressway), penulis tiba di pusat pendidikan al Barakah lebih kurang tiga jam setengah kemudian. Ketika itu, pakguard yang bertugas memberitahu bahawa ustaz sedang didalam konti rtm Ipoh memberi tazkirah setiap Isnin selama 15 minit. Walaupun begitu, pakguard tidaklah sedar bahawa ustaz DUKE ada mempamerkan di laman sosialnya memberitahu bahawa ceramahnya akan diadakan selepas waktu magrib di dewan al Ghazali di situ dan orangramai dijemput hadir.

Dipendekkan cerita, kuliah pun bermula sebaik saja selepas solat magrib dengan ustaz Kazem sudah berada diatas pentas. Kuliah selama sejam lebih itu tidaklah membosankan sehinggalah tamat. Sebelum ustaz DUKE beredar, penulis sempat lagi bergambar bersama-sama ustaz untuk kenang-kenangan

Tuesday, 4 August 2015

CARTA ALIRAN SUAMI ISTERI MERAJUK

Off: Carta aliran suami merajuk
On: Carta aliran isteri merajuk

KELMARIN penulis berjumpa carta aliran bagaimana suami (lelaki) dan isteri (perempuan) merajuk. Walaupun carta ini berbentuk jenaka, tetapi hakikat yang sebenar itulah kenyataannya. Melayan kerenah lelaki tidaklah serumit melayan dan memujuk perempuan yang sedang merajuk kan makk, kannns. Wallahualam.

Nota lalat. Sila gerakkan inul tetikus diatas carta untuk melihat perbezaannya. Untuk pembaca yang tidak mengguna tetikus, spt mini ipad atau Samsung Tab, sila klik link ini untuk melihat carta kedua.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 3 August 2015

JOM CUBA NASIB

MELINTANG 3. Paling sempoi, paling kacak jelita. Kakak Macho (Scdha Sein). 7. Mestika hatinya bernama Firash (Hidayu Ayumie) 8. Bonda Izzat dan Kimie (Izzeyda) 9. Si penggemar mawar merah (Cik Mimie) 11. Dikhabarkan pernah kira kontena (Zarul Farhana) 12. Baru sahaja berpindah ke Batu Pahat. Dah dekat dengan suami (Ros_Reeza) KE BAWAH 1. Queen of Typo. Berasal dari Kelantan. Pernah menjadi DJ online (Cik Ash) 2. Ingat manis, ingatkan dia (Jari Manis) 4. Si Paling Comel yang suka Hello Kitty (Siti Yang Menaip) 5. Bola? Terus teringat pada cik adik ni (SalbiahM) 6. Nama famous tak sengajanya 'SUIDA' (Qaseh Abadi) 10. Ratu Kari (Deanna Morni)

SEMALAM penulis terbaca dalam blog cik Farrah MF itu ada menganjurkan peraduan silangkata Jom Cuba Nasib. Oleh kerana penulis sudah terlambat dan merasakan tiada peluang untuk memenangi hadiah iPhone 6, maka penulis terus meminta jawapan dari rakan blogger yang macho itu.

Penulis mendoakan semoga berjaya kepada semua yang mencuba peraduan cik Farrah ini. Semoga kita semua menjadi rakan siber yang baik baik belaka. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Sila goyangkan inul tetikus anda untuk melihat jawapan diatas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 2 August 2015

NEPHELIUM MUTABILE | NEPHELIUM LAPPACEUM



KELMARIN petang penulis sudah pulang ke kampung memetik buah pulasan (Nephelium Mutabile) dan buah rambutan (Nephelium Lappaceum) yang sedang lebat di kebun penulis sekangkang kera itu.

Saturday, 1 August 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MERLION

Merlion, Singapore.

KELMARIN pagi pagi lagi penulis sudah berlarian ke seberang tambak. Mula mula penulis hendak membeli suratkhabar saja, tetapi bila sudah tiba di atas pulau, penulis pun bercadang menaiki keretapi terus ke tugu Merlion yang masih memuntahkan air paip. Alone matcham biasa.

Cuaca panas terik berdeting tidak mematahkan semangat penulis untuk menangkap beberapa gambar tulus (baca: candid).