Sunday 1 January 2017

PANTUN MINYAK PETROL NAIK

Petron Jalan Tasik

Salam pagi Ahad. Hari ini sudah tahun baharu. Selamat tahun baharu lah.

Semalam penulis sudah terlupa hendak mengisi minyak walaupun penulis diberitahu bahawa harga minyak akan naik 40 sen. Aiyah.

Hari ini terpaksalah penulis mengisi minyak juga. Nasib baik naik 20 sen walaupun harga minyak mentah seantero dunia semakin naik melebihi paras 50 US dollar setong. Dan bila penulis mengisi sebanyak 38 liter minyak ron95, selepas dikira2, penulis kerugian rm7.60 sahaja. Padan muka penulis.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Minyak RON97 naik dahulu,
Minyak RON95 naik kemudian.

Cerita lain lalat. Pagi-pagi tadi selepas menghantar anak wedok ke sekolah menengahnya, penulis bertanyalah dengan isteri (yang itu) samada beliau hendak membuat sarapan atau pun tidak. Kalau tidak, penulis hendak keluar bersarapan di kedai mamak sahaja. "Kanda keluar lah!" titah permaisuri itu yang masih terbongkang diperaduannya sambil menekan-nekan skrin Samsung S7 edge yang masih baharu dibelinya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tasik Curry House, alone matcham biasa.

13 comments:

  1. hehe... tahun baru menjelma, bantuan ehsan dah dapat, minyak pun naik...

    ReplyDelete
  2. tahun baru, minyak harga baru.. tu lah orang pesan semalam, suruh isi sesiap, boleh tahan sampai tahun depan.. :P

    ReplyDelete
  3. Roti canai lagi...seminggu sekali saja ya Wak...

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baharu 2017 Wak..
    & 'selamat' utk semuanya.. insya'Allah..

    ReplyDelete
  5. Hadiah tahun baru minyak naik Wak tapi rasanya ramai jugak yang naik minyak.

    Kasi chancelah Wak permaisuri bersenang-senangsempena cuti tahun baru

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Hurmmmm x tau nak kata apa Wak..
    Betul permaisuri hati Wak bersenang hati dengan Samsung S7 edge, hehehehe

    ReplyDelete
  8. okay lah tu wak ... minyak naik...

    hihihi

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat