Tuesday 7 March 2017

ANAKNDAKU, CINTA SAHAJA TIDAK CUKUP MENJAMIN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Midas studio apartments for sale.

Isteri penulis (yang itu) telah lama menunggu projek kondominium Amber Heights dibelakang rumah untuk dimulakan. Tapak projek, rumah contoh dan gerbang pengawal keselamatan pun sudah lama siap. Tetapi setelah sekian lama, projek kondo Amber itu masih belum nampak pelancaran jualannya.

Petang tadi, semasa di Tesco, penulis dan isteri tertancaplah iklan projek Pangsapuri Midas, bersebelahan Aman Sari. Agak jauh dari rumah tapi masih dalam kawasan perumahan yang sama. Jadi, tanpa berfikir panjang, isteri penulis telah pun menempah satu unit studio sahaja dengan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus. Diletakkan anak wedok sebagai nama kedua.

Bila sampai dirumah, penulis pun beritahu anak wedok, kalau nanti sudah berkahwin beruntunglah bakal suaminya kerana sudah ada rumah dan kereta. "Mana boleh," bentak isteri penulis, "nanti kalo kakak kawen soh laki kakak belikan rumah dulu, senang kalo kena halau leh dok umah sendiri!" Sentaplah sikit perasaan penulis, tapi apakan daya, penulis kena berpijak dibumi yang nyata. OTL

Kamus lalat. Anak wedok = anak dara, anak perempuan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Midas at Tesco Seri Alam, Masai.

19 comments:

  1. Sebagai ibu bapa kita cuba berikan semua yang terbaik untuk anak kan wak..untunglah anak tu ada rumah sudahh..hehe..

    ReplyDelete
  2. hehehehe btl lah tu kata org rumah wak....
    zmn skrg ni semua kene bersiap sedia, cinta bukan segala2nya...
    wang ringgit n mcm2 lg perkara lain boleh mengubah cinta

    ReplyDelete
  3. Ha3. Bernas sungguh buah fikiran anak wedok wak. Tak sia2 wak antar skolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, buah fikiran isteri wak rupanya. Well, women always have back up plan. Kih3.

      Delete
    2. hahar2, wak tenok je dr jauhhh., ;p

      Delete
  4. huhuhu.. garangnya ibu anak wedok

    ReplyDelete
  5. Ayat tu win.. ai like..
    Betul tu.. fikir diri sendiri dulu baru fikir orang lain.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Wong wedhok kie uakale duowo wak

    ReplyDelete
  8. pemikiran bojo ne bagus banget...
    setuju.

    ReplyDelete
  9. setuju sangat pemikiran camni. wanita zaman sekarang ni memang perlukan berdikari, tapi jangan sampai suami manja pula

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. untung batu tenggelam ye mkcik., hikhik2

      Delete
  11. haha..mungkin isteri Wak takut dapat bakal menantu yang ambil kesempatan lagi pemalas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahar2., dia tak risau pon kalo anak dara dia mereput tak kawen2 kannn.,

      Delete
  12. Huhuhu... jangan sampai tak kahwin anak wedok wak sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha4., ade ramai blogger yg sentap nih makcik mrsA yee., ;p

      doa yg baik2 je tu kan lebih baik., hikhik2

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat