Friday, 20 January 2017

THEN & NOW: VIVA ELITE & MESJID RIMBUN

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (5 Jan 2017).

Salam pagi Sabtu kengkawan penulis semua-semua lah macam biasa.

Untuk baca entri kejadian kemalangan 2 pekan yang lepas, sila jentik di SINI.

Semalam, abang ahKuang bengkel tempat baiki kereta cikbiba pepel yang kemalangan tempohari telefon penulis memberitahu kereta boleh diambil. Penulis bertanya kalau ada bayaran dikenakan sebelum mengambil kereta. Abang ahKuang beritahu, "wak, lu datang sini kasik sign dokumen saja."

Tengahari, bila sampai di bengkel, abang ahKuang tiada pula. Salah penulis juga kerana tidak menelefon terlebih dahulu. Bila telefon beliau sudah pulang makan tengahari dirumah. Adik beliau, ahHwee juga tiada. Jadi, penulis sudah cakap baik-baik minta tolong nak ambil kereta sekarang juga. "Gua mau pegi semayang maa," rayu penulis.

15 minit penulis tunggu dan bila abang ahKuang sampai, masuk ke pejabat dan tandatangan tiga helai surat pengambilan kereta dan juga surat penilai kerosakan (baca, adjuster). Itu sahaja, dan penulis pun boleh membawa pulang cikbibah pepel dengan selamat. "Lain-lain barang nanti gua uruskan," kata abang ahKuang.

Walaubagaimanapun, kalau ada pembaca ingin membuat rujukan proses claim insurans kereta boleh melawat di blog Ana-mizu yang manis jelita dan kreatip itu.

Cerita lalat lain. Petang tadi sempat lagi penulis berlarian ke perkarangan masjid yang baharu siap dibina ditaman itu. (Gambar bawah).

Cerita lain lalat. Jurujual Perodua Plentong sudah memberitahu isteri penulis bahawa kereta Myvi pesanannya telah tiba. Pinjaman bank juga sudah dapat kelulusan. Tetapi masalahnya - problem. Sebab kelmarin, penulis sudah memberitahu jurujual untuk menempah nombor 3 digit, tetapi kena tunggu lepas raya cina. Kalau hendak pakai kereta cepat, kenalah daftar nombor 4 digit. Aiyah. Untuk baca entri terdahulu pengalaman membeli kereta perodua myvi advance baharu, sila selak di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (8 March 2016).

5 comments:

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat