Sunday, 29 January 2017

6 TEMPAT MAKAN POPULAR DAN SEDAP DI ALOR SETAR KEDAH




Pagi Sabtu semalam penulis telah berlarian sebelum subuh jam 5 pagi terus ke Alor Setar, Kedah. Tujuan utama hanyalah untuk menziarah anak lanang yang sedang belajar di Kuala Nerang.

Tiba di Alor Setar dan periksa masuk hotel bajet murahan (Hijrah Hotel) pun sudah jam 4.30 petang. Dua belas jam perjalanan, dengan setiap RnR dipenuhi ramai orangramai seperti ulat taik, tapi tidak mengapa, janji selamat tiba. Alhamdulillah.

Petang pula, bila penulis keluar dan hendak mencari tempat makan, penulis google juga dan dapati ada beberapa tempat makan yang sedap dan popular. Tapi bila penulis cadangkan, isteri penulis (yang itu) bilang anak lanang bocah cilik hendak makan piza. Aiyah. Penulis pada mulanya tidak setuju sebab hendak juga merasa makanan tempatan sedap di sini. Penulis beritahu, anak makan mengikut apa yang emak bapanya makan. Tapi isteri penulis tetap juga hendak makan piza, sambil sebelah kaki menguis-nguis tanah. Gitu. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada makcik kan.

Usai makan di restoran piza itu, penulis pun bercadang hendak memanjat Menara Alor Setar, mercu ibu negeri jelapang padi itu. Tapi isteri penulis pula lebih rela duduk didalam kereta Myvi baharu. "Penatlah kanda, malaslah," katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



















4 comments:

  1. cantik betul gambar Wak...aduh kesian berbelah bagi antara anak dan isteri. Sabar jelah

    ReplyDelete
  2. alamak ! g jejauh makan pizza ?? alaaa

    ReplyDelete
  3. Pasrah je anak lanang bocah cilik penulis menjadi model terulung si ayah.

    hihihi...

    nice view kedah

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat