Thursday, 26 January 2017

KEMBANG TELO ADA AWEK MUDA JELITA DAN BAIK HATI CAKAP WAK AWET MUDA 37 TAHUN



Untuk membaca entri terdahulu, sila terajang di Melayan Kerenah Birokrasi Kerajaan Negeri Part I dan Part II.

Selesai urusan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) bahagian perumahan Nusajaya, maka penulis kena berlarian ke pejabat Tanah dan Galian (PTG) Bangunan Dato' Mohamad Saleh Perang, Kota Iskandar pula. Walaupun jabatan kerajaan, namun bangunan bersebelahan dan urusan masing-masing. Maka berurusan selama sebulan lagi, bukankah tidak boleh dilakukan serentak? OTL.

Kelmarin, bila penulis serahkan dokumen di kaunter 14 untuk urusan pindah milik, masih ada saja dokumen yang tidak lengkap. "Kenapa borang ni pembeli tak sain lagi wak? SPA harta lain yakni rumah wak yg sekunk kena bagi sekali," kata ahkak K (bukan nama sebenar) di kaunter itu. "Kemudian, kami nak wak bawak 3 benda ni," sambil ahkak K berikan salinan dokumen lain yang diperlukan.

1. Surat dari perumahan rumah flat yang hendak dijual.
2. Resit cukai tanah terkini 2017 bagi rumah flat yang hendak dijual.
3. Resit cukai tanah 2016 untuk keseluruhan blok rumah flat yang hendak dijual.

Tengahari tadi, penulis berlarian lagi ke pejabat Tanah dan Galian Nusajaya itu bersama-sama pembeli dan dokumen-dokumen yang dikehendaki.

Dipendekkan cerita, kesemua dokumen yang diperlukan sudah penulis serahkan di kaunter 14 yang sama. "Wak kol nombor ni cakap dengan puan Suzi yang LAWA ni selepas sebulan untuk ambil surat kelulusan ya," kata ahkak K yang sama, sambil beliau melayan telefon bimbit Samsung yang dikepitkan dibahu. Kadang-kadang ahkak K juga menggunakan siku beliau untuk membelek dokumen-dokumen penulis diatas meja sambil sebelah tangan menaip seketul-seketul papan kekunci itu. "Wak bayar lima poh hinggit sudah," kata ahkak K dengan selambanya.

Sebelum meninggal dunia kaunter pejabat Tanah & Galian itu, sempatlah juga penulis mengambil dua biji telo limau mandarin yang sedap, LAWA dan manis itu (gambar diatas).

Nota lalat tajuk pula, penulis teringat lirik lagu Wali Band... Ada Gajah Di Balik Batu.

Tiap hari nanyain aku;
Sudah makan?
Sudah mandi?
Sudah tidur?
Sudah, sudah sudah sudah nanya melulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

24 comments:

  1. Replies
    1. hahar2., gurau2 jeer mkcik jgn amek ati naa

      Delete
  2. Baguslah Wak rajin.. berurusan sendiri
    Kakak serah pada runner senang cerita
    Malas nak melayan birokrasi memacam - tak kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene rajin mak, sbb runner tu nak sehibu hinggit kalo dia tolong buatkan., huhu2

      Delete
  3. wak mmg rajin uruskannya hingga jaya dgn selambe je heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ginila kakPah jadi kuli ikut je arahan orang., huhu2

      Delete
  4. sihat dan kuat lah wak lepas ni sebab asek dok berkejaran

    ReplyDelete
  5. eemm.. terasa lambat masa berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannns., tiba2 je umur dah jadi 37 tahun., alalaa

      Delete
  6. hahaha tajuk bikin suspen je ... telo ape kembang td .. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh2, sila abaikan je mkcik eima yee., ;p

      Delete
  7. Adeh,..agak ambil masa juga saya nak hadam tajuk entri wak ni 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahar2, tajuk entri hanyalah ilusi semata2 ye cik Farrah tuuu., ;p

      Delete
    2. Samalah ngan sy farrah... terpaksa baca entry ni 2,3 kali. Hahhahahaa

      Delete
  8. I feel you Wak, semua itu benar.

    Kalau ada duit terlebih biarlah runner aje yang buat.

    ReplyDelete
  9. Tetiba teringat lagu minang - kambanglah bungo.

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat