Tuesday 8 August 2017

MELAYAN KERENAH JPN LAGI DAN LAGI

On Jalan Trus | Johor Bahru 2017

Semalam petang, penulis dan isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja sudah berlarian ke UTC di Galleria Kotaraya. Tujuan utama masih mahu menukar mykad isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja juga. Urusan penukaran mykad baru anak lanang remaja tiada masalah kerana tidak tukar alamat. Tapi masalah masih belum terurai untuk mykad isteri penulis (yang itu) kerana pihak JPN masih tidak dapat meminda status agama isteri. Walaupun sudah ditunjuk surat masuk islam yang asli circa 1989. "Kat sini takleh buat, kena pinda status kat JPN Setia Tropika. Surat ni tak laku lah, wak kena pegi Jabatan Agama untuk dapatkan sijil yang baharu, pastu kena pegi JPN Setia Tropika," kata akak pegawai kaunter itu. Bila disuruh abaikan status agama, akak tu kata, "sistem takleh terima. Kena ada agama. Lagipon sini cuma ranting JPN, isteri wak kena gi Setia Tropika." "Cuba wak dan isteri pegi kaunter jabatan agama di bilik sebelah tu, tanya dorang dulu," saran akak pegawai kaunter JPN itu lagi. Bila penulis dan isteri penulis (yang itu) pergi ke kaunter pejabat agama, awek kaunter kata, "sini cuma urusan nikah je wak, kena pegi kompleks agama kat bandar."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

11 comments:

  1. Kena tendang sana sini macam bola wak.
    Wbm pun kea uruskan tu, sebab bab2 agama ni penting.

    ReplyDelete
  2. aduhla... sedangkan dh berlalu 28 tahun takkan tak blh di tukar lg status agama tuh...
    pastu tolak ke sana sini, tak blh ke nk menyenangkan urusan

    aduhla, sbr ye wak n isteri

    ReplyDelete
  3. Apalah dema ni...cer bagi memudahkan sikit. Kenapa surat lama takleh guna ek? Asli kan. 😬

    ReplyDelete
  4. Hal begitulah menyebabkan urusan mengambil masa yang lama dan panjang Wak.

    ReplyDelete
  5. Sabar je la kalau kena macam ni...nak nak he cakap depa pemalas....senang je nak.tolak orang sana sini =(

    ReplyDelete
  6. MRK MERUMITKAN YG MUDAH YA WAK...SEPATUTNYA DH LAMA SELESAI URUSAN TU

    ReplyDelete
  7. nasib lah isteri wak tak disuruh angkat sumpah ke, apa ke..Setia Tropika ni kat mana wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk lg nak kene buat nih, angkat sumpah antaranye., 'Setia Tropika' tu ko gugel je la cikSal., huhu2

      Delete
  8. byk nau kerenahnya... sabar je laa ye wak

    ReplyDelete
  9. Lama nya kes ni.. kalau berniaga dah lama rugi.. tak close2! 😅😅😅

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat