Tuesday, 28 March 2017

VIVA PALING BANYAK PROBLEM DENGAN WIRING ENGINE



CikBibah Pepel penulis yang dibawa oleh anak wedok ke tempat kerja terpaksalah dihantar ke bengkel servis Perodua Plentong πŸ”§πŸ”§πŸ”§ minggu ini. Olehkerana anak lanang yang sedang bercuti itu ada dirumah, maka penulis sudah menyuruhnya menghantar cikBibah pepel pagi Isnin tadi melalui tempahan telefon pada pukul 10.00 pagi.

Tengahari, pomen Perodua sudah panggil penulis memberitahu kereta sudah siap diservis tetapi masalah enjin yang bergegar yang berpunca dari pendawaian enjin terpaksalah dipesan dahulu dengan mendahului wang cengkeram.

Pukul 2.00 ptg, anak lanang penulis yang sulong bercuti sebelah petangnya kerana ada temuduga kerja pukul 4.00 ptg dan penulis menyuruhnya menghantar adik beliau untuk mengambil cikBibah Pepel. Anak lanang tak kisah.

Masa anak lanang remaja itu pandu balik cikBibah Pepel sambil komplen, "CikBibah sesak nafas lah bah, tadi kt simpang tempat kerja aDm nasib tak accident. Thanks to cikBibah sesak nafas. Kalau tak, kene t-bone."

Total kerusakan servis cikBibah Pepel hari ini ialah sebanyak RM161. πŸ’Έ
Total bakal kerusakan penggantian dawaian enjin (baca, wiring engine) ialah RM345. πŸ’ΈPendahuluan RM171 dulu.πŸ’Έ

Nota memori lalat 1. Beli cikBibah Pepel (2012), sunrise di SINI.
Nota memori lalat 2. Eksiden cikBibah Pepel (2017), gi keje di SINI.

Nota lalat 3. Update 30/3/17 Khamis, pomen Perodua beritahu brg wiring engine dh smpi. Penulis pun berlarian hantar cikBibah Pepel dlm hujan lebat ☔☔☔ dengan keadaan enjin yang terhangguk2. Abam pomen kata takleh siap hari ini.

Nota lalat 4. Update 31/3/17 Jumaat, pagi2 abam pomen beritahu cikBibah Pepel dah dipulihkan sepenuhnya dan boleh dibawa pulang. Total kerusakan psl wiring engine ialah rm451 πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ . Aduhai, sakitnya tuh disini 😭😭😭(cita citata).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

2 comments:

  1. Sy dulu pnah pakai kelisa wak. D best. Xde masalah. Manual tapi. Tiba2 rindu kelisa :p

    ReplyDelete
  2. Adik JM pakai viva baru 7 tahun tp prestasi dah mcm usia 14 tahun adeh

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly