Friday, 27 January 2017

NASI AYAM HIJAU PASIR GUDANG

My lunch with Green Chicken Rice, next to Petronas ILP Pasir Gudang, yesterday.

Salam pagi Jumaat kengkawan penulis semua-semua lah.

Semalam pagi penulis sudah memanggil (menelefon) jurujual kereta Perodua bertanya tentang bila kereta Myvi Advance 1.5 baharu yang isteri penulis (yang itu) tempah boleh diambil. Abam A (bukan nama sebenar) memberitahu, "kete isteri wak tinggal tunggu register JPJ je lagi, mungkin petang ni leh siap." Penulis memohon kalau boleh beliau tunggu sehingga jam 7 petang. Abam A kata tiada masalah.

Penulis tunggu lah juga kalau-kalau Abam A menelefon penulis sehingga jam 6 petang. Tetapi tiadalah panggilan juga. Dan isteri penulis (yang itu) pun sibuk dengan kerja dipejabatnya. Jadi bila Abam A panggil pada jam 6.33 petang semasa penulis dalam berlarian pulang ke gagang, penulis memberitahunya supaya penyerahan kereta dibuat esok pagi sahaja. Lagipun penulis tidak mahulah urusan dibuat terburu-buru. Beliau pun tidak kisah.

Cerita lalat lain. Hari ini (Jumaat 27 Jan 2017), penulis dan rakan-rakan sekerja bekerja memotong rumput seperti biasa ya. Walaupun syarikat padang (yard) tempat isteri penulis (yang itu) bercuti kerana esok raya cina, namun beliau masih juga gigih datang ke pejabat. "Harini dinda memey cuti ya, nak siapkan evaluasi KPI pekerja2 dinda kat pejabat nih," katanya yang menumpang cikputih penulis, "noon nantilah saja kita amek kete myvi dinda tu ya."

Nota lain lalat. Penulis sedang memikirkan nama poyo comel untuk kereta Myvi Advance 1.5 yang baharu itu. "CikMaiBee" macam cantik je macam comel je kan cik Shasha awek Legoland. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. pagi2 tengok nasik tu wak..lapar plakk..ekekeke

    ReplyDelete
  2. Jauh sangat kisah Nasi Ayam dengan Myvi ni..LOL

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi hijau beri tenaga utk wan berlarian sana sini harini

    ReplyDelete
  4. Call me, maybe. Eh dah macam tajuk lagu ni.

    ReplyDelete
  5. Hahhahaha... kelakau entry Wak tu

    Best tak Wak nasik kau hijau tu!?

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tengok masa perut tengah kenyang, kalau lapar harus wak kena poskan ke sini.. ekekeke..

    ReplyDelete
  7. menarik kaler nasi ayam (yang itu)..

    ReplyDelete
  8. hepi CNY, wak dan isteri dan isteri baru (CikMaiBee). Pjg sgt nama isteri baru tu.

    ReplyDelete
  9. Tgk gambar.. ngences nasik ayam tu Wak..
    - selamat bercuti Wak.. ksham kena berniaga jugak..

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat