Saturday 21 January 2017

HOUSING LOAN INTEREST SUBSIDY

On Jalan Taman Molek, off Jalan Masai Lama, this noon.

Pagi semalam, isteri penulis (yang itu) telah menghantar teks pesanan ringkas. Tentang arahan untuk permohonan mendapatkan subsidi atas bunga bagi pinjaman perumahan (baca, housing loan interest subsidy) dari pihak syarikatnya. Setiap awal tahun, selama lebih 10 tahun sebelum ini, penulis akan uruskan permohonan di ranting bank Jalan Sultan Ismail KL. Tetapi kali ini penulis terpaksa lakukan di ranting bank Taman Molek pula. Dokumen2 yang diperlukan oleh pihak syarikat ialah penyata akaun pinjaman dan pembayaran balik pinjaman secara terperinci.

"Kanda kena pohon secepat mungkin ya! Segera! Jgn terhegeh2," perintah permaisuri itu. Bila penulis teliti tarikh tutup adalah pada 28 Febuari, maksudnya ada sebulan lebih lagi. Aduhai, siapalah tidak sayang bini. Tapi ada makcik kan. Kannns?

Nota lalat. Mungkin ada yang keliru. "Housing Loan Intereset Subsidy" ialah skim subsidi BR1M yang diperuntukkan oleh syarikat tempat isteri bekerja untuk mengurangkan kadar bunga yang penulis bayar setiap bulan kepada pihak bank. Jadi, penulis kena pohon penyata akaun tahun lepas (2016) sebagai lampiran untuk permohonan kepada syarikat tersebut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

13 comments:

  1. oh housing loan interest pun ada subsidy? menarik ni. baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol, company tempat is3 keje yg bagi benefit., alaa, mcm najib bg BR1M tiap2 tahun gituuu., so, every year dpt la balik riban2 gak lahh., alalaaa., ;p

      Delete
    2. wah terbaik ni. ingatkan semua boleh dapat. tengok company rupanya. melepas la jawabnya hoho

      Delete
    3. xper, aderlar rejeki kat company lain tuuuh jugak., hehe2

      Delete
  2. Ikutlah ckp permaisuri wak tu bnyk sgt faedahnya

    ReplyDelete
  3. Bertuahnya isteri penulis. Alhamdulillah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuah ayam nampak dikaki., tuah suami saper yg tahuu., huhu2

      Delete
  4. o0o bgs nye syarikat dia ...

    ReplyDelete
  5. betul tuu kata isteri penulis.. harus mendengar saranan beliau :D

    ReplyDelete
  6. Nice post!! Would love to read more blog post like this. You can also check more about this topic here - Housing Loan Interest

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat