Friday, 21 July 2017

CARA ELAK BOCOR RUMAH 2 TINGKAT



Biasalah kan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah banyak-banyak ditepi pantai.

Sebenarnya bilik air ditingkat atas sudah lama nampak kebocorannya. Sudah berbulan-bulan. Air menitis jatuh ke bilik air bawah. Biarkan, biarkan.

Bulan lepas juga, tangki air di siling atas juga berlaku kebocoran. Sudah panggil tukang paip, apek tu mula-mula kata bebola pam rosak, jadi diganti baru. Lepas itu air masih melimpah jatuh ke siling, bila apek periksa, apek kata tangki air pula yang bocor. Bila disuruh ganti, apek dan pekerja indonnya tidak berkesempatan. Jadi, penulis panggil tukang paip ke 2. Bila sudah diperiksa, dan hendak mulakan kerja, abam tukang paip pula kata pekerja indonnya kena tahan imigresen dan kena pulang ke indon. Abam tukang paip berikan nombor abam tukang paip ke 3. Sekarang abam tukang paip no 3 sedang membuat kerja penggantian tangki air atas bumbung (dah siap), penggantian mozek lantai, dan penggantian tandas duduk.



Nota lalat. Gambar diatas ialah bank kuasa (baca, powerbank Pineng) yang baru sampai kepangkuan penulis semalam. Terimakasih daun keladi.

Nota lalat 2. Kerja-kerja penggantian dan baik pulih tandas sudah selesai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A new toilet seat 2017.

10 comments:

  1. Macam beli kat Lazada je tu Wak ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh terrernye datinA nih., hahar2
      memeyla beli kat lazada, tapi orglain yg belanja belikan., bole kann ;p

      Delete
  2. Mcm penat je nk selesaikan masalah kebocoran tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cikSiti., tu baru satu rumah., blom byk2 rumah ditepian pantai., huhu2

      Delete
  3. nsb baik sampai no 3 tu ok... kalu Ko tak tau lah apa punya nasib

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular., layan je la mkcik kalo xnak umah jatuh tersembam ke bumi., huhu2

      Delete
  4. Hehe. Abam tukang paip pun macam-macam masalah. Mujur ada yang nombor 3 tu.

    ReplyDelete
  5. Semoga tak byk duit melayang. Err apa Cara nak elak bocor tu

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly