Wednesday 1 February 2017

PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE 1.5 BAHARU, PART TRAVEL

"Ahmoi pun tada cuti raya maa?" Ahmoi is fixing by gluing the fell off plat number. The damage is RM3. 
Hari ini, 1 Febuari 2017, hari Wilayah dan harga minyak petrol naik 20 sen. Biarkan. Biarkan.

Untuk baca entri sebelum ini tentang pengalaman membeli kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu, sila ketik di SINI. Dan cerita nak beli kereta pun perlukan surat masuk Islam, sila terajang di SANA.

Untuk baca pengembaraan cikMaibee Dimana Mencari Poskad di Alor Setar, sila golek di SINI. Dan entri Corcodyliphobia, sila gigit di SANA.

Pengalaman penulis yang ringkas ketika memandu kereta cikMaiBee baharu dibeli beberapa hari yang lepas. Pemanduan sejauh 800km lebih, pergi dan balik.

1. Tangki minyak petrol yang kecil, isi ron95 sebanyak rm50 pun sudah penuh dan dapat berlarian sejauh rm400.
2. Steering yang ringan, tapi bukan power steering. "Power pakai elektrik, takde minyak steering lagi wak," kata jurujual di Perodua Plentong tempohari.
3. Tidak kedap udara, bunyi yang bising. Tidak dengar percakapan orang yang duduk dibelakang.
4. Kamera undur belakang yang ohsem siap dengan penanda hijau kuning dan merah ketika memarkir kereta.
5. Tempat letak cawan air yang banyak, dipintu kiri pemandu, dipintu kiri penumpang, ditengah-tengah depan dan belakang.

6. Panduan GPS Perodua yang tidak berapa dahsyat. Tetapi ada amaran kalau melebihi halaju. Boleh digunakan untuk mencari arah destinasi walaupun kereta sedang bergerak laju.
7. Ada pemain DVD yang hampeh. Hanya boleh bermain DVD ketika kereta berhenti dan ditarik brek tangan. Lebih baik tiada.
8. Nombor plat pendaftaran kereta dihadapan tertanggal satu digit, entah jatuh dimana. Dijamin tidak kena saman ekor.
9. Penyaman udara yang tidak berapa nak sejuk di tengahari yang panas terik.
10. Ketika GPS digunakan, tidak ada penanda waktu di skrin utama atau di dashboard pemandu. Terpaksa tekan butang rumah atau radio untuk lihat jam pukul berapa.

11. Ada penunjuk baki jarak untuk mengisi minyak. Tetapi kadang-kadang penulis tidak perasan dan pernah terpaksa keluar dari lebuhraya berdekatan persimpangan Labu mencari stesen minyak Petronas.
12. Sarung kulit leather steering juga tidak selesa tangan penulis memegangnya. Mungkin sebab masih baharu. Gatal-gatal telapak tangan penulis kalau mendapat durian runtuh tidak mengapa juga.
13. Brek cikMaiBee yang tidak berapa dahsyat. Bile tekan pedal brek, cengkaman brek seperti tidak berapa mencengkam.

Malam tadi, penulis sudah singgah di kedai alat-alat tambahan untuk menambah angka "1" yang tertanggal di plat cikMaiBee itu. (Gambar atas.)

Hujung minggu ini pula akan menghantar ciMaiBee untuk diservis bodinya, luar dan dalaman. Odometer pun sudah mencecah 2000 km.

Secara keseluruhan, penulis amatlah berpuas hati dengan mutu keunggulan kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu ini. Walaupun kecil, tapi comel, dan stabil dijalanraya. Yang penting, kereta Myvi baharu ini tiada masalah teknikal ketika penulis melenjan dengan memandunya jauh ke utara naa. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



20 comments:

  1. keseluruhannya berpuas hati tak dengan Cik MaiBee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kete baharu kecik chomey molek., memey puas ati naa., xleh nk komplen nk byk2 ye., wiper bila swipe kat cermin pun jadi cantik., hikhik2

      Delete
  2. memang canggih sampai waktu DVD diperlukan tak dapat main,kena pasang wire bypass,https://carousell.com/p/86819866?r=fbgrps

    ReplyDelete
    Replies
    1. canggih pon tagune kalo tak bole digunakan., uncle tom kann

      Delete
    2. untuk security katanya...

      kih kih khi...

      screen dvd tu utk penumpang belakang ke atau kat dashboard depan wak?

      Delete
    3. bukan security, tapi safety.. walopon dua2 disebut 'keselamatan' jugak., masa memandu xleh tenok skrin video ke., huhu2

      Delete
  3. Ada amaran had laju buat ai tension memandu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus gak ade speed limit warning ni mkcik wehh,. sekurang2nya xlah byk kene byr saman nnti., hikhik2

      Delete
  4. Budak2 baru keje sesuai pakai keta ni Wak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape cakap mkcik petani wehh., makcik yang keje lama nak pencen pon sesuai gak pakai kete kecik chomey lote nih., senang nak parking katanye., hehe2

      Delete
  5. WAAAA..kereta baru..

    kiranya ada y bagus..ada y kurang bagus..
    tp xpelah..asal blh bawa kemana-mana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, komplen byk2 pon x gune gak., pakai je la seadanye., nak puas ati beli yang paling mahal., kanns mkcik lya kann

      Delete
  6. zaman study, selalu sewa keta jenis myvi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa, study katne tuuuh ciknour youngest billionaire tuuh., hehe2

      Delete
  7. cik mai bee kita bukan jenis advance,tapi GPS bagai. tapi boleh la Wak nak buat ulang-alik balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole je pakai gps dlm smartfon canggih kann., hehe2

      Delete
  8. kete baru semuanya rs best kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade gak org baru beli kete mcm2 masalah .. sian kann., huhu2

      Delete
  9. cayalah wak...

    bagi review...

    orang malaysia ni jarang nak bagi genuine review.
    so kalau nak google review apa2 produk agak susah..

    hihihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapelar nk baca review merapu wak ni je kannn., huhu2

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat