Tuesday 25 April 2017

REASONS YOU SHOULD NEVER ORDER YOUR STEAK WELLDONE

Ribeye medium rare steak | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Isnin, 24 April 2017. Hari cuti umum sempena keputeraan agong yang baharu yang hensem yang warak, katanya. Israk dan Mikraj juga jatuh pada hari ini.

Olehkerana semalam (Ahad) adalah hari persekolahan, maka penulis dan famili tidak dapat merancang jalan jauh-jauh tidak seperti zaman dahulu kala kalau ada cuti hujung minggu yang panjang. Sistem kekeluargaan sudah rusak. OTL

Selepas adik ipar penulis meminjam cikBibah pepel tadi, maka penulis pun berlarian ke Aeon Tebrau City lagi. Untuk baca entri semalam ke Aeon Tebrau City yang sama, sila jamah di SINI.

Anak lanang remaja hendak menonton wayang seorang diri cerita anime Jepun, "The Shape of Voice" (Koe no Katachi). Ingatkan wayang bermula pukul 12.15pm, tapi kerana sampai terlewat kerana menunggu adik ipar datang tadi, maka anak lanang remaja kena tonton jam 3pm pula.
Anak wedok pula hendak membeli kasut untuk majlis konvo minggu ini. Mula-mula ke kedai Bata, tapi ramailah pelanggan hinggakan tiada jurujual Bata yang melayan anak wedok. Jadi, anak wedok keluar dan pergi ke kedai kasut Summit bersebelahan pula yang kurang pelanggan. Padan muka taukeh Bata, tapi ada dia kisah?



Selepas penat berjalan membeli belah, penulis pun hendak makan tengahari. Dari The Chicken Rice Shop, ke KFC, ke Pizza Hut pun kena beratur diluar dahulu. Dan kerana tidak tahan tunggu lama, maka isteri penulis itu pun mengajak ke restoran Tony Roma. Penulis pesan ribeye steak sudah. Biasa penulis pesan masak penuh siap (baca, welldone), tapi pelayan restoran dan anak lanang remaja sudah menyarankan untuk pesan separuh masak (baca, medium rare) gitu. "Masak welldone nnti daging keras, takde rase juicy, bah!" kata anak lanang. Haha, selama ini penulis memang makan daging masak penuh, patutlah terasa keras dan kering sahaja.

Nota perbezaan lalat. Well Done: gray-brown throughout; firm (warnanya cokelat dan padat), suhunya sekitar 71–100 °C, bahagian daging yang cocok: daging dengan berkualiti rendah.
Medium rare: warm red center; firmer (merah, hangat di tengah dan lebih padat), Suhunya sekitar 55–60 °C, bahagian daging yang cocok: Ribeye, NY strip shell, Porterhouse/T-bone, Tri-tip, Flank, Sirloin flap, Filet mignon, Top round (if not raw), Hanger steak, Chuck eye/chuck steak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

New York Strip medium rare steak | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Crowded Bata and no good service | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

11 comments:

  1. Hari cuti umum ni memang banyak tempat sesak Wak...maklumlah waktu berjimba-jimba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkcik PC x jalan jimba2 kemana2 ke cuti nihh?

      Delete
  2. Pun tak pernah makan Tony Roma. Kah kah kah. Kampung sungguh saya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar., wak dh tahuu., mesti ko pon x penah makan ikan tempoyak gak kann? ;p

      Delete
  3. Medium rare memangla sedap wak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tular medium rare ni mcm x masak smpi nmpk darah meleleh2 kat dlm daging steak tuhh mkcik anis kann? ;p

      Delete
  4. Replies
    1. hahar, lambat la kang WP nih, wes dadi najiss., ;D

      Delete
  5. sedapnye steak. blanje blanje! huahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek elehh., iyela tuuh cik masy cikmasy ;p

      Delete
  6. Selalunya jika tetamu order welldone, server yang professional akan menasihatkan untuk mengambil satu tier kurang yakni medium...kurang dari itu ialah medium rare..tetapi ada juga daging lembu yang dicincang lumat tanpa masak, diberi seasoning salt and pepper, dimasukkan chopped onion dan ditambah beberapa perisa lagi kemudian dibuat gumpal dengan tangan seperti 'beef patty' macam burger dan dimakan dengan 'melba toast'....not too bad though!Hahahahahahahaha...tapi yang tu adalah salah satu daripada "french classic cuisine" dan saya dah tak jumpa dimana-mana menu sekarang ni...ia dipangil 'steak tartare'

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat