Sunday, 12 March 2017

TANJUNG LANGSAT SUNRISE REVISITED


Pagi-pagi Sabtu yang hening, selepas penulis menghantar kaum kerabat ke sekolah cina untuk acara merentas desa anak lanang bocah cilik, penulis terus berlarian ke Tanjung Langsat. Tangkap gambiran satu dua petik sahaja, penulis pun berlarian ke padang tempat penulis memotong rumput ini sebelum jam delapan.







Updated. Citer lain lalat. Cepat kehadapan (baca, fast forward)...

Tengahari, dari padang memotong rumput, penulis berlarian ke dewan Taman Mawar atas jemputan kahwin anak wedok rakan penulis.

Aisha and her new husband, Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Petang, penulis telah berlarian menjenguk rumah murah flat berhampiran IOI Mall Kulai. Isteri ustaz, penyewa itu, sudah memanggil (baca, call) dan mengadu kepada penulis bahawa paip air pecah yang melibatkan rumah dibawah. Selepas itu, penulis berlarian singgah ke lapangan terbang Senai bertujuan untuk periksa masuk (baca, check in) guna kiosk tiket isteri penulis (yang itu) dan anak lanang bocah cilik yang akan pulang ke rumah panjang minggu hadapan. Kemudian makan malam di restoran Marrybrown di situ. Usai solat disurau, penulis terus ke Daiman Bowl Johor Jaya melayan anak lanang bocah cilik bermain bowling sahaja. Gambiran dibawah kesemuanya diambil dengan phone cap aiYam. ;)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Under the kolong, Block 6, Jalan Cendana, Kulai.

Senai Airport, Johor.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

5 comments:

  1. Lama tak menyunset...suka tengok gambar2 sunset Tiga Lalat.

    ReplyDelete
  2. wahhh, penuh 1 hari tu dengan aktiviti. phone cap ai yam tapi hasilnya sangat menarik 😱😍🌅

    ReplyDelete
  3. Wak, pengantin tu cantiknya..baju, pelamin, semua lah...seronok anak Wak dapat spend seharian dengan Abah. Pau, jangan tak pau...

    ReplyDelete
  4. suka gambar yang di jeti tu.

    :-)

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat