Thursday 13 April 2017

HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAKLEH HARAP



Tadi malam, penulis telah menemankan anak lanang untuk memperbaharui paspot antarabangsanya. Selepas pulang dari bertugas, penulis pun berlarian ke UTC Kotaraya. Urusan selesai jam 9.15pm.

Pagi tadi, dalam jam 11.00am, anak wedok penulis yang baharu bekerja itu telefon memberitahu dia terpaksa ke pejabat KWSP JB (dekat Wisma Persekutuan) atas arahan jabatan HR untuk mendaftar nama dan mendapatkan nombor akaun baharu. "Kalo x gi skunk, nnti gaji x dpt bah," katanya. Bila sampai, di kaunter pertanyaan dan sedang beratur, ada abam pegawai ini kehulu kehilir bertanya dan cuba membantu pelanggan disitu. Bila diberitahu, abam pegawai kata, "ni tak perlu kaunter, buat kat kiosk saje, sekarang dah online." Penulis dan anak wedok layankan saja. Tapi bila anak wedok mencuba di kiosk sambil abam pegawai berdiri tercegat disebelahnya, adalah 5 minit disitu namun akhirnya sistem ada masalah. Sila ke kaunter juga. OTL. Jadi penulis dan anak wedok pun beraturlah semula untuk mengambil nombor giliran. Nasib baiklah juga tidak ramai orangramai ketika itu.

Bila tiba giliran, abam kaunter pula memberitahu masalah tidak boleh daftar atas line juga. Anak wedok sudah mula panik. Sebab cik HR suruh datang ke kaunter KWSP, tapi kaunter KWSP kata tidak boleh daftar sebab cik HR sudah daftar atas talian. Pening pale kan. Abam kaunter suruh anak wedok beritahu cik HR untuk telefon KWSP. Macam bola sudah jadinya.

Dipendek cerita. Petang semasa dalam perjalanan pulang kerumah dari pejabatnya, anak wedok beritahu bahawa cik HR dipejabatnya sudah telefon pejabat KWSP KL. Nombor akaun tidak diperlukan lagi. "Suka suki dorg je bah, menyusahkan btolla..." rungut anak wedok itu. Penulis nasihatkan supaya bersabar sahaja bahawa semuanya ini adalah pengalaman bekerja dan melayan kerenah birokrasi jabatan kerajaan adalah normal, manalah tahu anak wedok terpaksa lagi ke pejabat KWSP JB itu dimasa akan datang dan sekarang sudah tahu lokasinya dan bagaimana caranya membuat aduan di kaunter. Masa itu mungkin, ayahndanya sudah tiada.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

10 comments:

  1. setahu saya,Hr boleh je daftarkan untuk pekerja dia..emm...malas kot diorang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HR dh daftar online, tp kata xleh daftar sbb xde no ahli pekerja., KWSP kata xleh nak overwrite daftar takut double daftar., camane tuuh, penink pale wehh., huhu2

      Delete
  2. gitu lah kadang urusan kt kaunter gomen, bkn nk kutuk... kite ni keje gomen jgk tp biasa jgk kene layan gitu...

    yg HR kt tempat anak wedok wak tu pun satu, jgn la bgtau last minit, bg lah masa bila sampai bila blh buat utk memudahkan urusan gaji, ni tidak.... tkt lah anak wedok wak tu kot2 tak dpt gaji kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah mkcik., layan je la., menyalak bukit pun xkan berubah., huhu2

      Delete
  3. menyalak bukit pun xkan berubah ? kiki.. first time dengor

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisshh cik siti nih, peribahasa melayu sekolah rendah nii., seperti anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh., ghituuu

      Delete
  4. Cik HR tu buat keje nta pape.. hangin je bace

    ReplyDelete
    Replies
    1. hangin dan bengang kannn., this is life.., huhu2

      Delete
  5. Berurusan dgn pjbt kjaan ini ada masanya mnyenangkan jg terpulang nasib kita bertmu pngendali tugas yg rajin n prihatin

    ReplyDelete
  6. Harapkan tin, tin pun berkarat wak.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat