Friday 12 May 2017

SPARE TYRE COMES WITH SHORTER SCREWS

Actually my dear, it's already shown on the tyre itself to use the shorter screws. Aiyah!

Pagi tadi selepas bersarapan dengan anak wedok di warong lontong Masai, penulis pun terus berlarian ke tempat kerja. Tetapi tiba di simpang lampu isyarat Kipmart Masai, ada pemandu kereta lain sudah memberitahu tayar belakang sebelah kiri cikputih sudah penyet. Penulis sebetulnya sudah lama tahu pun dan segera putar semula ke stesen minyak Petronas berdekatan. Penulis cuba pam tayar, tapi tidak berhasil kerana angin tayar langsung tiada. Jadi penulis ketepikan cikputih dan cuba menukar tayar kereta yang pancit itu. Bila sudah tukar dengan tayar pengganti, bila mulakan enjin, cikputih tidak mahu berganjak pula. Penulis sudah mula panik. Sudahlah berpeluh atas dan bawah. Jadi, penulis menelefon pomen yang biasa. Pomen, misterGan, beritahu skru tayar terlalu panjang dan menyuruh penulis memasang dengan skru yang lebih pendek. Pada masa yang sama, penulis menempah kereta Uber untuk anak wedok ke tempat kerja beliau sebab sudah pukul 8.18am. 13 minit untuk sampai, kata Uber.



Bila penulis sudah siap mengganti skru yang pendek, pemandu Uber pun sampai. Hendak membatalkan tempahan penulis terasa kesian lah pula sebab beliau datang dari jauh untuk membeli segenggam beras. Jadi, penulis menyuruh anak wedok terus menaiki kereta Viva Uber itu.

Tengahari. Penulis berlarian menghantar cikputih ke bengkel kereta Melayu berdekatan Mydin. Budak pomen itu gigih juga menampal tayar lama yang bocor kerana ditikam paku jalanan. Jahat sungguh paku itu. Budak pomen tukar semula tayar pengganti tetapi malas untuk memasukkan tayar pengganti ke tempat boot di belakang. Penulis pula yang kena buat. Tetapi bila penulis suruh periksa kesemua tekanan tayar-tayar, beliau lakukan juga. Bila kerja-kerja sudah selesai, penulis pun bertanya harga upah dan tampal gam tayar. "Lima hinggit je wak," kata budak pomen Melayu itu.

Dari bengkel kereta Melayu tadi, penulis singgah di restoran McD membeli makanan ringan dan terus pulang kerumah. Melihat anak lanang bocah cilik yang baru balik dari sekolah cina dan abangnya yang akan pulang ke Kuching sebentar lagi. Penulis sudah tempahkan kereta Uber untuk ke lapanganterbang.

Perbualan di meja makan didapur:
Bocah cilik: Bah, last week kat sekolah ada kuiz. Ada soalan yang anaknda konpius nak jawab.
Bapak: Apa soalannya?
Bocah cilik: Soalannya, "what is the male duck called?"
Bapak: Haa?
Bocah cilik: what is the male duck called?
Bapak: Jap, abah check gugel... Haa, mollard! [click here to see what i searched ... ]
Bocah cilik: manede? Ada jawaban objektif: A = drake, B = duck, C = duckling ... anaknda jawab duckling!
Bapak: Jap, mollard tadi salahlah, kat iphone nih tak nmpk semua., hahaaa... Jap, abah gugel semula.. Oooo, drake lah jawaban...

Pengajaran lalat: lain kali kalau pun guna google mencari jawaban, sila klik artikel sepenuhnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Alhamdulillah urusan semua selesai termasuk jawab soalan bocah cilik...hehe..

    ReplyDelete
  2. Tetiba teringat satu soalan lama - what is the male cat called?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkcikSiti dh tau blom jawapannye? For the cat family some insight that you may find interesting. A group of cats called "clowder" or a "glaring", and a juvenile cat is referred to as a "kitten". A male cat is referred to as "tom" or "tomcat". Common term Molly or Queen is for female.

      salam pagi jumat mkcikSiti tuu., ;p

      Delete
  3. alhamdulilah selesai semua urusan TL

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat