Saturday, 31 December 2016

SELEPAS 16 TAHUN TINGGAL BERJAUHAN, MALAM JUMAAT BUKANLAH MALAM YANG DINANTI-NANTIKAN



Salam pagi Sabtu ya kengkawan penulis semua lah. Hari ini sudah tiba ke penghujung tahun 2016.

Semalam hari Jumaat ya. Tiada yang menarik untuk diceritakan. Penulis ingin kuatkan semangat untuk mengemaskini blog penulis yang biasa-biasa ini.

Jumpa kengkawan ditahun hadapan ya. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday, 29 December 2016

ALL THE WEEKEND HUSBANDS OUTING

Selera Seafood Senibong (SSS), Permas, Johor Bahru.

Assalamualaikum kengkawan penulis semua-semua lah.

Semalam, syarikat memberitahu kontrak "memotong rumput" penulis ditempat yang baharu ini akan disambung tiga purnama lagi. Alhamdulillah, bercukur sahaja kan.

Malam tadi, bos telah bermurah hati membelanja penulis dan rakan rakan setugas yang lain ke tempat makan makanan laut Senibong Seafood yang popular itu. Penulis layan sahaja. Tujuan utama bermakan malam ini hanyalah untuk meraikan pekerja baharu dan menyatakan terimakasih kepada pekerja lama yang bakal meninggalkan jabatan untuk "memotong rumput" dipadang yang lebih menghijau. Kata orang kampung penulis, "looking for greener pastures."

Menu biasa: siakap goreng biasa, udang masak butter, ketam sambal telor bawah, sotong goreng tepong, lala, kupang sambal, sup sayur. Air limau ais dan sirap bandung.
Menu luarbiasa: teh tarik potong kaki.

Cerita nan lepas: 6 CORNER SENIBONG (21/8/15).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Wednesday, 21 December 2016

SENANGNYA KAHWIN LUAR NEGERI

Wedding reception, Imperial Hotel Kuching

Untuk baca entri terkini The Wedding Album Finally Arrived, sila zapin di SINI.

Assalamualaikum kengkawan. Ada lagi yang membaca blog biasa2 penulis yang ini kah?

Majlis akad nikah dan perkahwinan anak lanang penulis dengan pasangannya, telah dilangsungkan pada 10 Disember 2016 di Kuching Sarawak. Minggu lepas, 17 Disember 2016 pula, mereka diraikan sekali lagi di Sangkar Kristal JB. Alhamdulillah. [Nota lalat, harijadi penulis pada tanggal 5 Disember yang lepas, ehh?]

Setinggi penghargaan dan terima kasih daripada penulis kepada semua keluarga dan rakan yang telah membantu menjayakan dan memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua. Tidak lupa penulis sekeluarga memohon maaf seandainya terdapat sebarang kelemahan dan kecacatan - sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut.

Robbana atina fiddunya hasanat wa fil akhirati hasanat waqina azabannar. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Updated. Some bonus photos.

Saturday, 9 July 2016

SALAM SYAWAL

The only raya card this year from a postcard friend. Thank you cikgu Hazurai.

Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.

Sempena hariraya aidilfitri yang mulia ini, penulis ingin mengucapkan:

SELAMAT HARIRAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 22 May 2016

PENDAFTARAN ANAK KE KOLEJ MARA KUALA NERANG 2016



Ini entri lama. Alhamdulillah urusan pendaftaran anak lanang remaja kemasukan Kolej Mara Kuala Nerang 2016. Beliau akan berada di sini selama 6 10 bulan.

Link: 10 hours on the road.
Link: Hari terakhir di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 26 March 2016

KARNIVAL KERJAYA



Hari ini Sabtu, 26 Mac 2016.

Pagi pagi lagi penulis sudah berlarian ke Maeps, Serdang untuk menghadiri karnival Kerjaya. Kebanyakan yang hadir adalah lepasan universiti saja.

Tengahari penulis teruskan memandu Uber (10 trip, 5.08 hrs, RM&&) dan Grabcar (6 trip, ?hrs, RM!@%).

Seorang penumpang dari Tropical City Mall bernama Nurman Rummel yang mencuri perhatian penulis. Rupanya beliau seorang pemuda Melayu yang diberikan nama oleh bapanya seorang polis. Nama dari askar Jerman.

Penumpang terakhir dari Malgudi PJ ke Cyberjaya. Penulis ingatkan yang terakhir, tetapi ada mamat gagak dari tempat yang sama ingin ke 7 eleven Bandar Puchong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Surau at Petronas, Damansara S22

Thursday, 17 March 2016

10 HOURS ON THE ROAD



Dari Hotel Seri Bintang bertahi bintang itu, selepas solat Suboh, penulis terus berlarian ke utara iaitu ke Kolej Mara Kuala Nerang. Makan sarapan pagi di simpang tiga di restoran yang tidak boleh duduk makan di meja restoran sebelah sebab kepunyaan tuan kedai yang berlainan.

Selepas mengambil gambar ala kadar di depan pagar Kolej Mara, penulis pun berlarian pulang ke bandaraya juga.

Malam pula, penulis telah mengambil borang pengeluaran simpanan insuran dari ejen di Tesco Ampang setelah penulis membeli telefon pintar android Lenovo (RM@*)) dan menambah nilai talian prabayar Maxis hotlink sebanyak RM10. Esok penulis hendak mencuba menggunakan Grabcar pula. Petang tadi, Uber menghantar teks mengucapkan tahniah kerana penulis berjaya meraih pendapatan minggu lepas sebanyak RM(@$ untuk 45 jam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sunday, 6 March 2016

AEON CARD RENEWAL

My favorite's caesar salad.

TENGAHARI penulis telah berlarian ke Aeon Tebrau City untuk memperbaharui kad langganan selama 3 tahun (RM@$).

Kemudian penulis ke Giant Plentong tapi banyak kedai ditutup kerana ubahsuai.

Kemudian penulis ke Aeon Kulai pula dan makan di restoran Manhattan Fishmarket. Isteri penulis (yang itu) membeli kasut baru dan madu. Malangnya, ketika penulis ke kereta, botol madu itu terjatuh pula dan pecah. Dan serpihan kaca terkena pula tapak kaki penulis. Aduhai.

Malam pula selepas Isyak berjemaah, penulis melihat jenazah dimandikan, dikapankan dan disolatkan di masjid itu. Pengajaran dari imam, adalah lebih baik ahli keluarga dan waris yang menguruskan semuanya, kalau tidak barulah pihak masjid yang melakukannya sebab fardu kifayah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 5 March 2016

AFTER DAWN



PAGI tadi selepas pulang berjalan kaki dari masjid, penulis terus berlarian bersama anak wedok untuk bersarapan di restoran makanan pantas (baca: fast food restaurant) itu. Pagi ini juga ada majlis mesyuarat PIBG dan penyampaian anugerah cemerlang untuk anak wedok dan anak lanang yang baru mendapat keputusan SPM kelmarin.

Petang pula isteri penulis (yang itu) telah membeli anak kucing, siap dengan segala keperluan termasuk sangkarnya. RM*%). Ini adalah pertama kali kami membela kucing.

Blog bukanlah hakmilik kekal.










Friday, 22 January 2016

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY: THE WINNERS



ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca blog penulis yang biasa-biasa ini. Hari ini penulis akan umumkan pemenang untuk segmen Tiga Lalat Calendar Giveaway kelmarin. Seperti yang penulis war-warkan ada 2 kategori dan ada 2 pemenang untuk setiap kategori, secara rawak dan entri paling menarik.

Tanpa membuang masa, maka terimalah...

Untuk kategori paling menarik dan kreatif, penulis sebenarnya mencari blogger yang ada menyebut blog penulis yang satu lagi iaitu blog "A Postcard I Want". Daripada 53 peserta, hanya seorang sahaja yang menyebut blog poskad penulis itu, iaitu cik Yana Libra. Katanya, "Pemilik blog ni seorang yang sempoi dan kreatif. Juga suka swap poskad dengan orang luar negara. Ramai tu pen pal wak. Bukan sembarangan orang pemilik blog ni." Olehkerana itu, seorang lagi pemenang entri paling menarik dan kreatif akan penulis masukkan dalam cabutan rawak menjadikannya 3 pemenang.

Untuk cabutan rawak, selepas mengemaskini nama-nama peserta (senarai penuh ada dibawah), berikut adalah peserta yang berjaya terpilih mengikut random.org.


9. http://wanitagaramdangula.blogspot.my/2016/01/tiga-lalat-calendar-giveaway.html - Malinda
37. http://farah-atiqah98.blogspot.my/2016/01/tiga-lalat-calendar-giveaway.html - FarahAtiqah
52. http://aniesandyou.blogspot.my/2016/01/tiga-lalat-calendar-giveaway.html - dear anies

Tahniah untuk semua pemenang kalendar penulis dan diharapkan dapat memberikan nama dan alamat untuk tujuan pengiriman hadiah. Sekiranya tiada maklumbalas dari pemenang sehingga hari Jumaat (22/1/16) tengahari ini, penulis berhak untuk memilih pemenang yang baharu. Untuk yang tidak berjaya, penulis juga mengucapkan ribuan terimakasih kerana sudi menyertai segmen ini dan semoga kita berjumpa lagi di segmen yang akan datang.

UPDATED: 26.1.16. Kesemua hadiah telah di pos ekspreskan kepada pemenang. Harap maklum.

PUNCA SEBENAR KENAPA DATO SERI MUKHRIZ DIPECAT DAN SEBAB UTAMA LORI HANTU MELANGGAR PELAJAR SEKOLAH KINI TERJAWAB



KELMARIN negara digemparkan lagi dengan isu politik semasa bahawa Menteri Besar Kedah telah dipecat. Penulis bukanlah blogger politik, jadi bila penulis menggugel, sehingga kini penulis pun tidak dapat memahami punca sebenar Dato Seri Mukhriz bin Tun Mahathir dipecat oleh pucuk pimpinan parti.

Tapi sudah ramai tahu mengapa lori hantu terbabas dan menghentam 18 kenderaan dan membunuh dua orang pelajar sekolah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

kenapa mukhriz dipecat kenapa mukriz dipecat kesian mukhriz apakah punca dato' mukhriz di pecat citer pasal dato mukhriz dato mukhriz dipecat

Thursday, 21 January 2016

BLOG AKU PERGI WOODLANDS SINGAPORE PHILATELIC MUSEUM PERANAKAN

"No Showing," Woodlands Old town.

KELMARIN penulis telah berlarian ke seberang tambak semata-mata hendak menyertai perjumpaan penggemar hobi mengumpul poskad. Perjumpaan yang biasa dan selamba sahaja.

Link: the 5th Singapore Postcrossing Meetup

Program itinerari:
2.00 petang - masuk muzium, susun kerusi meja, tandatangan (bawa SGD5), pungut kad perjumpaan, potong dan lekat pelekat (bawa gunting)
2.30 petang - mula menandatangan poskad (bawa pen, klip besar/gelang getah besar bersama nama)
3.50 petang - gambar beramai
4.00 petang - bersurai!

Ini adalah perjumpaan pertama penulis dengan rakan-rakan penggemar poskad. Penulis agak terkilan dan rasa janggal pada mulanya kerana tidak disambut sebagai orangluar kerana mungkin mereka berfikiran terbuka dan menganggap penulis sebagai rakan-rakan senegara mereka juga. Juga penulis berpendapat perjumpaan yang hambar selain sibuk menandatangan beratus-ratus keping poskad, kami juga tidak diperkenalkan diri masing-masing.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Arriving Fort Canning Road with heavy rain.

Singapore Philatelic Museum

Tuesday, 19 January 2016

CREAM-O TART



KELMARIN lapar tahap sederhana ketika bertugas memotong rumput, penulis pun berlarian ke kedai mudah dan senang tujuh sebelas (baca: 7-eleven) itu untuk membeli jajan dan air minuman jus oren. Bila penulis usai membeli biskut itu dan mula menjamahnya ketika sedang memotong rumput barulah penulis perasan bahawa biskut itu bukan jenama Oreo yang terkenal yang selalu penulis beli. Tapi rasa kedua-duanya (Oreo dan Creamo) itu pun lebih kurang sama manisnya potong kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY (CLOSED)

Tiga Lalat Calendar Giveaway (CLOSED)

*FORWARD. INI ENTRI MELEKAT. UNTUK ENTRI TERKINI SILA BERGULING-GULING KEBAWAH.*

UNTUK pertama kalinya dalam blog tiga lalat yang ini, penulis ingin membuat mini giveaway sebagai menghargai pembaca blog penulis yang biasa-biasa ini. Kali ini, penulis akan memberikan 4 kalendar 2016 yang direka sendiri oleh penulis dengan gambiran-gambiran yang pernah memenangi peraduan dan memasuki majalah fotografi.

Cara-cara:
1- Follow 2 blog penulis: blog "Tiga Lalat" dan blog "A Postcard I Want".
2- Buat satu entri bertajuk "TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY"
3- Tinggalkan pautan entri di ruangan komen di bawah.
4- Kopipes (baca: Copy and paste) banner di bawah ke dalam entri:



Terma & Syarat
1- Terbuka kepada blogger yang tinggal dan beralamat di Malaysia sahaja.
2- Merupakan follower dua blog "Tiga Lalat" ini dan "A Postcard I Want" itu.
3- Pemilihan pemenang 100% terletak ditangan penulis 3lalat tanpa prejudis, sebarang surat ugutan tidak akan dilayan.
4- Pemilihan 4 pemenang adalah berdasarkan 2 kategori: 2 secara rawak dan 2 entri yang paling menarik dan kreatif menurut firasat penulis. Jika tiada entri menarik, penulis berhak memilih secara rawak sahaja.
5- Kalau penulis dapat kesan sebarang tipu helah, muslihat dan penipuan, penyertaan akan terbatal serta merta.
6- Hadiah (kalendar) adalah seadanya dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditukar dengan diri penulis (kowser uools) atau apa-apa sahaja.
7- Hanya seorang blogger saja boleh memenangi satu hadiah kalendar walaupun dia ada banyak berjuta2 lemon blog yang lain.
8- Penulis berhak menukar cara-cara dan syarat mini giveaway ini.
8- Tarikh tutup penyertaan: Isnin malam Selasa | 18 Januari 2016 | 12.00 tengahmalam (jam penulis). TAMAT.

Counting Down To


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 17 January 2016

BLOG AKU PERGI MAKAN NASI BARIANI POWER BENTENG BATU PAHAT

Somewhere at Parit Yaani, Batu Pahat.

HARI minggu kelmarin penulis tiadalah rancangan hendak berjalan kemana-mana, selain bermain dengan anak lanang bocah cilik dan emak anak lanang bocah cilik juga. Tapi bila isteri penulis (yang itu) bercadang hendak keluar berjalan-jalan, maka penulis pun terpaksalah melayan dan memandu ke Melaka bandar bersejarah.

Dipertengahan jalan, tiba-tiba isteri penulis teringin hendak makan nasi bariani pula. Maka, penulis pun melencong keluar di Yong Peng Utara dan terus ke Benteng Batu Pahat. Bila sudah sampai disitu, penulis pun malaslah pula hendak meneruskan perjalanan ke Melaka dan berpatah balik ke gagang sahaja. Disitu juga, isteri penulis teringin pula hendak mencari putu Bambu Juriah yang popular di Ayer Hitam. Walaupun pada mulanya agak sukar mencari warung menjual putu bambu Juriah, tetapi bila tiba di simpang Ayer Hitam menghala Kluang, ternampaklah bunting putu Bambu itu.

Thursday, 14 January 2016

KETAM TELUR ASIN NEW PAK YA CORNER GALAXY AMPANG



KELMARIN selepas memotong rumput penulis pun berlarian ke Taman Dagang kerana terasa hendak meratah ketam. Penulis pesan ketam telur asin di restoran New Pak Ya Corner Chinese Muslim Foods saja sudah.

Nota lalat penulis. Sebenarnya penulis baru saja terima kalendar rekaan penulis sendiri. Dan penulis juga berasa ingin membuat mini giveaway kecil-kecilan. Sila tunggu entri selanjutnya.

Nota rujukan lalat. Jika ada sesiapa mencari resepi ketam goreng masak cili telur asin, silalah berklik ke SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Wednesday, 13 January 2016

WORDLESS WEDNESDAY: FLYING HIGH

"A good magician never reveals his secrets"

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 12 January 2016

HOTEL DAN PEJABAT POS TIDAK LAGI MENJUAL POSKAD

Menara Aqabah, Pasir Gudang.

SELEPAS penulis pusing keliling muzium-muzium di bandaraya Johor Bahru namun tidak berjumpalah juga poskad negeri Johor yang dicari-cari, maka esoknya penulis mula berlarian ke hotel-hotel terkenal disekitar bandaraya itu juga.

Mula-mula penulis ke Hotel Rennaisance Permas Jaya, kedai mudah dan senang (baca: convenience store) disitu hanya menjual poskad Kuala Lumpur saja. Di kedai mudah senang Hotel Selesa Pasir Gudang juga tiada menjual poskad. Keesokannya, penulis ke Hotel Thistle dan Tune Hotel tapi tiadalah juga poskad dijual selain cenderahati lain.

Akhirnya, penulis ke Pejabat Pos Besar Johor Bahru, dengan orang ramai yang ramai berurusan kerana hari Ahad adalah hari bekerja, namun bila ditanya, kaunter pejabat pos tidaklah menjual poskad juga.

Setelah dua hari dua malam penulis berlarian ke muzium, hotel dan pejabat pos, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa poskad negeri Johor sudah pupus buat masa ini. Dan penulis pun ceritakan pengalaman penulis tersebut kepada isteri penulis (yang itu). Tapi ada mak kisah?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 11 January 2016

YELLOW LORRY AND TOP COMMENTATOR GIFTS FROM ANAMIZU



KELMARIN penulis telah menerima cenderahati berupa baucer diskaun Domino's Pizza dari blogger Anamizu kerana menjadi Pengkomen Tegar, katanya. Terimakasihlah cik Anamizu kerana bersusah payah bertanya alamat penulis dan mengirimkannya. Tanpa kawan-kawan yang baik-baik gitu, siapalah penulis yang ini kan. Tapi bila penulis periksa didalam blognya, komen penulis hanya 5 ketul sahaja.

Cerita lalat lain. Gambiran lori kuning diatas penulis ternampak dalam kotak plastik barang mainan anak lanang bocah cilik. Bila penulis pegang dan angkat masih kelihatan elok, tidak seperti mainannya yang lain-lain.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 10 January 2016

MUZIUM CINA GALERI SENI MUZIUM TOKOH BATERI CAFE TAPI POSKAD TIADA JUGA

The Red House at Jalan Pahang and Jalan Tan Hiok Nee

PAGI-pagi kelmarin penulis telah berlarian ke beberapa muzium di bandaraya Johor Bahru itu. Tujuan utama mencari poskad tentang negeri Johor. (Total photo frames: 25)

Mula-mula penulis masuk ke Muzium Warisan Tiong-hua Johor Bahru yang penuh dengan informasi tentang kaum pendatang Cina dari dahulu hingga sekarang. Muzium warisan ini terletak di Jalan Ibrahim.

Kemudian penulis hendak ke muzium sultan abu bakar, tapi diberitahu muzium masih ditutup untuk renovasi yang tidak siap setelah lebih 3 tahun. Dari muzium warisan tionghua, penulis ke masjid sultan abu bakar pula kerana terdapat ramai pelancong. Yang ada cuma, 2 orang pakcik yang sedang menjual sejadah dan cenderahati kecuali poskad. Pakcik yang seorang itu memberitahu mungkin penulis boleh mencari poskad di Jalan Trus dan Jalan Dobi, yang mana penulis pun terus bergegas kesana. Tetapi penulis sempat singgah dan masuk ke Zoo Johor mencari kedai cenderahati yang masih belum dibuka. Seperti yg dijangka, tiadalah kedai yang menjual cenderahati atau poskad di kedua-dua jalan tersebut (Jalan Trus dan Jalan Dhoby). Kiosk pelancong pun entah dimana.

Kemudian penulis ke galeri seni johor bahru. Disitu penulis diberitahu bahawa tiada bekalan poskad disitu dan mungkin boleh mencuba ke muzium tokoh pula.

Di muzium tokoh, memang terdapat poskad daerah johor, tetapi bukanlah poskad bergambar fotografi, cuma lakaran dan lukisan tangan sahaja. Tetapi abang yang menjaga kaunter disitu menunjukkan satu buku koleksi poskad2 yang penulis kehendaki, tetapi beliau tidak menjual, hanya untuk simpanan peribadi. Abang kaunter juga menyuruh penulis ke Bateri Cafe Jalan Tampoi untuk mencari cenderahati disana.

Bila penulis tiba di Bateri Cafe, banyak kedai2 belum dibuka kerana baru pukul 12 tengahari. Selepas melihat2 sekeliling cafe disitu, penulis simpulkan bahawa masih tiada poskad dijual.

Sebelum penulis pulang ke gagang, penulis pun menjamu selera makan tengahari di LC Catering. Penulis pesan nasi ayam penyet sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Johor Bahru Chinese Heritage Museum tells about the history of the Chinese community in Johor Bahru (former name is Iskandar Puteri).

The RM6 tickets and exhibitions. Johor Bahru. Chinese Heritage Museum tells about the history of the Chinese community in Johor Bahru (former name is Iskandar Puteri).

Friday, 8 January 2016

DRINKING ON HELI LOUNGE BAR

Cranberry chilled juice (RM25).  Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

PETANG kelmarin selepas bertugas memotong rumput, penulis telah berlarian ke Menara KH (bukan KH Tower) untuk menyaksikan matahari terbenam. Untuk keatas tempat pendaratan helikopter haruslah memesan minuman yang berharga dua poh lima hinggit sahaja. Pemandangan matahari terbenam yang cantik dan menarik, ditambah dengan penglihatan 360 darjah panorama Kuala Lumpur diwaktu senja termasuk menara Kuala Lumpur dan menara berkembar Petronas.

Penulis akui dan merasa kepuasan mengambil gambar disini lebih baik berbanding dengan keadaan di menara Kuala Lumpur (tiket RM35) yang terhalang oleh objek-objek tiang dan cermin sisinya. Mungkin nanti kalau ada rezeki penulis hendak mencuba pergi ke dek terbuka (baca: Open Deck, RM75 aduhai sakitnya tuh disini) di Menara KL pula.

Nota. Helipad Lounge Bar terletak di Menara KH, bukan KH Tower, walaupun kedua-dua bangunan terletak di Jalan Sultan Ismail. Pak guard India pun sudah lama tahu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Petronas Twin Towers view. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KL Tower sunset view. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

Thursday, 7 January 2016

IP MAN 3 : WING CHUN LEGEND AND BRUCE LEE FORMER TEACHER



MINGGU lepas isteri penulis (yang itu) telah berguling-guling mengajak penulis menonton wayang Dilwale yang dibintangi oleh Sharukh Khan dan Kajol. Walaupun penulis bukanlah peminat tegar filem Hindustan, tapi siapalah tidak sayang bini, tapi ada mak kann, kanns? Tapi belum sempat penulis kata setuju, beliau sudah membuat tempahan untuk pergi dengan rakan sekerja beliau yang masih anak dara belaka. Jadi penulis mengalah sahaja.

Dan kelmarin malam, penulis bersama anak lanang yang baru habis SPM itu pun bergadang menonton wayang Ip Man 3 ditengah malam. Cerita klasik yang biasa, hero lawan gengster ramai-ramai, sorang lawan sebelas orang, nasib baik ada pembantu hero juga. Dan pertarungan Ip Man dengan Mike Tyson selama 3 minit juga tidak kurang hebatnya.

Dan bila penulis membuat sedikit rujukan, penulis baru tahu bahawa Ip Man adalah orang sebenar dan pernah menjadi guru kepada lejen Bruce Lee. Dan penulis pun baru teringat ada aktor yang berlakon sebagai Bruce Lee juga. Secara peribadinya, penulis bagi 4 bintang saja lah dan amatlah berbaloi untuk peminat aksi kungfu yang mantap lagi menghiburkan.

Dan baru semalam, isteri penulis (yang itu) sudah merancang untuk menonton Dilwale sekali lagi katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday, 6 January 2016

WORDLESS WEDNESDAY: WAK PUN LEH BACA SURATKABAR CINA



Semoga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Kata 'wordless wednesday' tapi kalau tiada tulisan macamana pembaca hendak faham yang mengakibatkan salah faham pula? Penulis minta maaf naa sebab ramai sangka penulis boleh baca tulisan cina. Sebenarnya penulis pun buta huruf cina juga walaupun kesemua anak2 penulis bersekolah cina. Tetapi kalau tengok gambar pun sudah tahu kan Perdana Menteri dan isteri tersayang didepan makam nabi sedang mengerjakan umrah lettewww.

Pada pembaca yang masih tidak faham, sila baca berita Utusan kelmarin di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 4 January 2016

HARD TO READ GIGANTIC NOTICE BOARD



PENULIS pun tidak faham dizaman yang moden serba canggih dengan pelbagai laman sosial, kenapa notis sebegini penting harus didirikan kain rentang atau papan tanda yang besar di tepi jalan yang sibuk? Dengan tulisan yang kecil nampak berserabut dan didirikan disudut yang payah untuk dibaca dan difahami apa yang tertulis. Sehingga penulis terpaksa berhenti di tepian longkang, keluar dari cikbibah pepel dan berjalan kaki sedikit kehadapan, semata-mata untuk membacanya.

Disini penulis salin semula apa yang tertulis untuk rujukan akan datang.

"PEMBERITAHUAN
Adalah dimaklumkan sebagaimana diputuskan didalam majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mulai 1 Januari 2016, kawasan Bandar Seri Alam, Taman Rinting dan Masai akan dimasukan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Semua urusan yang berkaitan hendaklah berurusan terus di:
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor

Sekian harap maklum."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 3 January 2016

DARTH VADER STORMTROOPER AND A MINI BIKE



BULAN baru di tahun yang baharu penulis pun teruja juga hendak menukar kepala blog (baca: blog header) penulis yang biasa-biasa sahaja ini. Ditambah dengan pembelian mini basikal warna merah yang comel, maka terciptalah header diatas untuk sebulan mendatang. Dengan latarbelakang warna hijau diharapkan pembaca tidaklah jemu datang singgah dan komen-komen disini. Jangan ada yang muntah hijau sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 2 January 2016

MAKAN BUBUR DAPAT AXIA

Marrybrown restaurant, Today's Market.

KADANG-kadang penulis tidak tahu hendak makan apa bila tiba di restoran. Tapi kelmarin ketika berada di supermarket Today's penulis teringin lah juga makan bubur nasi ketika sihat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday, 1 January 2016

GENTING HIGHLANDS FAR FAR AWAY



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini sudah 1 haribulan Januari 2016. Cuaca yang cerah pagi ini sehinggakan pusat hiburan Genting boleh kelihatan jelas dari tempat penulis memotong rumput ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
House Fly