Saturday 18 March 2017

BASIC SALARY OF DRAFTER IN SIMPAC MARINE PASIR GUDANG JOHOR MALAYSIA



Untuk baca entri pasal keponakan penulis yang meminjam wang yang banyak songeh tempohari, sila kelepek kelepek di SINI.

Dua minggu lepas, selepas penulis memberi pinjam berjuta juta lemon kepada keponakan penulis yang itu, penulis pun bertanyalah samada ada kekosongan jawatan pelukis pelan (baca, drafter) di tempat beliau bekerja yang lama. Beliau kata, "ada wak, tp gaji ciput, sbb tu saya lari pindah ke sini." "Dulu 2009, masa saya join, gaji rm900 je," katanya juga. "Ni pun nak pindah lagi Wak! Mana cukup gaji sekunk dgn harga barang semua naik, dengan ada baby baru," keluhnya lagi. Kemudian penulis meminta emel HR syarikat yang lama dan penulis hantar segera resume anak wedok.

Kelmarin, semasa penulis berlarian pulang dari kedai makan Rahmat Jalan Pantai, pengurus sumber manusia (baca, HR) syarikat itu telah menelefon. "Wak, nak bgtau ni, smlm saya ada balas emel psl application anak wedok wak," kata HR wanita itu. "Saya dah kol byk kali, anak wedok wak x angkat, x dpt dihubungi, dua-dua henpon dia," cakap HR itu lagi. Kemudian HR beritahu, "emel saya smlm tu saya bgtau sbb xde kekosongan, tapi hari ini sudah ada, sebab tu saya nak panggil anak wedok wak utk datang interbiu esok pagi kol 9." Wah, gumbira sikit hati penulis.

Dipendek cerita, penulis pun hubungi anak wedok yang sudah 6 bulan tanam anggur dirumah, sambil menghabiskan beras dan sebongkah berlian. Esoknya (pagi Khamis), anak wedok datang temuduga ke syarikat itu yang jaraknya hanyalah sepelaung dari tempat penulis memotong rumput ini. Tengahari Khamis malam Jumaat pulang dan tiba di rumah dan memberitahu sudah selesai temuduga dan kena tunggu satu minggu untuk jawapannya. Tapi tidak sampai 13 minit, anak wedok hantar pesanan ringkas, "senin dah boleh keje bah!" terang anak wedok dengan gumbira. Alhamdulillah.

Cerita foto lalat. Masa entri ini diterbitkan, berkemungkinan penulis sedang dalam perjalanan ke utara naa. Semoga perjalanan penulis selamat pergi dan balik. Aminn ya robbal alaminn. Jumpa anda disana disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

10 comments:

  1. semoga dipermudahkan...sekarang drafter pun kena struggle jugak...byk competitors!

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniah anak wedok dpt keje

    Eak jgn lupa...jeruk pak ali 6 bungkus hehehehe

    ReplyDelete
  3. wahhh. rezeki-rezeki. takpayah nak tunggu seminggu. senin dah boleh masuk kerja. semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. Wak tak bagi anak Wak keja KL ke? Tahniah dapat keja.

    Eh tapi kenapa entry kat bawah ni takleh komen? Wak bimbang ada komen saiko ye? Kedian gadis itu jadi tajuk utama di blog. Maafkanlah dia.

    ReplyDelete
  5. Tahniah murah rezki anak wedok wak

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, rezeki anak wedok dapat keje 😄

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah. 😀

    ReplyDelete
  8. sekarang susah dapat kerja Wak..yang ada kerja pun belum tentu terjamin.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat