Monday, 2 January 2017

MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI



Semalam ditengahari yang panas tapi mendung seperti mahu turunnya hujan, pembeli rumah flat murah itu menelefon selepas penulis menghantar anak lanang bocah cilik penulis ke sekolah agamanya. Pembeli sudah pening dan panik sebab surat pembatalan pindah milik rumah tersebut masih belum dilepaskan oleh jabatan perumahan negeri di nusajaya. Sepatutnya surat tersebut sudah diterima 2 minggu lepas, tetapi sekarang sudah masuk 3 minggu masih lagi berada diawang-awangan. Pembeli sudahpun menelefon pejabat tersebut tetapi ahkak yang bertanggungjawab masih belum naik bercuti sejak cuti Krismas lagi. Dipendekkan cerita, penulis pun berlarian ke SUK Nusajaya dan masuk ke pejabat dengan tenang. Bila sudah tiba didalam bilik gelas itu, abang pegawai (baju batik dan beruban) pun tidak tahu menahu tentang surat itu dan memberitahu ahkak yang bertanggungjawab baru saja naik dari bercuti. Jadi, penulis pun tunggulah disitu kehulu kehilir menanti ahkak yang menghilang entah kemana. "Mungkin sedang lena tidur disurau agaknya," getus hati penulis yang bersangka baik-baik belaka. 23 minit kemudian, penulis datang kembali ke bilik gelas yang sama, masih tiada bayangan ahkak yang MIA itu, tetapi ada abang sorang lagi (baju batik dan agak muda) sedang melayan anak lanangnya yang masih kecil bermain komputer pejabat yang akhirnya menjumpai surat pembatalan hakmilik dan segera menyerahkannya kepada penulis. Penulis amatlah berasa gumbira. Walaupun begitu, urusan permohonan pindahmilik yang baharu belum lagi bermula. Dan nampaknya penulis akan sering kembali ke pejabat yang sama melayan kerenah orang-orang yang sama untuk 6 bulan mendatang. Aduhai.

Cerita lain lalat. Petang pula, penulis terpaksa menguruskan borang-borang dari 2 orang anak penulis yang baru memulakan sessi persekolahan itu. Dan penulis terpaksa ke kedai fotostat untuk menyalin kad pengenalan yang berkenan. Alhamdulillah, urusan penyalinan fotostat selesai juga. Sebelum pulang, penulis dan anak lanang bocah cilik singgah mengeteh di kedai mamak bersebelahan. Dan sempat juga penulis membeli cd lanun terbaharu bertajuk "Moana" dan "Doctor Strange" yang "gambarnya belum jelas lah wak," kata uncle penjual cd haramjadah itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7 comments:

  1. Hahaha itulah bezanya gomen dengan swastakan Wak? Ada jugak kejadian depa passing-passing kita macam bola

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wak..selamat tahun baru.lama menyepi, sibuk layan birokrasi rupanya..hehe.semoga dipermudahkan urusan ye

    ReplyDelete
  3. heh..heh..tksh wak membuat kak gelak dgn n3 selamba lucu...moga kita xgitu kalau berada di tempat mrk.

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2017
    Semoga segala urusan wak dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Itulah hakikat sebenar Wak..
    Wak nak batalkan consent to transfer ker?
    Sepatutnya 2 minggu jer boleh settle..

    Sabo jer Wak hadap karenah birokrasi ni..

    ReplyDelete
  6. owh sodeska.
    ini rupanya punca wak lama menyepi.

    birokrasi puncanya.

    hihihi...

    tetiba je ye wak..

    selamat tahun baru ye wak

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat