Friday, 17 March 2017

GADIS INI BERSIFAT BIADAB DAN KURANG AJAR

Kamus Perdana, mukasurat 174. Maksud perkataan "biadab" ialah tidak tahu adat dan angkara.
这个女孩是厌恶粗暴

Salam pagi Jumaat kawan-kawan penulis semua-semua lah.

Ini entri meroyan.
Sebenarnya penulis sudah 10 tahun berblog. Penulis ingat lagi, selepas kelahiran anak lanang bocah cilik (yang sama tarikh birthday dengan Albert Einstein) di Hospital Penawar itu, penulis kembali kerumah dan mulakan blog dan entri pertama melalui laman sesawang 'ekawan.com'. Laman sesawang itupun sudah lama berkubur. Ramai juga kawan dan lawan yang penulis temui atas gara-gara penulisan dalam internet.

Penulis hendak cerita satu cerita sahaja. 5 tahun dahulu penulis pernah berkawan dengan seorang blogger perempuan, hitam gelap tak jeliter tapi manis ada, seorang engineer Petronas yang kerja di KLCC yang jauh nun disana disana. Kami berkawan baik. Siap makan kat restoran Nyonya Wok (bukan nama restoran sebenar) di KLCC tingkat 4. Hari-hari penulis dan kawan, missGX, akan komen blog masing-masing. Dulu, tiada lagi whatsapp, hanyalah akaun Facebook sahaja. Entah macamana, suatu hari missGX telah meninggalkan satu komen yang agak "lucah" yang membuatkan penulis tertanjat. Ahh, sensitif dan poyo sungguh jiwa penulis waktu itu. Penulis terus unfriend missGX dari akaun Facebook. Segala komen-komen missGX penulis tidak luluskan.

Ya kawan-kawan, kita ingatkan kita kenal seseorang kawan blogger, kita boleh komen blog mereka sesuka hati tiap-tiap hari akan menjadikan kita kebal dan membolehkan kita berkomen apa sahaja. Peringatan untuk diri penulis sendiri.

Beberapa tahun kemudian, penulis sekodeng semula blognya. Masih aktif walaupun tidak semeriah dulu. Luka lama berdarah kembali, luka yang baharu nak letak dimana uooolss? Ke"silly"an penulis masa itu sungguh terasa dan amat disesali. Tapi apakan daya, cempedak dah jadi nangka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen-komen dalam blog buruk padahnya.

Tapi tidak mengapa. It's not the end of the world. (Dah matcham dapat result SPM pula rasanya.) Hidup perlu diteruskan, kan mkcik kannns.

Itu sahaja penulis nak bercerita. Terimakasih kerana membaca blog penulis yang biasa-biasa ini. Terimakasih kerana meninggalkan komen-komen bernas lah sangat yang memberi semangat jitu (ahh, ayat cliche) dan membuat penulis terus berblog sehingga kini. Penulis memohon maaf sekiranya ada komen-komen penulis diblog kawan-kawan yang lain yang menyentap dengan ayat-ayat yang kurang sopan. Hati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




House Fly