Friday 28 July 2017

ASTRO TRANSMISSION REPAIR BLOG

Sila goyangkan inul untuk remote Astro yang tiada penanda dan ada penanda.

Malam tadi isteri penulis (yang itu) merungut, tv astro tidak boleh dibuka. Penulis ingatkan memang tiada siapa yang menonton kerana kaum kerabat semua sibuk bermain henpon pintar masing2. Jadi, bila penulis buka astro dan televisyen sekali memang tiada siaran. Dalam kotak dekoder astro pun tiada tulis nombor siaran. Akhirnya penulis pun mengadu dengan telefonis astro.

Selepas melayan suara robot selama 7 minit, tekan 1 kemudian tekan 2, kemudian tekan 1 lagi, akhirnya penulis pun bercakap dengan suara manusia biasa. "Wak kena tutup suis semua yg sambung dgn dekoder dan tv, cabut semua plug, pastu pasang balik plug dan on kan dekoder dgn tv, kemdian pegi kat tv, tekan home button - butang paling kanan di barisan kedua, klik settings, pastu klik installation settings," kata cik adik manis. "Kalo tak boleh juga, kami akan hantar staff dtg untuk cek piring kat luar tu, esok bole? wak sila amek nombor report nih, esok sila bayar lima poh hinggit kat budak astro tu," katanya lagi.

Pagi tadi sebelum pergi bertugas memotong rumput, penulis pun cuba sekali lagi buka semula tv dan astro. Weh, boleh pula.

Pukul 10.22 pagi tadi, ada mamat astro telefon beritahu sudah tiba di depan rumah. Kemudian penulis beritahu tv dan astro sudah baik-baik semula seperti sediakala. Mamat astro pun pulang. Penulis sudah jimat rm50. #bijakkanbeta

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Alhamdulillah...50 hinggit boleh masuk tabung Wak..tak pun ajak isteri Wak yang itu ngeteh..sambil bersembang mengimbas memori dolu dolu..

    ReplyDelete
  2. Budak astro mesti rugi duit dah datang takde hasil.

    ReplyDelete
  3. BIJAK SGT HEH..HEH.. KALAU X MELAYANG 50 HINGGIT

    ReplyDelete
  4. dah kenapa semua gambar kat remote hilang tu? redeem dengan astro point la wak ada remote. hehe

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat