Monday, 9 January 2017

MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI: PART 2



Salam pagi Senin kengkawan semua-semua lah.

Untuk membaca entri Melayan Kerenah Birokrasi Jabatan Kerajaan Negeri Part 1 sila hentam di SINI.

9.06am, pagi Ahad yang hening, penulis telah berlarian ke Jalan Dhoby untuk mendapatkan chop Pesuruhjaya Sumpah. Sebelum ini penulis hanya mendapatkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di bandar Kulai berdekatan dengan rumah flat murah penulis itu. Tetapi uncle India selalu tidak menepati ikrar janji untuk buka pejabat pada jam 9 pagi tajam.

9.26am, dari Jalan Dhoby, penulis pun terus berlarian ke Pejabat Kerajaan Negeri SUK untuk menyerahkan dokumen-dokumen permohonan pindah milik. Dipendekkan cerita, setelah disemak oleh cik A (bukan nama sebenar), hanya bil cukai harta sahaja yang penulis tertinggal.

1.11pm, tengahari yang panas terik, penulis berlarian dan tiba di kaunter Majlis Perbandaran Kulai untuk membayar cukai harta terkini.

Dari bandar Kulai, penulis terus berlarian semula ke Pejabat Kerajaan Negeri SUK untuk menyerahkan kesemua dokumen. Sementara tunggu jam 2 petang, penulis ambil nombor giliran dan sempat makan tengahari di kafe disitu. Nasi goreng kampung sudah.

Kaunter dibuka jam 2 petang, tidak lama kemudian tiba giliran penulis. Walaupun ramai orang menunggu, nombor giliran penulis cepat saja dipanggil oleh kerani yang sama, cik A (bukan nama sebenar). Tetapi cik A telah menekan laju dan penulis terpaksa menunggu sementara cik A melayan pelanggan sebelum penulis. Pada mulanya penulis bersabar sahaja, tetapi cik B yang duduk bersebelahan menekan nombor selepas nombor giliran penulis, penulis agak terkilan juga. Urusan cik A dengan pelanggan itu agak lama dan selepas urusan pelanggan cik B selesai, penulis pun bertanya kepada cik B untuk uruskan permohonan urusan. Nasib baiklah cik B faham dan melayan penulis seperti biasa. Tapi ingatkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Dokumen penulis yang dibawa walaupun sudah lengkap masih tidak boleh diterima kerana permohonan pembatalan tempohari masih belum di kemaskini dalam sistem atas talian (online system) jabatan. Kannina. Penulis mulalah berasa hangat dan hairan kenapa tidak diberitahu bila penulis datang pagi-pagi tadi. Aiyah. Cik A (bukan nama sebenar) memohon maaf kerana kesilapan itu. Dan cik B kemudian masuk ke dalam bilik pejabat sambil membawa surat permohonan yang sudahpun disahkan kelmarin. 5 minit kemudian cik B keluar dan memberitahu, "orang yang incharge cuti lah wak, mukin dah kene langgar lori pagi tadi, mukin esok dia akan naik, dan kita akan tefon wak." Penulis agak berang ketika itu dan perli mengatakan tidak pernah seorang pun dari jabatan itu yang akan telefon! "Saya sendiri akan tefon wak, masih guna nombor yang sama kan?" kata cik B lagi. "Iyalah tuuui," getus hati penulis.

2.33pm, penulis pulang dengan rasa kuchiva.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

10 comments:

  1. memang berang klau bagitu, ingat kitan nak hadap sangat dengan muka dia hari-hari kan Wak. Sebab pernah ada pengalaman begitu...

    ReplyDelete
  2. huhuh.. rasa marah gak la bila jd gitu..

    ReplyDelete
  3. Asyik berlarilarian kuciwa juga sudahnya ya wak..sian sabar esok msh ada

    ReplyDelete
  4. huhuhu sbr la wak ye... gitu lah kadang2

    kita yg keje pejabat gomen pun kadang gitu jgk

    ReplyDelete
  5. surat permohonan bukanlah hakmilik kekal..

    ReplyDelete
  6. Jalan dhoby tu saya tau. it's in jb. betulkan? birokrasi yg tuan cerita ni semua orang arif tentangnya. Bureaucracy is aparasitic and Stupid fumbling. Remove the man then bureaucracy is gone.

    ReplyDelete
  7. Huhuhu.. Sb tu mls berurusan dgn mereka. 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ladybird, bukan pasal malas. Kadang2 terpaksa berurusan dgn mereka.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Mesti wak makin kurus sebab kerap berlarian..

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat